SECURETAC CIMB (Tak Dapat No TAC)

CARA DAPATKAN GUNA SECURETAC CIMB (Tak Dapat No TAC)

Pada masa kini, urusan pemindahan wang amat memudahkan dengan hanya menggunakan perkhdiamatan online banking. CIMB telah melancarkan perkhidmatan securetac melalui aplikasi CIMBCliskc bagi membolehkan urusan permindahan wang mengguna telefon dilakukan dengan pantas.

Apa itu secure tac? Bagaimanakah cara register? Disini kami ingin kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU SECURETAC

Secure TAC ialah ciri keselamatan yang diperlukan untuk kebanyakan transaksi CIMB Clicks. Dengan Secure TAC, anda boleh menikmati kelulusan satu klik yang mudah dan selamat melalui Apl CIMB Clicks dan bukannya memasukkan TAC SMS 6 digit secara manual

Anda tidak perlu lagi menunggu SMS dan ia berfungsi semasa anda berada di luar negara juga! Secure TAC melindungi transaksi anda dengan penyulitan yang dipertingkatkan supaya anda boleh meluluskan transaksi web/apl anda terus dari aplikasi CIMB Clicks anda dengan cepat dan selamat.

Anda boleh muat turun dan intalls aplikasi CIMBClicks di sini:

PERBEZAAN SECURETAC DENGAN SMS TAC

Berikut adalah merupakan perbezaaannya:

CARASECURETACSMS TAC

 

Terima melaluiAplikasi CIMB Clicks

(Peranti utama sahaja)*

SMS

(No telefon bimbit berdaftar dalam rekod CIMB Click)

 

Cara MeluluskanKlik pada Pemberitahuan (notification) ATAU

(BARU) Klik pada butang “SecureTAC” pada halaman ke-2 Skrin Utama Apl Cimb Clicks

Masukkan kod 6 digit yang diterima melalui SMS untuk menyelesaikan transaksi.

 

PengaktifanSekali sahaja melalui Aplikasi CIMB ClicksTidak diperlukan

 

*Peranti Utama merujuk kepada telefon terkini yang anda gunakan untuk mengaktifkan ciri Secure TAC

CARA AKTIFKAN FUNFSI SECURE TAC CIMBCLICKS

Terdapat dua kaedah untuk aktifka fungsi ini iaitu:

  1. Kaedah 1
    • Klik pada notifikasi pemberitahuan Secure TAC yang diterima pada telefon anda
    • Klik pada “Luluskan”
  2. Kaedah 2
    • Buka Aplikasi CIMB Clicks
    • Leret ke kiri pada skrin utama & pilih “SecureTAC”
    • Klik pada “Luluskan”

CARA PENGGUNAAN SECURETAC CIMBCLICKS

Untuk penggunaan amat mudah, pastikan anda aktifkan dahulu fungsi Secure Tac ini. Berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi CIMBClicks anda
  2. Klik pada New Tranfer dan masukkan maklumat penerima dan jumlah , tekan Next
  3. Paparan maklumat traksaksi akan tertera, semak kembali pastikan betul
  4. Kemudian sroll ke bawah dan klik pada Approved
  5. Selesai

Nota: Fungsi ini amat pantas dan anda tidak perlu lagi menunggu untuk menerima SMS TAC

TIADA SMS TAC CIMB BAGI TRANSAKSI RM100 KEATAS

Untuk makluman kepada pengguna CIMB, Anda Tidak Lagi Akan Terima TAC Melalui SMS Untuk Transaksi RM100 Ke Atas

  • Tarikh perlaksanaan
    • Mulai 5 Disember 2022
  • Pelaksanaan SecureTac
    • Semua transaksi melalui laman web CIMB Clicks bernilaiRM100 dan ke atas akan menggunakan pengesahan melalui SecureTAC sahaja yang dihantar melalui aplikasi CIMB Clicks.
    • Ini bermakna tiada lagi penghantaran kod TAC atau OTP melalui SMS untuk transaksi RM100 dan ke atas.
  • Transaksi terlibat
    • Transaksi ini melibatkan pemindahan wang, pembayaran bil, tambah nilai prabayar.

SOALAN LAZIM (FAQ) SECURE TAC CIMBCLICKS

Bagaimana sekiranya tidak menerima notifikasi Secure Tac?

  • Buka Aplikasi CIMB Clicks
  • Leret ke kiri pada skrin utama & pilih “SecureTAC”
  • Klik pada “Luluskan”

Berapa banyak telefon yang boleh didaftaran Secure Tac ini?

  • Anda boleh mengaktifkan Secure TAC pada maksimum dua (2) peranti. Apabila anda cuba mengaktifkan SecureTAC pada peranti ketiga (ke-3), anda akan menerima mesej segera untuk menyahaktifkan salah satu peranti sedia ada.

Bagaimana sekiranya telefon hilang?

  • Untuk menyahaktifkan Secure TAC dalam telefon yang hilang, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CIMB di +603 6204 7788.

ARTIKE LAIN 

CARA DAFTAR CIMB CLICKS:REGISTER LOGIN ONLINE INTERNET BANKING(KAD DEBIT & APLIKASI)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *