Bagaimanakah Cara Buat Permohonan Rumah HDC Sarawak?
Kerajaan Negeri Sarawak telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menyokong pemilikan rumah mampu milik dan bantuan kediaman sewa, yang bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan dan meningkatkan akses kepada kediaman yang berkualiti. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program rumah HDC.
Rumah HDC
Kerajaan Negeri Sarawak, melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), menawarkan beberapa skim bagi memudahkan pembelian rumah mampu milik. Antara skim yang ditawarkan termasuk:
- Rumah PPR Sarawak: Untuk maklumat lanjut, rujuk sini.
- Rumah Spektra Permata (RSP): Layari sini untuk permohonan.
- PPRP – Program Pinjaman Rumah Panjang: Semak sini.
- Program Sri Pertiwi: Maklumat akan dikemaskinikan.
Skim Bantuan Rumah Sewa Sarawak di HDC
Program Bantuan Rumah Sewa Sarawak, yang diuruskan olehHDC, memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan untuk mengurangkan bayaran sewa rumah di bandar besar Sarawak seperti Bintulu, Miri, Sibu, dan Kuching.
Kelebihan
- Bantuan menyewa selama 36 bulan (3 tahun) dengan maksimum RM200 sebulan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia di Sarawak.
- Memiliki status K dalam kad pengenalan.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2131 sebulan.
Dokumen Sokongan yang Diperlukan
- Sijil Ekasih.
- Salinan kad pengenalan (pemohon & pasangan).
- Salinan sijil kahwin / sijil cerai.
- Salinan kad OKU (jika berkenaan).
- Penyata gaji ketua isi rumah / pasangan.
Cara Memohon
- Muat turun borang permohonan di sini.
- Lengkapkan dan hantar borang ke Pejabat HDC Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri Sarawak.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan tambahan mengenai HDAS Sarawak dan bantuan kediaman sewa, sila hubungi HDC Sarawak di talian hotline 82-444381.
Dengan inisiatif ini, Kerajaan Negeri Sarawak berharap dapat memberi manfaat kepada lebih ramai warga Sarawak dalam memiliki rumah idaman mereka dan mengurangkan bebanan kewangan terutama dalam konteks kos kehidupan yang semakin meningkat.
Artikel Lain> Permohonan Skim Rumah Pertamaku Sarawak 2024