Skim Rumah Pertamaku Sarawak HDAS
Kepada warga Sarawak, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperkenalkan Skim Bantuan Deposit Rumah (HDAS) atau dikenali Skim Rumah Pertamaku Sarawak 2024 untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan menengah (B40 dan M40) memperoleh rumah pertama mereka. Skim ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang timbul akibat kenaikan kos rumah.
Apa Itu Skim Rumah Pertamaku Sarawak?
HDAS atau Housing Deposit Assistance Scheme adalah satu inisiatif untuk membayar deposit sebanyak RM10,000 bagi pembelian rumah mampu milik di Sarawak. Skim ini diperkenalkan untuk menyediakan sokongan kepada golongan B40 dan M40 agar dapat memiliki kediaman sendiri dengan lebih mudah.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan HDAS Sarawak:
- Pembeli rumah pertama dalam kalangan golongan B40 dan M40.
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,729 untuk B40 dan di antara RM3,730 hingga RM8,649 untuk M40.
- Warganegara Sarawak dengan status tetap.
- Membeli hartanah daripada pemaju yang diluluskan atau mahu membina rumah di atas tanah sendiri.
Kadar Harga Hartanah Skim Rumah Pertama Sarawak
Harga hartanah yang layak di bawah HDAS Sarawak adalah seperti berikut:
- Harga murah: RM50,400 hingga RM59,220
- Harga sederhana: RM80,000 hingga RM100,000
- Spektra Lite: RM100,000 hingga RM120,000
- Spektra Medium: RM135,000 hingga RM168,000
- Spektra Plus: RM150,000 hingga RM198,000
- Spektra Permata: RM90,000 hingga RM160,000
- Sri Pertiwi: RM270,000 hingga RM295,000
Permohonan Skim Rumah Pertamaku Sarawak
Anda boleh membuat permohonan HDAS Sarawak secara:
Secara Manual:
- Hubungi MUTIARA di alamat berikut:
- Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd
- Tingkat Bawah Sayap Kiri, Wisma Sultan Tengah,
- Taman Sukma, Jalan Sukma Petra Jaya,
- 93050 Kuching, Sarawak
- Talian: 082-313035
Secara Online:
- Kunjungi laman web rasmi di https://mutiaracredit.com.my/ms/ atau https://hdc.sarawak.gov.my/ untuk mengemukakan permohonan secara atas talian.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan tambahan mengenai HDAS Sarawak, sila hubungi Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd di alamat dan nombor telefon yang tertera di atas.
Dengan HDAS Sarawak, Kerajaan Sarawak bertujuan untuk memudahkan warga Sarawak dari golongan B40 dan M40 memiliki rumah pertama mereka dengan sokongan kewangan yang sesuai. Sistem ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sokongan dalam membeli rumah mampu milik di Sarawak.