Program SAVE 4.0 :Permohonan Claim e-Rebat RM400 Perkakas Elektrik
SEDA menyediakan pemberian e-rebat sehingga RM400 kepada pengguna untuk pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0 ialah program yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).Program SAVE 4.0 adalah kesinambungan kepada Program SAVE 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melancarkan program ini dengan dibiayai oleh Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta.
Bila Boleh Claim SAVE 4.0?
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Disember 2023 hingga Disember 2024.
Apakah Objektif Program SAVE 4.0?
Menambah jumlah peralatan elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang di pasaran; dan Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.
Syarat & Semakan Kelayakan Program SAVE
Syarat kelayakan untuk mendapatkan e-rebat ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia Merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon. Pembelian perkakas elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang dalam tempoh bermula 10 Disember 2023 hingga Disember 2024. 1 akaun bil elektrik layak untuk memohon 1 e-rebat sahaja bagi setiap perkakas elektrik yang dinyatakan. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web SEDA (Sustainable Energy Development Authority).
Kadar Baucar / Rebat SAVE 4.0
Setiap isi rumah layak untuk mendapat e-Rebat sehingga RM 400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.
Perkakas / Barang Elektrik Yang Boleh Dibeli
Anda layak untuk mendapat e-Rebat sekiranya anda membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang (senarai jenama dan model peralatan tersebut adalah terdapat di laman sesawang SEDA Malaysia).
RUJUK SENARAI PRODUK save 4.0 & HARGA PASARAN: https://save.seda.gov.my/publics/product
Senarai Kedai / Platform Online Berdaftar Dengan Program SAVE
Untuk melihat senarai kedai / pasar raya berdaftar di bawah program SAVE , sila layari https://save.seda.gov.my/publics/retailer
Anda juga boleh memilih senarai e-dagang dan membuat carian SAVE di platform e-dagang pilihan anda seperti Shopee, PG Mall dan Lazada.
Permohonan Program SAVE 4.0
Pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui 2 kaedah iaitu:
Membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik / pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 4.0 ; atau Memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf Pembeli hanya perlu mempunyai no. akaun bil elektrik domestik yang sah.
Tuan / puan disarankan untuk membawa kad pengenalan & bil elektrik dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) untuk memudahkan proses pengesahan akaun elektrik tuan/puan.
Sila rujuk panduan lengkap dalam lampiran berikut: How-To-Apply-Consumer
Maklumat Lanjut & Pertayaan
Anda boleh melayari laman web microsite khas bagi SAVE 4.0 di https://www.seda.gov.my/saveprogram/ untuk maklumat lanjut.
ATAU
Pasukan Khas Program SAVE 4.0 Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal SEDA Malaysia Telefon: 03-8870 5853/5869/5864/5922 E-mel: [email protected]
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB ONLINE(Check Bill Guna MYTNB App)
Aircond
Penghawa dingin