SEMAKAN BAKI AKPK & BAYAR ONLINE (akpk.org.my)
Jika anda mempunyai masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau akibat pinjaman wang, anda boleh mendaftar dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau dikenali AKPK,dan anda boleh mengetahui semakan baki penyata dan bayar online.
Tetapi bagaimana cara untuk Daftar dan Login semakan baki AKPK? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
CARA DAFTAR AKPK(SEMAKAN BAKI BAYAR AKPK)
Untuk permulaan, berikut ialah cara daftar AKPK secara online.
- Mulakan dengan melawat laman web https://www.akpk.org.my/home/gateway.
- Sekiranya anda seorang pelanggan, tekan “Click here to login” di bahagian “CUSTOMER LOGIN”.
- Di laman seterusnya, cari pautan “New User? Register here” di bahagian kanan skrin, di bawah ruangan untuk kata laluan.
- Selepas itu, lengkapkan butiran peribadi anda seperti yang diminta. Pilih jenis pengenalan untuk ID Type (contohnya, pilih NRIC untuk MyKad).
- Masukkan nombor ID anda, nama penuh, jantina, tarikh lahir, nombor telefon, dan alamat emel.
- Selepas membaca Notis Privasi, tandakan persetujuan anda dan tekan butang Submit untuk meneruskan proses.
- Selepas pendaftaran berjaya, semak emel anda untuk mendapatkan emel pengaktifan akaun daripada AKPK.
- Klik pada pautan yang disediakan dalam emel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
- Kembali ke portal AKPK, masukkan ID Pelanggan yang diberikan dalam emel pengaktifan.
- Buat kata laluan baru yang mengandungi huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol tanpa spasi.
- Tekan butang Submit untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
CARA LOGIN AKPK
Berikut ialah langkah-langkah untuk customer login AKPK:
- Layari laman web https://www.akpk.org.my/home/gateway
- Terdapat beberapa pilihan. Pilih pada Customer Login dan klik pada Click Here To Login
- Pada ruangan User ID, masukkan Login ID yang anda peroleh di emel anda. Anda mesti ingat Login ID ini kerana akan digunakan setiap kali anda ingin login ke akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda telah cipta untuk akaun anda.
- Tekan butang LOGIN AKPK
- Login anda berjaya.
CARA SEMAKAN BAKI PENYATA AKPK
Sekiranya anda ingin membuat semakan penyata, berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun AKPK anda
- Klik pada Finance
- Seterusnya klik pada Statement Of Account Report
- Pada Data Range, pilih tempoh tahun yang anda ingin semak
- Kemudian klik View
- Baki Penyata AKPK akan terpapar. Anda juga boleh muat turun dengan menekan pada simbol Disket (save)
- Selesai
CARA BAYAR ONLINE AKPK
Sekiranya anda ingin membuat pembayaran secara online, berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun AKPK anda
- Klik pada DMP Service
- Seterusnya klik pada Facility Statement
- Fungsi pembayaran secara FPX adalah mengikut bank yang menyokong sistem
- Ikut turutan langkah yang diberikan dan cetak atau simpan penyata pembayaran sebagai bukti.
- Selesai
NOTA: Tiada caj perkhidmatan akan dikenakan dan had transaksi maksimum sebanyak RM30 000 dalam satu transaksi. Jika terdapat masalah mengenai status transaksi, sila hubungi pihak bank yang anda gunakan.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN BAKI BAYAR AKPK
Untuk maklumat lanjut berkenaan cara untuk menyelesaikan hutang sedia ada, sila hadirkan diri ke cawangan AKPK yang berhampiran. Sebagai altenatif, anda boleh hubungi AKPK melalui Facebook rasmi di pautan https://facebook.com/AKPKofficial
ARTIKEL LAIN
Bagaimana jika Akaun AKPK Disekat?Berikut adalah Cara Aktifkan Semula Akaun AKPK