SECURITY QUESTION MAYBANK(Cara Unlock Clear Update Tukar Soalan)
Perkhidmatan perbankan online Mayban2U yang disediakan oleh Maybank pada masa kini memang memudahkan kepada para pelanggan untuk melakukan transaksi secara atas talian. Namun, dengan popularitinya itu juga meningkatkan risiko kecurian atau penipuan. Untuk elakkan kecurian atau scammer, pihak Maybank telah menyediakan fungsi frasa keselamatan di Maybank2u untuk melindungi akaun pelanggan dari sebarang ancaman. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai security Question Maybank, semoga membantu.
APA ITU SECURITY QUESTION MAYBANK
Maybank2u Security Questions (Soalan Keselamatan Maybank2u) merupakan keselamatan tambahan kepada akaun dan transaksi Maybank2u anda. Ia digunakan untuk memberikan pengesahan lanjut semasa transaksi apabila ia diperlukan. Jika orang lain mempunyai akses kepada nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda tetapi anda telah menyediakan Soalan Keselamatan anda, mereka tidak akan dapat membuat transaksi jika mereka tidak mengetahui jawapan kepada Soalan Keselamatan anda.
APA TERJADI JIKA TERSALAH JAWAB SECURITY QUESTION MAYBANK
Sekiranya anda telah jawab pada Maybank2u Security Questions, akan tertera ‘M2u access has been locked due to unsuccessfull attempts on challenge’. Ini bermaksud akaun Maybank2U anda akan disekat atau dibekukan oleh Bank untuk tujuan keselamatan.
CARA ATASI MASALAH MAYBANK2U KENA SEKAT
Kepada anda yang mengalami permasalah akaun Maybank2U anda tak boleh login disebabkan tersalah jawab Maybank2u Security Questions, berikut adalah merupakan cara paling mudah untuk mengatasinya iaitu:
- Hubungi Maybank Careline di talian 1 300 88 6688
- Sila pilih menu dan bercakap dengan pegawai Maybank
- Kemudian anda akan bercakap dengan pegawai Maybank maklumkan permasalahan anda tidak dapat login disebabkan kesilapan menjawab Maybank2u Security Questions
- Pegawai tersebut akan menanyakan anda beberapa soalan bagi tujuan pengesahan identiti antaranya seperti:
- Nama Penuh
- Alamat Kediaman
- Nombor Telefon yang beraftar
- Nama Ibu
- Nombor Akaun ataupun Kad Debit
- Baki ataupun Transaksi Terakhir.
- Setelah selesai dibuat pengesahan, pegawai bank akan membuka sekatan atas akaun Anda dan Anda boleh login akaun Maybank2u Anda seperti biasa.
- Walaubagaimanapun, anda dikehendaki untuk mencipta soalan keselamatan baharu terlebih dahulu sebelum meneruskan pelbagai transaksi yang lain.
CARA TUKAR SECURITY QUESTION MAYBANK
Setelah anda berjaya login, berikut adalah merupakan cara untuk anda menukar soalan keselamatan Maybank2u anda yang baharu iaitu:
- Layari pautan website Maybank2u
- Pada paparan utama klik pada klik pada ‘Setting’ di sudut kanan atas.
- Seterusnya klik pada tab Security, kemudian klik Security Questions
- Pilih soalan pilihan anda daripada senarai tersedia dan masukkan jawapan.
- Klik Save Changes dan masukkan TAC anda untuk mengesahkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Security Question Maybank2U, anda boleh melayari pauran FAQ Security On Maybank2u
ARTIKLE LAIN:
Mintak tlg, saya sudah byk kali buat FORGOT LOGIN DETAIL, nk reset passwood saya. Tapi tk bleh jgk. Bila call mybank custumer service tk brjwab. Hbis kredit saya. Nk reset dh tk bleh kena call bank.