SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT:TARIKH BAYARAN SAHAM

SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT:TARIKH BAYARAN SAHAM

 

Bank Rakyat telah ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM109.62 bilion berakhir Disember 2019.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, berkata prestasi kewangan 2020 didorong oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan yang mampan walaupun terdapat sedikit penurunan dalam pendapatan pembiayaan berikutan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang mengakibatkan kemampatan marjin.

 

SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT

Untuk pengetahuan anda, dividen Bank Rakyat boleh disemak dengan mudah melalui perbankan internet iRakyat tanpa perlu ke mana-mana cawangan bank rakyat.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai perbankan internet iRakyat, anda bolehlah membuat semakan dividen ini di mana-mana kaunter cawangan Bank Rakyat berhampiran dan terus daftar sekali TAC untuk buat iRakyat.

 

JUMLAH DIVIDEN BANK RAKYAT

Dividen Bank Rakyat 2021 ialah sebanyak 13%. Jumlah ini adalah Dividen Bank Rakyat dan Prestasi Kewangan berakhir 31 Disember 2020 dan akan diterima untuk tahun 2021.

 

TARIKH BAYARAN DIVIDEN

Pembayaran dividen akan mula dikreditkan ke dalam akaun masing-masing bermula pada 12 April 2021.

 

REKOD PEMBAYARAN DIVIDEN BANK RAKYAT DARI 2014 HINGGA 2020 / 2021

Rekod pembayaran dan tarikh pembayaran dividen dari simpanan tetap bank rakyat anda  setiap tahun :

 

TAHUN KEWANGANDIVIDEN
2021akan dikemaskinikan pada hujung tahun 2021
202013 peratus
201914 peratus
201813 peratus
201716 peratus
201615 peratus
201513 peratus
201415 peratus

 

 

 

SOALAN LAZIM & FAQ

Adakah ini saham bank persatuan yang bagi paling tinggi?

Ya. Benar sekali bank rakyat kongsikan dividend kepada ahlinya paling tinggi berbanding yang lain

 

Bagaimana ingin melabur dan tambah saham dalam Bank Rakyat?

Bermula 06 Januari 2014, semua permohonan menjadi anggota baru adalah di TUTUP. Dengan itu pembelian / langganan baharu atau penambahan saham keanggotaan sedia ada telah dibekukan.

 

Bila Bank Rakyat akan membuka semula permohonan baharu?

Pihak Bank Rakyat hanya akan mengumumkan sekiranya terdapat penawaran baharu untuk penambahan saham keanggotaan dan pengumuman akan dilakukan melalui media massa utama. Buat masa sekarang masih belum dibuka.

 

INFO DAN PERTANYAAN

Untuk mengetahui sebarang info lanjut dan ingin membuat pertanyaan berkaitan dividen dan bonus sila hubungi;

No Tel1-300-80-5454
Laman webhttps://www.bankrakyat.com.my/
Facebookhttps://www.facebook.com/myBANKRAKYAT
Twitterhttps://twitter.com/myBANKRAKYAT

 

ARTIKEL BERKAITAN

CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)

SEMAKAN BAKI AKAUN BANK RAKYAT ONLINE(Check Guna irakyat & ATM)

 

Leave a Comment