KENAPA BOLEH DI BLACLIST DARI TELCO
Adakah anda ingin mengetahui status blacklist telco anda? Untuk pengetahui anda, kemungkinan juga nama anda disalahguna pakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mendaftarkan telco atas nama anda dan membuatkan anda menjadi blacklist dengan telco tersebut.Bagaimana cara ntuk membuat semakan status blacklist telco dan cara untuk clearkan nama anda dari balclist? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda menggunakan perkhidmtan telco tersebut dan anda tidak membuat pembayaran sehingga 4 kali (anggaran, bergantung pada telco masing-masing), nama anda akan secara automatik disenarai hitamkan.
CARA SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO
Untuk membuat semakan blacklist telco, terdapat beberapa cara, antaranya :
- MNP (Mobile Number Portability).
- MNP merupakan salah satu cara untuk menukar ‘port’ telco nombor telefon anda kepada telco lain. MNP boleh dibuat di mana-mana service centre telco tersebut.
- Sekiranya MNP gagal, ada kemungkinan anda telah diblacklist oleh telco sebelum ini.
- Anda tidak boleh mendaftar postpaid dari mana-mana telco.
- Ini bermaksud, nama anda telah di blacklist oleh mana-mana telco di Malaysia.
- Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan atau pendaftaran Postpaid.
- Layari pautan untuk membuat semakan DI SINI
- Seterusnya anda klik pada Checkout.
- Kemudian, anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Verify.
- Sekiranya anda dipaparkan seperti ‘Sorry, you are unable to make any purchase as you have been balclist by serve provider(s) below: (telco yang blaclistkan anda)’ bermaksud anda anda diblacklist oleh telco berkaitan tersebut
Cara Semak Senarai Hitam Telco Guna Nombor IC
Di Malaysia, adalah penting untuk memastikan nombor telefon bimbit anda tidak disenarai hitam oleh mana-mana pembekal telekomunikasi. Berada dalam senarai hitam boleh menyekat kemampuan anda untuk mendapatkan perkhidmatan baru atau menukar pembekal dengan lancar. Berikut adalah panduan langkah demi langkah tentang bagaimana untuk semak sama ada nombor telefon anda disenarai hitam menggunakan nombor IC anda:
1. Sediakan Maklumat Kad Pengenalan (IC):
- Pastikan anda mempunyai kad pengenalan (IC) anda. Anda akan memerlukan nombor IC dan butiran peribadi yang berkaitan dengannya.
2. Akses Laman Web Pembekal Telekomunikasi:
- Lawati laman web rasmi pembekal telekomunikasi yang berkaitan. Contohnya, jika anda menggunakan Celcom, Maxis, Digi, atau U Mobile, layari laman web rasmi mereka.
3. Cari Pilihan untuk Semak Status Nombor:
- Cari pautan atau bahagian di laman web yang menyediakan perkhidmatan semakan status nombor. Biasanya, terdapat pilihan untuk menyemak status nombor, sama ada ia dalam senarai hitam atau tidak.
4. Masukkan Butiran yang Diperlukan:
- Masukkan nombor IC anda dan butiran peribadi yang diminta. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah.
5. Semak Keputusan:
- Tekan butang semak atau hantar untuk menyelesaikan proses semakan. Laman web akan memproses maklumat yang diberikan untuk menunjukkan status nombor telefon anda, sama ada ia disenarai hitam atau tidak.
6. Hubungi Pembekal Jika Diperlukan:
- Jika nombor anda disenarai hitam, hubungi pembekal telekomunikasi tersebut untuk maklumat lanjut mengenai sebab dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengeluarkan nombor daripada senarai hitam.
Semakan Status Blacklist Telco Digi
1. Akses Laman Web Rasmi Digi
- Lawati laman web rasmi Digi Malaysia di https://www.digi.com.my.
2. Pilih Menu “Bantuan”
- Pada laman utama Digi, cari dan klik menu “Bantuan”. Biasanya terletak di bahagian atas atau bawah laman web.
3. Cari Pilihan “Semak Status Nombor”
- Di dalam bahagian Bantuan, cari pilihan yang berkaitan dengan “Semak Status Nombor” atau “Check Status”.
4. Masukkan Butiran yang Diperlukan
- Anda mungkin perlu memasukkan maklumat seperti nombor telefon anda dan nombor IC untuk melakukan semakan. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat.
5. Tekan Butang Semak atau Hantar
- Selepas memasukkan butiran yang diperlukan, tekan butang “Semak” atau “Hantar” untuk meneruskan proses semakan.
6. Semak Keputusan
- Laman web akan memproses maklumat yang diberikan dan menunjukkan status nombor telefon anda, sama ada ia disenarai hitam atau tidak.
7. Hubungi Digi Jika Perlu
- Jika nombor telefon anda didapati disenarai hitam, hubungi Digi melalui talian bantuan pelanggan mereka atau ikuti arahan yang disediakan untuk maklumat lanjut.
Semakan Status Blacklist Telco Celcom
Di Malaysia, memastikan bahawa nombor telefon anda tidak disenarai hitam oleh pembekal telekomunikasi seperti Celcom adalah penting untuk memastikan kelancaran penggunaan perkhidmatan telekomunikasi anda. Berikut adalah langkah-langkah untuk semak sama ada nombor telefon anda disenarai hitam oleh Celcom:
1. Akses Laman Web Rasmi Celcom
- Layari laman web rasmi Celcom Malaysia di https://www.celcom.com.my.
2. Pilih Menu “Bantuan”
- Di laman utama Celcom, cari dan klik menu “Bantuan”. Biasanya terletak di bahagian atas atau bawah laman web.
3. Cari Pilihan “Semak Status Nombor”
- Dalam bahagian Bantuan, cari pilihan yang berkaitan dengan “Semak Status Nombor” atau “Check Status”.
4. Masukkan Butiran yang Diperlukan
- Anda mungkin perlu memasukkan maklumat seperti nombor telefon anda dan nombor IC untuk melakukan semakan. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah.
5. Tekan Butang Semak atau Hantar
- Selepas memasukkan butiran yang diperlukan, tekan butang “Semak” atau “Hantar” untuk meneruskan proses semakan.
6. Semak Keputusan
- Laman web akan memproses maklumat yang diberikan dan menunjukkan status nombor telefon anda, sama ada ia disenarai hitam atau tidak.
7. Hubungi Celcom Jika Perlu
- Jika nombor telefon anda didapati disenarai hitam, hubungi Celcom melalui talian bantuan pelanggan mereka yang tersedia atau ikuti arahan yang diberikan untuk maklumat lanjut.
CARA CLEARKAN BLACKLIST TELCO
Berikut adalahmerupakan cara untuk anda menyelesaikan blacklist dari telco tersebut:
- Pergi ke Service Centre telco tersebut yang berhampiran dengan anda dan membuat pembayaran tertunggak sepenuhnya. Dalam masa 24jam, blacklist anda akan clear.
- Hubungi Helpline telco, dapatkan no akaun bil anda yang tertunggak, buat pembayaran secara online (Online Banking ) dan selepas pembayaran selesai, blacklist anda akan clear dalam 24 jam.
CARA CLEARKAN NAMA BLACKLIST TELCO DARI PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Sekiranya anda tidak pernah menggunakan perkhidmatan telco tersebut (disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab) tetapi nama anda telah disenaraikan hitam di sebabkan mempunyai bil tertunggak, berikut adalah cara untuk clearkan nama anda:
- Buat laporan polis terlebih dahulu mengatakan nama anda telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
- Anda juga boleh membuat laporan dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi
- Mengikut Akta 709 Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
- Antara maklumat yang dilindungi oleh akta ni adalah : Nama dan alamat, Nombor kad pengenalan, Nombor pasport, Maklumat kesihatan, Alamat e-mel, Gambar, lmej dalam rakaman CCTV, dan Maklumat dalam fail peribadi.
- Kemukakan aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi melalui email [email protected]
- Hubungi melalui One Call Centre (1MOCC) 03 – 8000 8000
- Bawa laporan polis tersebut ke mana-mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah. Anda boleh menggunakan perkhdimatan kerani di sana untuk membuatkan surat sumpah.
- Setelah lengkap semuanya, anda perlu fax atau emailkan kedua-dua dokumen tadi tu ke alamat email rasmi telco anda tersebut atau anda juga boleh membawa ke cawangan telco tersebut yang berhampiran anda.
- Tempoh masa penyelesaian bergantung pada perkhidmatan telco tersebut. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menghubungi telco anda tersebut untuk mengetahui status blacklist anda sama ada sudah diclearkan atau belum.
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN BIL TERTUNGGAK TELCO (DIGI/CELCOM/MAXIS/YES 4G/REDONE/UMOBILE/TUNETALK)
CARA SHARE KREDIT (CELCOM/DIGI/MAXIS/U MOBILE/TUNE TALK)
CARA TUKAR PLAN ANTARA PREPAID DAN POSPAID (DIGI / CELCOM / MAXIS / TUNETALK / UMOBILE / YES)
CARA LOGIN (Digi OCS /Maxis ID/Celcom life/RedOne Selfcare/MyYes)
Semakan status BKP
Cek blacklist
Maaf sya dh 5 taun x kerja
Boleh ke tukar nombor baru prepaid baru kalau nama telah blacklist?
Prepaid tak ada halangan
Sya nk check nama atas pengguna digi dgn maxis nama sya tk pernah pkai line digi mengapa tiba2 ada nama blacklist d digj
Kenp Nama Saya Kena Blacklist sedngkan Saya Tk pernah Berhutang
Saya nak check dalam nama saya ada blacklist ke digi, maxis,
Nak check digi dan celcom blacklist
saya ada blacklist telco tetapi tidak ketahui dimana masalahnya dan bila
Saya di blacklist.mohon dibersihkan status saya.
Telco black list
Berape saya kene bayar baki tertunggak