SEMAKAN STATUS SPdPR KPM:CARA DAFTAR KELAS PENGISIAN & PELAPORAN PdPR HARIAN
Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia.
Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.
APA ITU SPdPR KPM?
Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
MANUAL PENGGUNA SPdPR KPM
Ikuti Panduan Pengisian Pelaporan Standard PdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti.
CARA PENDAFTARAN KELAS SPdPR KPM
Penolong Kanak Pentadbiran perlu daftar masuk SPdPR KPM dan mendaftar semua kelas di sekolah sebelum guru boleh membuat pengisian laporan PdPR.
LOGIN/LOG MASUK SPdPR KPM
- Layari laman sesawang SPdPR mengikut negeri
- Masukan ID PENGGUNA dan kata laluan
- Klik LOG MASUK
TUKAR KATA LALUAN/PASSWORD SPdPR KPM
Berikut adalah cara tukar kata laluan/ password SPdPR KPM:
Anda perlu tukar kata laluan/password SPdPR KPM selepas berjaya log masuk.
DAFTAR KELAS SPdPR KPM
Berikut adalah cara daftar kelas SPdPR KPM:
- Klik menu daftar kelas dan isi maklumat yang diperlukan
- Nama Kelas – Bermula dengan angka (contoh 1 Bestari)
- Bilangan murid – berdasarkan APDM
- Bagi kelas gabung,nama kelas perlu ditulis seperti 1 Bestari Bijak Cerdik
- Bilangan murid pula berdasarkan 3 kelas tadi.
- Pendaftaran kelas hanya perlu dilakukan sekali sahaja oleh PK Pentadbiran atau guru yang melaksanakan kelas gabungan.
CARA PENGISIAN PELAPORAN SPdPR KPM HARIAN
Berikut adalah cara isi pelaporan PdPr harian:
- Klik butang Pelaporan PdPR harian
- Masukan semua data dan klik simpan
- Klik OK
SEMAKAN STATUS LAPORAN SPdPR KPM HARIAN
Berikut adalah cara buat semakan laporan PdPR harian:
- Klik butang LAPORAN
- Klik butang pengisian PdPR dan pilih tarikh laporan yang ingin disemak
- Sila masukan tarikh sehari sebelum tarikh yang dikehendaki.Contoh:semak laporan 4/5/2021 perlu pilih tarikh 3/5/2021
- Klik butang PAPAR,klik EDIT untuk buat kemaskini atau PADAM untuk hapuskan laporan.
KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.
Sistem Pelaporan Standard PdPR ini dibangunkan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
SENARAI LINK SPdPR KPM MENGIKUT NEGERI
Berikut adalah senarai link SPdPR KPM mengikut negeri:
- Johor : https://spjohor.moe.gov.my/
- Negeri Sembilan : https://spn9.moe.gov.my
- Pulau Pinang : https://sppenang.moe.gov.my
- Terengganu : http://appsterengganu.moe.gov.my/
- Perak :
- Lain-lain negeri: Akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan info tentang SEMAKAN STATUS SPdPR KPM, sila rujuk Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing.
tlg register BKC utk sya
tlg register kn sya utk dpat bantuan.BKP.BKC