SEMAKAN STATUS GKP 3.0:TARIKH KELULUSAN & BAYARAN DIKREDITKAN

SEMAKAN STATUS GKP 3.0:TARIKH KELULUSAN & BAYARAN DIKREDITKAN

SEMAKAN STATUS GKP 3.0TARIKH KELULUSAN & BAYARAN DIKREDITKAN

 

Jika anda penerima GKP 1.0,2.0 dan GKP TAMBAHAN,anda ingin tahu tentang tarikh boleh buat semakan status GKP 3.0?Adakah permohonan anda lulus atau gagal kredit?

 

APA ITU GKP 3.0?

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Adakah anda layak menerima dan berapakah nilai bantuan GKP 3.0?

Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 RM1,000 (One-Off)
  • Lulus permohonan baharu GKP 3.0 RM1,000 (One-Off)

 

Adakah penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 3.0?

Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 tidak perlu membuat permohonan semula.

Permohonan baharu GKP 3.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0.

 

Siapakah yang layak membuat permohonan baharu GKP 3.0?

Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  4. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  5. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  6. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
  7. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

 

Bagaimanakah kaedah permohonan GKP 3.0?

Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

 

Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 3.0 bermula?

Permohonan baharu GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 (15 hari).

 

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Bilakah tarikh pembayaran duit GKP 3.0 akan dibuat?

Pembayaran GKP 3.0 akan dilakukan pada Jun 2021. Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 3.0 dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan /semasa untuk pembayaran GKP 3.0?

Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Adakah semakan kelayakan GKP 3.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?

Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.

Saya baru mendaftar dan menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari2021), adakah saya perlu melaporkan jualan bagi tahun 2020?

Jika pendaftaran perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja.

Saya telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020. Oleh itu, jualan tahun bilakah yang perlu saya laporkan pada permohonan GKP 3.0?

Jika perniagaan yang telah didaftarkan dan beroperasi sebelum atau pada tahun 2020, jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021.

 

TARIKH SEMAKAN STATUS PERMOHONAN  GKP 3.0

Keputusan permohonan akan diumumkan pada JUN  2021

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GKP 3.0

Berikut adalah cara buat semakan status permohonan GKP 3.0:

  1. Layari https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukan nombor kad pengenalan
  3. Klik SEMAK
  4. Dipaparkan maklumat berikut:
  • Nama
  • No MyKad
  • Status Permohonan
  • Alasan Tidak Lulus Permohonan
  • Alasan
  • Status Rayuan

 

CONTOH STATUS GKP 3.0

 

MAKSUD TIDAK LULUS GKP 3.0

Maksud TIDAK LULUS adalah status permohonan rayuan GKP 3.0 anda gagal.

 

MAKSUD GKP 3.0 DIPROSES

Maksud DIPROSES adalah status permohonan GKP 3.0 anda sedang diproses dan disemak silang.

 

TARIKH BAYARAN GKP 3.0 MASUK BANK

Berikut adalah tarikh jangkaan duit GKP 3.0 masuk bank:

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke  CIMB Bank / CIMB Islamic Bank

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke  Affin Bank / Affin Islamic Bank

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke  Bank  Rakyat

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke  RHB Bank / RHB Islamic Bank

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke  Bank Muamalat

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke Maybank / Maybank Islamic

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke Bank Islam

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke Public Bank / Public Islamic Bank

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke Agro Bank

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

Tarikh Bayaran GKP 3.0 Masuk ke Ambank

Telah mula dikreditkan mulai akan dikemaskini

INFO LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai semakan status GKP 3.0 boleh hubungi HasilCare Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Share your love

2 Comments

  1. Akaun semakan saya disekat. Sebab lupa kata laluan lupa gmail…ada cara lain tak untuk saya semak..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *