SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DanaNITA MARA : CARA  MOHON & SYARAT PERMOHONAN

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DanaNITA MARA

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DanaNITA MARA : CARA  MOHON & SYARAT PERMOHONAN

Adakah anda seorang wanita yang terlibat dengan aktiviti keusahawanan tidak kisah secara terus ataupun di dalam talian. Untuk pergi lebih jauh dalam bidang keusahawanan, sudah pasti memerlukan dana dan modal yang besar. Oleh yang demikian, telah diwujudakan DanaNITA dari pihak MARA. DanaNITA  ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Menerusi DanaNITA ini, pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera akan diberikan kepada yang layak dan akan menerima pembiayaan perniagaan sehingga RM50,000.

Terdapat dua tujuan utama DanaNITA ini diwujudkan kepada usahawan wanita iaitu:

  • Modal Pusingan untuk emperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan,
  • Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan dengan membuat pembelian mesin dan peralatan

Jika anda pelajar, mohon juga SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR (SKIP) MARA 

 

SYARAT PERMOHONAN DanaNITA MARA 2021  

  • Mestilah wanita Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang
  • Berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Anda merupakan wanita yang menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan yang dilakukan mestilah patuh Syariah
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA (CHECK SENARAI HITAM DI SINI)

Anda boleh mencuba mohon SPiM IPTS MARA 2021 

 

CARA BUAT PERMOHONAN DanaNITA MARA 2021  

Bagi yang berminat untuk membuat peramohonan, Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Anda boleh mengikuti langkah yang kami kongsikan berikut berikut:

  1. Anda hanya perlu layari https://www.mara.gov.my/
  2. Pilih butang E-Perkhidmatan
  3. Pilih butang MyUsahawan
  4. Anda akan dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
  5. Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
  6. Klik bahagian ‘Daftar pengguna baharu.’
  7. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
  8. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  9. Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf
  10. Hantar permohonan.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DanaNITA MARA

Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh buat semakan Status permohonan boleh secara atas talian melalui https://www.mara.gov.my/ ataupun anda juga boleh menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon.

 

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN DanaNITA MARA

Sebelum anda membuat permohonan, adalah dinasihatkan untuk menyediakan Dokumen sokongan .

Dokumen sokongan yang diperlukan anda boleh rujuk melalui pautan yang dikongsikan ini.  http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf.

Anda perlu menyediakan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah sebanyak tiga salinan.

 

TEMPOH PEMBIAYAAN & KADAR KEUNTUNGAN

Tempoh pembiayaan yang diberikan bagi skim DanaNITA ini adalah daripada 1 hingga 10 tahun @ 12 hingga 120 bulan.

Kadar keuntungan dikenakan ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4% sahaja.

 

JAMINAN/CAGARAN

Bagi wanita-wanita diluar sana yang ingin memohon skim DanaNITA ini, anda perlu mempunyai jaminan atau cagaran iaitu:

  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
  • Membuat gabungan kedua-duanya sekali; atau
  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi Pejabat MARA Daerah terdekat untuk maklumat lanjut atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/

Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada:

[email protected] ,atau

menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau

Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri
(PMN).

 

 

 

 

 

Leave a Comment