SELANGKAH adalah satu aplikasi yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya. Fungsinya telah diperkemaskan dengan tambahan kemudahan e-Wallet, yang dikenali sebagai Selangkah Daftar Wallet. Kemudahan baru ini bertujuan untuk memudahkan transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai antara pengguna dan peniaga Malaysia, yang semakin penting dalam konteks pandemik COVID-19.
Pembayaran melalui Selangkah Wallet dilakukan melalui pengimbasan kod QR, yang merupakan satu ciri biasa dalam e-Dompet. Proses pendaftaran dan kemaskini maklumat boleh dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH Daftar.
Fungsi dan faedah utama aplikasi SELANGKAH termasuk:
- SELANGKAH Wallet: Transaksi tanpa tunai yang selamat untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.
- SELANGKAH ID: Sistem bersepadu untuk penduduk Selangor mengakses produk SELANGKAH dan perkhidmatan berkaitan kerajaan.
- BUBBLE: Daftarkan tanggungan untuk mendapatkan vaksin dengan mudah.
- SEHAT: Saring kesihatan mental dan dapatkan bantuan profesional jika perlu.
- VAX: Daftar untuk Program Vaksinasi COVID-19 Selangor.
- MAP: Rancang perjalanan selamat dengan memeriksa kawasan dengan risiko penularan COVID-19 yang tinggi.
- SCREENING: Tempah slot untuk ujian swab atau beli kit ujian kendiri.
- CAC: Daftarkan diri untuk mengelakkan beratur di Pusat Penilaian COVID-19 di Selangor.
- HAT: Dapatkan sokongan perubatan jarak jauh untuk pulih daripada COVID-19 di rumah.
Aplikasi SELANGKAH boleh dimuat turun melalui Google Play untuk pengguna Android, App Store untuk pengguna iOS, dan AppGallery untuk pengguna Huawei. Pastikan untuk memuat turun aplikasi dari sumber yang sahih untuk keselamatan maklumat anda.
Cara Daftar Selangkah Selangor
- Klik Sign Up
- Lengkapkan butiran diminta
- Klik SUBMIT
- Kemudian Verify OTP
- Akaun anda aktif dan boleh digunakan
Bagaimanakah Jika Terlupa ID Password Selangkah?
Akan dikemaskini
Soalan Lazim
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekiranya anda telah memasukkan maklumat yang salah ke dalam borang SELangkah dalam talian, hanya ikuti langkah-langkah berikut untuk membetulkannya. Maklumat sebenar anda amat penting agar pihak berkuasa dapat mengesan atau menjejaki jangkitan COVID-19 sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku di tempat yang anda kunjungi.
Taip maklumat dengan cermat serta berhati-hati dan periksa untuk pasikan ia betul sebelum hantar. Namun setelah berhati-hati, anda betul-betul tidak sengaja tersalah daftar maklumat. Apa yang perlu dibuat?
1. Hantarkan maklumat tersebut ke [email protected] untuk kami ubah;
1) Nama dan nombor telefon yang salah
2) Nama dan nombor telefon yang betul
2. Gunakan SELangkah seperti biasa, maklumat anda akan ditukarkan secara automatik.
Maklumat Lanjut tentang Selangkah
Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.selangkah.mbiselangor.com.my atau www.selangkah.my
Artikel Lain > BINGKAS SELANGOR(Bantuan RM300 Sebulan)
Read