ROADTAX MATI LEBIH 1 2 3 TAHUN (Cara Renew Kos)

ROADTAX MATI LEBIH 1 2 3 TAHUN (Cara Nak Renew Motor Kereta & Kos)

Bagi sesiapa yang mempunyai kenderaan telah tamat roadtax selama setahun hingga 3 tahun mesti ingin mengetahui cara untuk memperbaharui roadtax kenderaan andakan. Buat masa kini, bermula pada 4 September 2020 kerajaan telah melanjutkan kenderaan yang roadtax mati lebih 3 tahun untuk dibuat pemeriksaan.

Ini bermaksud, sekiranya roadtax anda telah lebih satu tahun, anda boleh perbaharui seperti biasa. Sekiranya roadtax telah tamat 3 tahun dan keatas bagaimana cara renew road tax? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

DOKUMEN DIPERLUKAN(ROADTAX MATI LEBIH)

Untuk membawa kenderan anda ke pemeriksaan Puspakom, pastikan anda sediakan dokumen berikut:

  1. Geran original kenderaan
  2. Kad pengenalan
  3. Lesen memandu (pastikan masih sah)

CARA RENEW ROAD TAX LEBIH DARI 3 TAHUN

Buat penGetahuan anda, sekiranya roadtax kenderaan anda telah tamat lebih 3 tahun, anda tidak boleh memperbaharui seperti biasa. Anda dikehendaki membuat pemeriksaan kenderaan terlebih dahulu di Puspakom. Berikut adalah caranya.

Buat JanjiTemu Puspakom

  1. Untuk makluman anda, kenderaan anda hendaklah dihantar dekat Pejabat PUSPAKOM bagi tujuan pemeriksaan.
  2. Untuk membuat pemeriksaan kenderaan di Puspakom terkini, anda dikehendaki membuat janjitemu dahulu.
  3. Untuk cara membuat janjitemu denganPuspakom, KLIK DISINI 
  4. Selepas anda membuat temujanji, pastikan anda membuat persediaan yang sepatutnya terhadap kenderaan anda. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna seperti asal untuk memastikan pemeriksaan kenderaan anda lulus.

Periksa Kenderaan dalam keadaan elok

  • Langkah ini memainkan peranan besar untuk memudahkan kenderaan anda untuk lulus dalam peperiksaan. Jika perlu, baiki bahagian mana-mana yang tidak berfungsi seperti tayar, brek, lampu isyarat, lampu brek dan lain-lain.

Permit Perjalanan Sementara (JPJ K12)

  1. Untuk langkah keselamatan dari kena saman (roadtaxtamat), sebaiknya anda dapatkan permit perjalan sementara di JPJ berhampiran anda untuk membawa kenderaan andakePuspakom.
  2. Permit nidikira sebagai roadtax sementara dan hanya boleh diguna berdasarkan tarikh yang di pohon (maximum 3 hari sahaja).
  3. Anda boleh memuat turun borang JPJ K12 DISINI
  4. Setelah anda memuat turun permit tersebut, Isikan segala maklumat dalam borang tersebut, kemudian bawa ke JPJ berhampiran anda untuK dapatkan pengesahan pegawai JPJ nanti.

Pemeriksaan Kenderaan Di Puspakom

  1. Bawa kenderaan anda ke Puspakom pada hari yang telah dibuat janjitemu. Pastikan anda hadir mengikut ketetapan yang telah dibuat.
  2. Bawa masuk kenderaan anda mengikut lalaun seperti yang diarahkan nanti.
  3. Tunjuk slip janjitemu semasa membuat pendaftaran dalam barisan. Serahkan dokumen yang berkaitan sekiranya diminta.
  4. Laporan pemeriksaan dikeluarkan dan diberikan kepada anda di Kaunter keputusan, sekiranya Lulus selesai urusan anda.
  5. Sekiranya keputusan gagal, anda dikehendaki membaiki perkara yang gagal dan kembalikan untuk Pemeriksaan semula dalam tempoh 30 Hari.

Pembaharuan Roadtax Dan Insuran Kenderaan

  1. Setelah pemeriksaan kenderaan anda lulus dan dapat laporan pemeriksaan daripada PUSPAKOM, anda boleh renew roadtax dan beli insurans kenderaan anda
  2. Sebaiknya anda membeli insurans kenderaan terlebih dahulu dari mana-mana agen insuran kemudian pergi je ke mana-mana cawangan JPJ untuk renew roadtax.
  3. Terkini untuk memudahkan lagi, anda boleh perbaharui roadtax dan insuran anda secara online menggunakan platfoM bjak, myeg, loanstreet dan sebaigainya mengikut kesukaan anda. Pastikan anda menyediakan dokumen berikut sekiranya diminta nanti, urusan kebiasaannya melalui email:
    • Salinan geran kenderaan
    • Cover note insurans sebelum ini(sekiranyadiperlukan)
    • Laporan pemeriksaan PUSPAKOM.
  4. Sekiranya anda membuat secara online, tunggu sehinga roadtax anda sampai kerumah anda.
  5. Selesai.

KOS YANG TERLIBAT RENEW ROADTAX MATI LEBIH 3 TAHUN

Berikut adalah merupakan kos yang terlibat sekiranya pembaharui roadtax kenderaan yang mati lebih 3 tahun:

  • Bayaran booking Puspakom: RM30
  • Insurans: Fleksible kerana ianya bergantung plan insurans yang anda pilih
  • Lain-lain kos sampingan yang berkaitan
Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *