SKIM BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk : CARA MOHON DAN SYARAT-SYARAT

SKIM BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk : CARA MOHON DAN SYARAT-SYARAT

SKIM BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk

 

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk adalah bantuan yang disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau sebab-sebab lain yang bermunasabah.

anda boleh memohon bantuan kewangan bulanan MAIPk melalui Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk 2021 yang telah dilancarkan ini.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Jika ingin memohon, anda boleh semak syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini pada maklumat di bawah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin atau bekerja di Negeri Perak
  • Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak iaitu RM2,077.00
  • Terkesan dengan Pandemik COVID-19 sama ada tidak dapat menjalankan urusniaga / pekerjaan harian / diberhentikan kerja / direhatkan tanpa gaji
  • Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon)

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPK

Bantuan Dana Khas semasa PKP 3.0 ini TIDAK dibuat melalui kaedah permohonan daripada individu. Bantuan ini akan disalurkan secara terus. Kaedah penyaluran bantuan adalah mengikut kategori penerima seperti jadual berikut:

Kategori Pertama

  • Bagi kategori ini, tiada permohonan apa-apa perlu di lakukan
  • Bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akun bank penerima secara berperingkat
  • Bermula Jun 2021

Kategori Kedua

  • Pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.

Kategori Ketiga

  • Penerima akan dikenalpasti oleh jentera Kerajaan di peringkat Daerah, Mukim, dan Kampung
  • Ianya melibatkan penghulu Mukim, dan Ketua Kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing
  • Bermula 21 Jun 2021.

 

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan dan bertanyakan pada maklumat di bawah

 

ARTIKEL LAIN

SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPK SESI : SYARAT KELAYAKAN, CARA MOHON & KAEDAH BAYARAN

 

 

 

 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *