PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK MELAKA (Login lpnm.gov.my)
Kepada rakyat negeri Melaka atau pemastautin Melaka boleh memohon pelbagai kategori Rumah Mampu Milik (RMM) di Melaka dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM).
Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan syarat kelayakan bagi memiliki Rumah Mampu Milik di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka.
APA ITU RUMAH MAMPU MILIK MELAKA (RMM)
Rumah Mampu Milik Melaka (RMM) merupakan skim perumahan yang dikendalikan oleh LPM dan diwujudkan bagi membantu rakyat negeri Melaka memiliki rumah sendiri.
Macam mana nak mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia(PPAM)?
JENIS RUMAH RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Berikut adlaah merupakan jenis rumah yang ditawarkan melalui RMM:
Nama skim perumahan terdahulu | Nama skim setelah penjenamaan semula |
Rumah Kos Rendah | RMM Jenis A |
Rumah Harapan | RMM Jenis B |
Rumah Mampu Milik | RMM Jenis C |
SYARAT KELAYAKAN RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut jenis rumah yang dipohin:
RMM Jenis A | RMM Jenis B | RMM Jenis C | |
Kerakyatan | Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Usia | Pemohon berusia 20 tahun ke atas | Pemohon berusia 20 tahun ke atas | Pemohon berusia 20 tahun ke atas |
Had pendapatan | Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan | Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM6,000 sebulan | Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan |
Had pemilikan rumah | Tidak pernah memiliki rumah | – | – |
KADAR HARGA RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Berikut adlaah merupakan kadar harga yang telah ditetapkan mengikut jenis:
Jenis rumah | Harga rumah | Pecahan (%) |
RMM Jenis B | RM35,000 – RM42,000 | 10 |
RMM Jenis B | RM80,000 – RM100,000 | 10 |
RMM Jenis C | Bawah RM180,000 | 30 |
Rumah jenis lain-lain/ terbuka | Rumah kos tinggi (RM 180,000 ke atas) | 50 (20 % harga RM 400,000 ke atas) |
NOTA: RMM Melaka mungkin mempunyai harga yang berbeza walaupun dengan keluasan yang hampir sama. Harga rumah ini berbeza berdasarkan penetapan Mesyuarat Jawatankuasa Belah Bahagi Negeri Melaka (JKKB) . Perbezaan harga tertakluk pada kelulusan Mesyuarat tersebut yang menilai pelbagai aspek teknikal perumahan. Selain itu, perbezaan bilangan bilik tidur dan bilik air serta keluasan rumah juga akan bergantung kepada pelan binaan oleh pihak pemaju.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut untuk membuat permohonan:
- Sekeping gambar pemohon berukuran pasport
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami atau isteri
- Salinan sijil nikah atau surat pendaftaran perkahwinan (jika berkenaan)
- Sijil cerai atau sijil kematian (jika berkenaan)
- Salinan slip gaji (terkini) atau Surat Akuan Pendapatan (suami dan isteri) – disahkan benar oleh majikan / MPKK
- Bayaran proses RM5.00
- Salinan surat beranak bagi pemohon yang berasal dari negeri Sabah dan Sarawak
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK MELAKA (RMM)
Kepada pemohon yang berkelayakan dan berminta untuk membuat permohonan, berikut adalah caranya:
Permohonan RMM Online
- Layari laman web LPM Untuk Pendaftaran
- Klik daftar pengguna dan daftarkan email anda
- Anda akan menerima pautan yang dihantar ke dalam email
- Ikut arahan seterusnya untuk log masuk
Permohonan Secara Manual
- Muat turun borang permohonan di laman web LPM.
- Pastikan anda memilih borang yang betul dengan jenis rumah yang ingin dipohon
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat
- Permohonan yang dikirim melalui POS hendaklah dibuat bayaran dengan menggunakan POSTAL ORDER/ MONEY ORDER beserta dengan sampul surat berukuran 11cm x 16 cm yang bersetem dan beralamat sendiri.
- Jika berlaku pertukaran alamat dan nombor telefon bimbit perlu maklumkan kepada LPM di pejabat.
SENARAI LOKASI RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Berikut adalah merupakan senarai lokasi terkini mengikut jenis RMM:
Jenis RMM | Nama projek | Lokasi | Jenis rumah |
A | PPR Tangga Batu | Tangga Batu | Pangsa |
B | Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) | Durian Tunggal | Teres dua tingkat |
C | RMM Bukit Lintang *Lot terbuka | Bukit Lintang | Teres satu tingkat |
Taman Krubong Utama | Paya Rumput | Pangsa | |
Taman Bachang Baru * Lot terbuka | Bachang | Pangsa | |
RMM Kenanga | Kesidang | Pangsa | |
Taman Anjung Gapam * Lot terbuka | Bemban | Teres satu tingkat | |
Bandar Botani *Lot terbuka | Jasin | Teres satu tingkat | |
Taman Tasek Permai *Lot terbuka | Sungai Rambai | Teres dua tingkat | |
Taman Kelubi Idaman *Lot terbuka | Jasin | Rumah berkembar townhouse | |
RMM Simpang Empat * Lot terbuka | Alor Gajah | Teres satu tingkat | |
RMM Durian Tunggal * Lot terbuka | Durian Tunggal | Teres dua tingkat |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik (RMM) Melaka, sila layari website rasmi Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
Saya nak mohon rumah macammana nak mohon