Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS): Kemudahan Terbaru untuk Pelajar Sabah
Kepada anak-anak di negeri Sabah yang ingin melanjutkan penggajian dan memerlukan penajaan atau biasiswa, kini kerajaan negeri Sabah ada mewujudkan satu portal bersepadu iaitu Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
Tentang PTPS
Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) adalah inisiatif terbaru di bawah program Sabah Maju Jaya yang bertujuan memperkasa bantuan pendidikan untuk anak-anak Sabah. Dilancarkan pada 3 Julai 2024 oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, portal ini menyelaraskan penajaan pendidikan dan mempermudah proses permohonan bagi pelajar-pelajar di Sabah yang ingin melanjutkan pengajian mereka.
Objektif PTPS Sabah
Portal ini diwujudkan untuk:
- Mempermudahkan Akses Pendidikan: Membantu anak-anak Sabah mendapatkan pendidikan tanpa halangan kewangan.
- Menyediakan Infrastruktur Pendidikan: Menyediakan kemudahan dan sokongan untuk semua peringkat pendidikan.
Jenis Tajaan yang Ditawarkan PTPS
PTPS menyediakan lima jenis tajaan yang boleh dipohon, termasuk:
- Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS):
- Anugerah Biasiswa TYT
- Biasiswa Cemerlang
- Biasiswa Perdana
- Untuk peringkat Diploma, Sarjana Muda, dan Sarjana.
- Dermasiswa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS):
- Dermasiswa Pengajian Tinggi untuk pelajar bukan Islam
- Bantuan Yuran Pendaftaran Awam
- Tiket Penerbangan (One Off).
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TTK):
- Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)
- Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK)
- Subsidi Kapal Terbang (Subfly).
- Biasiswa Kumpulan Yayasan Sabah:
- Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman untuk Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan PhD.
- Perbadanan Baitulmal Sabah:
- Bantuan Awal Pendidikan untuk pelajar IPTA, Politeknik, Matrikulasi, dan peringkat Sijil.
Cara Permohonan PTPS
- Semakan Kelayakan:
- Layari PTPS Sabah untuk membuat semakan kelayakan.
- Pendaftaran dan Permohonan:
- Selepas semakan kelayakan, daftar masuk ke portal dan lengkapkan permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Portal Tajaan Pendidikan Sabah, sila kunjungi laman web rasmi PTPS atau hubungi 088-368600.
Dengan adanya PTPS, diharapkan lebih ramai pelajar Sabah akan dapat memanfaatkan peluang pendidikan yang ditawarkan dan mencapai kejayaan dalam pengajian mereka.
Artikel Lain:
- BANTUAN ANAK SABAH (Permohonan & Semakan)
- JPKA SABAH :Permohonan Bantuan Kebajikan Online(eSBK)