RFID ROSAK PELEKAT(Cara Ganti Balik Secara Percuma)

PELEKAT RFID ROSAK (Cara Ganti Balik Secara Percuma)

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. Semestinya untuk menggunakan sistem ini seharusnya mendapatkan tag pelekat / sticker RFID terlebih dahulu. Bagaimana sekiranya kad pelekat RFID rosak? Disini kami kongsikan cara untuk gantikan balik secara percuma, semoga membantu.

APA ITU RFID

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.

Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

CARA GANTI BALIK RFID ROSAK SECARA PERCUMA

Sekiranya semasa anda ingin melintasi tol dan kad RFID anda rosak, akan terdapat petugas bantuan yang ditempatkan di plaza tol RFID.bagi membantu anda yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.

  • Tag RFID tidak dapat ‘detect’ (kesan), Petugas RFID akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke fitment (pusat pemasangan) Touch ‘n Go (TnG) yang terdekat untuk ‘check’ (periksa) RFID.
  • Sekiranya TnG masih tidak dapat ‘detect’, Pihak RFID akan beri tag RFID yang baharu secara percuma.

CARA PERMOHONAN PENGGANTIAN TAG RFID ONLINE

Sekiranya anda telah daftarkan Tag RFID di TNG RFID Portal, anda boleh memohon penggantian untuk sekali melalui Portal TNG RFID seperti berikut:

  1. Layari pautan portal TnG RFID: https://rfid.touchngo.com.my/main
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pergi ke MY RFID TNG dan pilih My Vehicle
  4. Pergi ke Actions dan pilih Request replacement tag
  5. Isikan maklumat anda dengan sewajarnya

CARA BELI TAG RFID ONLINE

Untuk membeli RFID secara online, anda seharusnya install aplikasi Touch’n Go eWallet terlebih dahulu (Android / IOS) dan daftar sebagai pengguna kali pertama terlebih dahulu. Kemudian berikut adalah cara untuk beli RFID:

  1. Log masuk akaun Touch’n Go eWallet anda
  2. Pada menu utama klik pada ikon Toll
  3. Seterusnya pilih pada RFID
  4. Kemudian klik pada Order RFID Tag dan klik Buy Now
  5. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  6. Tunggu sehingga kad anda dihantar ke rumah
  7. Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pelekat kad RFID rosak, anda boleh layari https://rfid.touchngo.com.my/main

ARTIKEL LAIN

CARA PASANG SENDIRI PELEKAT Touch n’ Go RFID (Replace Sticker)

CARA BELI RFID ONLINE (Guna Apps Touch ‘n Go)

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *