Bagaimanakah Cara Check Harga Tol LPT?
Untuk merancang perjalanan anda ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia, anda boleh semak harga tol Lebuhraya Pantai Timur (LPT) secara online terlebih dahulu. Ini membolehkan anda membuat anggaran kos perjalanan dengan lebih tepat sebelum memulakan perjalanan anda.
Kawasan Lebuhraya Pantai Timur – KLK, LPT 1 Dan LPT 2(Semak Harga Tol LPT)
Lebuhraya Pantai Timur bermula dari tol Gombak dan meluas sehingga ke tol Kuala Terengganu. Ia terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Lebuhraya KL-Karak (KLK), LPT 1, dan LPT 2. Ini merupakan laluan utama untuk perjalanan dari Kuala Lumpur dan Selangor ke destinasi seperti Temerloh, Bentong, Kuantan, dan Kuala Terengganu.
Cara Semak Harga Tol LPT Secara Online
Untuk mengetahui harga tol LPT sebelum memulakan perjalanan, anda boleh menggunakan salah satu cara berikut:
a. Menggunakan Aplikasi Waze
Aplikasi Waze tidak hanya untuk navigasi tetapi juga memaparkan harga tol yang perlu anda bayar untuk sampai ke destinasi. Anda boleh semak harga tolLPT di Waze sebelum memulakan perjalanan.
b. Melalui Laman Web ANIH Berhad
- Layari laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com.
- Pilih plaza tol masuk dan keluar serta kelas kenderaan (contoh: kenderaan ringan).
- Klik ‘View Rates’ untuk melihat harga tol dari plaza tol masuk ke plaza tol keluar.
c. Menggunakan Laman Web Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Layari laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia di www.llm.gov.my.
- Cari dan pilih Lebuhraya KL-Karak, LPT 1 atau LPT 2.
- Masukkan plaza tol masuk dan keluar, serta jenis kenderaan.
- Tekan ‘Hantar’ untuk mendapatkan maklumat harga tol.
Nota Tambahan Semak Harga Tol LPT
- Pastikan anda semak harga tol untuk kelas kenderaan yang betul (contoh: kenderaan ringan, lori, bas).
- Proses semakan harga tol secara online memudahkan perancangan perjalanan anda tanpa perlu merujuk kepada paparan langsung di tepi lebuhraya.
- Harga tol mungkin berubah mengikut kelas kenderaan dan jarak perjalanan.
Artikel Lain
SEMAKAN KADAR TOL LEBUHRAYA (Check llm.gov.my)