Apa RMR?
Bagi individu atau keluarga yang berminat untuk memiliki rumah melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024 atau ingin menyemak kelulusan permohonan, berikut adalah cara mudah untuk memohon dan kriteria kelayakan yang perlu dipatuhi.Bagaimanakah cara semakan kelayakan RMR?
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024 diperkenalkan oleh SPNB untuk membantu rumah tangga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 untuk memiliki rumah yang selesa. Program ini membolehkan pemohon yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah sendiri untuk membina rumah yang selesa dan sempurna.
Konsep Rumah Mesra Rakyat
Rumah yang ditawarkan dalam program ini mempunyai spesifikasi berikut:
- Jenis Rumah: 1 tingkat, 3 bilik tidur, dan 2 bilik air.
- Keluasan Rumah: 750 kaki persegi.
- Keluasan Tanah: 3,000 kaki persegi (tertakluk kepada rekabentuk).
- Harga Tawaran:
- Semenanjung Malaysia: RM 75,000
- Pulau di Semenanjung Malaysia: RM 85,000
- Sabah/Sarawak/Labuan: Bermula dari RM 75,000
- Subsidi Pembinaan: RM 20,000
- Bayaran Bulanan: Serendah RM 300
Syarat Kelayakan
Untuk memohon RMR 2024, calon perlu mematuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Tidak memiliki rumah sendiri atau tinggal di rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah yang dicadangkan perlu bersih daripada gadaian, bebanan, atau sekatan lain.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kaki persegi (tertakluk kepada rekabentuk).
- Bergantung kepada peruntukan kewangan yang sedia ada.
Permohonan Baharu RMR
Untuk membuat permohonan, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari laman web SPNB Rumah Mesra Rakyat.
- Klik pada butang ‘Permohonan’.
- Pilih ‘Pendaftaran Baru’ dan lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan.
- Kata laluan akan dihantar kepada pemohon untuk log masuk.
- Log masuk ke laman utama dan lengkapkan borang secara dalam talian.
- Cetak borang lengkap dan kemukakan bersama dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang terdekat.
Semakan RMR Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan termasuk:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah.
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon.
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah.
- Surat akuan kebenaran dari tuan tanah.
Semakan Kelulusan Semakan RMR
Setiap permohonan akan diproses dan maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan. Pembinaan rumah perlu diselesaikan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong atau berdasarkan perjanjian yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut Semakan RMR
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024, layari laman web rasmi SPNB di https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/. Pastikan anda mematuhi semua syarat dan prosedur yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda diproses dengan lancar.