SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO (CARA CHECK BALANCE ONLINE)
Touch ‘n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Macam-macam fungsi boleh guna seperti membeli di kediai runcit seperti 99Speedmart dan lain-lain lagi. Sebelum guna, anda mesti tahu berapa banyak balance yang tinggal, kami akan kongsikan beberapa cara cara semak baki Touch n Go.
Jika anda belia, buat penebusan eBelia eWallet:Touch n Go
SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO SECARA ONLINE
Berikut ialah cara untuk semak baki Touch ‘n Go anda secara online melalui portal https://www.touchngo.com.my
- Anda perlu melayari portal Touch ‘n Go di sini: https://www.touchngo.com.my
- Pastikan anda telah mendaftar kad fizikal dan identiti anda untuk login
- Isikan Card/Device Serial No
- Pilih Nationality (Malaysia)
- Taipkan Identification No anda.( rujuk pada kad)
- Setelah pendaftaran, anda boleh log masuk
- Anda dapat menyemak baki dan sejarah transaksi yang pernah dibuat oleh anda.
SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO DENGAN LOGIN E-WALLET
Selain memeriksa baki TnG melalui laman web, anda juga boleh memuat turun e-wallet Touch sama ada di:
eWallet atau dompet digital ini juga berfungsi sebagai kad digital atau dompet elektronik menggunakan aplikasi Touch ‘n Go. Mudah sebenarnya menggunakan perkhidmatan ini untuk membuat belian di mana-mana kedai yang menerima eWallet.
- Sila login dengan dalam aplikasi
- Masukkan nombor siri yang tertera di kad TNG untuk mendaftar.
- Nombor siri boleh didapati di belakang kad TNG anda.
- Anda hanya perlu sync kad fizikal anda dengan aplikasi di telefon pintar anda.
- Anda boleh memeriksa baki Touch ‘n Go dan sejarah transaksi anda di mana-mana sahaja dan bila-bila masa.
SEMAK KAD TOUCH N GO BILA TAMAT TEMPOH
- Setiap kad Touch ‘n Go mempunyai tempoh jangka hayat 10 tahun
- Tarikh luput kad Touch ‘n Go boleh didapati di belakang kad
- Sekiranya kad tidak digunakan dalam setahun, kad anda akan dinyahaktifkan kerana transaksi tidak ada transaksi yang berlaku pada satu jangka masa
- Sekiranya anda ingin membuat pemindahan baki kad yang telah lebih tarikh luput ke kad yang baru, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM5.30 untuk kos pentadbiran.
CARA BUAT BAYAR GUNA TOUCH ‘N GO EWALLET
Apabila anda telah mendaftar dan memuat turun e-wallet Touch ‘n Go, anda boleh menggunakan e-wallet Touch ‘n Go untuk membayar pembelian. Terdapat beberapa langkah untuk menggunakan e-wallet Touch ‘n Go.
- Buat pendaftaran dan log masuk ke aplikasi.
- Kemudian, lancarkan aplikasi dan klik ikon “Pay”
- Anda akan dialihkan ke halaman untuk membuat pengimbasan kod QR.
- Anda boleh membenarkan peniaga untuk mengimbas kod QR yang terpapar di skrin anda.
- Peniaga akan membekalkan kod QR jika mereka menerima kaedah pembayaran ini.
- Buat pengimbasan
- memasukkan jumlah wang yang perlu dibayar.
- Isikan PIN 6 digit untuk menjelaskan pembayaran anda.
- Ambil resit selepas membuat pembayaran
kalau yang kat dalam My kad boleh buat semakan dgn cara yang sama ke tak?😉