SEMAKAN STATUS GKP 4.0(SEMAKAN STATUS DAN TARIKH BAYARAN FASA 2)
Untuk pengetahuan anda, fokus kedua dalam pakej PEMULIH yang diumumkan oleh YAB perdana Menteri ialah Menyokong Perniagaan. Kerajaan sedar, dalam fasa pertama dan kedua PPN, kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
Oleh demikian, Kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam kedua-dua fasa-fasa ini. Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Sebagai berita baik untuk anda, Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada 23 November 2021.
APAKAH GKP 4.0
GKP 4.0 atau Geran Khas Prihatin 4.0 adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
SEMAKAN STATUS GKP 4.0 TARIKH PENDAFTARAN
Pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti
TARIKH PEMBAYARAN GKP 4.0
- 500 ringgit akan dibayar pada bulan 21 September 2021
- 500 ringgit lagi pada bulan 23 November 2021
Duit GKP dah masuk ke? SEMAK STATUS PEMBAYARAN GKP 4.0 MENGIKUT BANK
CARA PERMOHONAN GKP 4.0
Pemohon yang berhasrat membuat permohonan boleh melakukan perkara tersebut menerusi portal https://gkp.hasil.gov.my
- Layari portal Geran Khas Prihatin (GKP) https://gkp.hasil.gov.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang ‘search’.
- Klik butang Permohonan Baharu untuk membuat permohon.
- Untuk Makluman Pemohon, Nama dan NoKP adalah berdasarkan Data Agensi yang diterima.
- Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan.
- Sila tekan OK.
- Isi Maklumat Diri ,Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat.
- Klik Butang ‘Teruskan’ setelah memasukkan semua maklumat dengan tepat.
- Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan
- Klik pada butang Sahkan Captcha.
- Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
- Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak
SEMAKAN STATUS & BAYARAN GKP 4.0 FASA 1
Mereka yang layak boleh membuat semakan kelulusan mulai 20 September ini menerusi portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).
Sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan status:
- Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Status kelulusan anda akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut tentang permohonan GKP 4.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian
03-8911 1000
603-8911 1100 (Luar Negara).
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR GKP 4.0 (DAFTAR DI gkp.hasil.gov.my)
BILA GKP 4.0 AKAN DIBAYAR? (Ini Tarikh Pembayaran Duit GKP 4.0 Masuk)
CARA TUKAR NO AKAUN BANK GKP(Kemaskini Nombor Akaun Bank Yang Aktif)
hi, nama saya Liaw Lee Ling.. boleh saya tanya GKP 3.0 saya tidak
dapat permohonan, sebab masa saya buat mehonan telah di tutup. tapi sekarang saya mehonan GKP 4.0 sama juga tak dapat.. boleh ajah saya bagaimana buat?
MY CLERK RESIGN ON MAR2021 SHE DIDNT LEAVE ME THE PSU LOGIN DETAIL . HOW I CAN GET BACK ?
hi, i want to ask how to apply for gkp 4.0 as i never apply this before. last time the gkp 3.0 already closed when i want to apply. please let me know how is the procedure goes~ thanks
Hi,
Tuan/Puan,
Selamat Pagi
GKP 3.0 sudah lulus tapi bank account saya punya kerani letak salah account nombor dan nak tanya macam mana boleh kemaskini.
Sekian Terima Kasih
Hi
Tuan/puan
Saya ingin mohon gkp 4.0 kerana sata tidak pernah mohon gkp sebelum ini .
Sekin terima kasih .
Hi admin
Bagaimana saya nak mohon GKP 4.0 sebab saya tak pernah mohon GKP 3.0 sebelum ini
terima kasih
HOW TO CANCEL GKP 3.0 PLEASE?
1- HOW TO APPLY GKP 3.0 AND GKP 4.0 ?
2- WHAT THE LISTS COMPANY HAVE TO SUBMIT ?
3- WHEN ITS START TO SUBMIT ?
THANK YOU.
Bila Tarikh Pembayaran Gkp Mulai Dibayar ..
saya semak tiada rekod di gkp 4.0 tapi sya terima 1.0 dan 2.0 bagaimana ye
Hi my name is murugan m.visvalingam i register for gkp 4.0 and it say’s it is closed how to apply.plz let know and i never get gkp before tq.
Hi cik Sy blm dafter LG..
semakan