CARA CHECK CHECK ONLINE GUNA APLIKASI & WEB (Semakan Label MCMC)
Sekiranya anda baru membeli peralatan telekomunika dan ingin mengesahkan ketulenan, kini anda boleh membuat semakan melalui Check Your Label (CYL) yang mempunyai Label MCMC yang sah. Disini kami akan kongsikan cara semakan Sirim Check Online, semoga membantu.
APA ITU CHECK YOUR LABEL (CYL)SIRIM CHECK ONLINE
Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
KENAPA PERLU ADA LABEL MCMC
Label MCMC adalah tanda pemerakuan wajib bagi menunjukkan bahawa peralatan komunikasi telah diperakukan mematuhi standard mengikut Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
- Label baru telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2015.
- Terdapat dalam bentuk elektronik atau fizikal.
- Label Elektronik (e-label) yang disimpan dalam sistem pengendalian peranti / firmware.
- Label Fizikal iaitu tanda permerakuan yang dicetak pada pelekat yang dilekatkan pada peralatan atau tanda pemerakuan tersebut ditimbul, diukir atau dicetak pada permukaan peralatan.
KESAN PERALATAN KOMUNIKASI TIDAK LABEL MCMC
Berikut adalah merupakan risiko menggunakan peralatan yang tidak diperakukan:
- Kejutan elektrik
- Menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi
- Gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi
- Peralatan komunikasi yang dibeli mungkin palsu / klon atau terlarang
PERALATAN KOMUNIKASI PERLU MEMPUNYAI LABEL MCMC
Berikut adalah merupakan antara peratan telekomunikasi yang mempunyai label MCMC:
- Komputer
- Faksimili
- Telefon bimbit
- TV Satelit
- TV Pintar
- Tablet
- Walkie Talkie
- Peralatan tanpa wayar
- Router tanpa wayar
CARA SEMAKAN KETULINAN TELEKOMUNIKASI
Berikut adalah merupakan kaedah untuk membuat semakan ketulinan peralatan telekomunikasi anda:
- Periksa Spesifikasi Peranti Tersebut
- Pergi ke Tetapan > Mengenai Telefon dan sahkan maklumat tersebut di situ.
- Buat Perbandingan Dengan Peranti Yang Dijual Oleh Pengedar Sah
- Semak jaminan peranti tersebut jika ia dilindungi oleh pengeluar telefon atau perlu dikembalikan kepada pengedar tersebut jika terdapat kerosakan.
- Periksa Nombor Imei Telefon Anda IMEI
- International Mobile Equipment Identity (IMEI)a adalah no siri telefon anda.
- Dail *#06# di telefon anda dan ia akan memaparkan 15 digit nombor yang juga dikenali sebagai nombor IMEI telefon anda.
- Bandingkan nombor tersebut dengan nombor IMEI di kotak bungkusan peranti anda. Pastikan ianya sama.
- Pastikan Peranti Anda Disahkan Oleh Sirim
- Penggunaan peranti komunikasi yang selamat dan untuk mengelakkan pengguna tertipu dengan peranti klon atau tiruan.
CARA SEMAKAN SIRIM CHECK ONLINE (LABEL MCMC)
Untuk membuat semakan ketulinan peranti telekomunikasi anda, berikut adlaah merupakan caranya:
- Cari label MCMC dengan cara berikut:
- Nombor IMEI boleh didapati di kotak bungkusan peranti anda
- Melalui peranti:
- Pergi ke Tetapan > Mengenai Telefon, lihat no EMEI
- Dapatkan nombor IMEI (*#06#) atau cari nombor siri peralatan
- Taip IMEI atau nombor siri di laman sesawang ecomm.sirim.my atau aplikasi CYL mobile (Play Store / Apple Store) untuk semakan
- Semakan status kelulusan anda tertera. Pastikan peralatan telekomunikasi anda telah diluluskan
MAKLUMAT LANJUT SIRIM CHECK ONLINE
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sirim Check Online Label MCMC, anda boleh layari website rasmi MCMC di pautan Check Your Label https://cyl.mcmc.gov.my/EN/home.aspx
ARTIKEL LAIN
- SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB ONLINE(Check Bill Guna MYTNB App)