PERMOHONAN SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK (SSB-i)

Utama / SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK / PERMOHONAN SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK (SSB-i)

PERMOHONAN SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK (SSB-i)

Kepada warga emas/pesara terdapat berita baik untuk anda iaitu Cagamas Berhad telah memperkenalkan Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i) iaitu menukar harta kediaman anda kepada pembayaran pendapatan bulanan tetap sepanjang tempoh persaraan anda. Disini kami akan kongsikan kepada nada cara membuat permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i) merupakan kemudahan Pembiayaan Gadaian Berbalik (Pembiayaan) patuh Syariah berasaskan konsep Komoditi Murabahah (melalui pengaturan Tawarruq). Pembiayaan SSB-i menyediakan bayaran bulanan tetap kepada pemilik rumah yang layak di bawah kategori warga emas/pesara yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga mencapai umur 120 tahun.

 

OBJEKTIF SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

SSB-i dibentuk untuk mencapai matlamat berikut:

  1. Membolehkan pemilik rumah yang layak mendapat ketenangan fikiran dalam mengharungi tahun-tahun keemasan melalui aliran tunai yang konsisten sebagai sara hidup bulanan.
  2. Pengurangan kebergantungan kepada waris mereka kerana pemilik rumah yang layak boleh memanfaatkan harta sendiri tanpa perlu membebankan pihak lain.
  3. Menyediakan cara untuk pemilik rumah warga tua menggadaikan rumah mereka untuk mendapatkan wang tambahan tanpa mengorbankan pemilikan rumah dengan terus tinggal dan menetap sepanjang hayat
  4. Membantu pemilik rumah warga emas membiayai persaraan mereka dengan cara patuh Syariah.

 

MANFAAT SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Berdasarkan prinsip patuh Syariah :

  • Tiada unsur pinjaman berasaskan riba
  • Tiada unsur ketidakpastian dalam kontrak :
    • Tempoh pembiayaan yang tetap
    • Bayaran bulanan yang tetap
    • Kadar Keuntungan Siling yang tetap
  • Keuntungan dikenakan pada Kadar Keuntungan Efektif berdasarkan jumlah pengeluaran/pokok semasa :
    • Pengiraan keuntungan tidak dikompaun
    • Rebat bulanan dan penyelesaian awal diberikan kepada Pelanggan

 

CIRI-CIRI SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri produk utama SSB-I iaitu:

  1. Tempoh pembiayaan yang panjang
    • Pendapatan bulanan tetap sepanjang hayat atau sehingga Pelanggan berumur 120 tahun, yang mana lebih awal
  2. Tiada bayaran sepanjang hayat
    • Penyelesaian hanya perlu dibuat apabila Pelanggan yang terakhir meninggal dunia
  3. Kekal mendiami rumah sendiri
    • Pelanggan boleh terus mendiami rumah sendiri sepanjang hayat mereka
  4. Tiada tuntuan
    • Waris/ harta pusaka Pelanggan tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan jumlah tertunggak Pembiayaan SSB-i dan sebarang kekurangan jika hasil jualan hartanah adalah kurang daripada jumlah tertunggak Pembiayaan SSB-i.

 

KADAR PEMBIAYAAN SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Kadar Keuntungan Siling adalah kadar keuntungan maksimum yang akan dikenakan kepada Pelanggan sepanjang tempoh pembiayaan

Kadar Keuntungan Efektif adalah kadar keuntungan sebenar yang dikenakan kepada Pelanggan yang berbeza setiap bulan

 

KOS TERLIBAT SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Berikut adalah merupakan kos-kos yang terlibat iaitu:

  • Yuran kemudahan (sekaii sahaja): 1.75% daripada nilai pasaran semasa hartanah
  • Perbelanjaan awal
    • Bayaran kepada pihak ketiga untuk kos-kos awal yang akan dikenakan seperti penilaian harta, yuran guaman, duti setem, dan/atau perlindungan takaful/insurans kebakaran harta juga termasuk apa-apa yuran kaunseling, perkhidmatan, fi komoditi kepada pihak ketiga, jika ada.
  • Pilihan bayaran pendahuluan awal
    • Sekali Bayaran Pendahuluan Awal bersama satu bayaran bulanan disediakan pada awal pembiayaan dan jumlah maksimum akan dinilai semasa permohonan.
    • Penggunaan Bayaran Pendahuluan Awal adalah terhad kepada berikut:
      • Bayaran untuk perbelanjaan perubatan;
      • Penyelesaian sebarang gadai janji tertunggak ke atas harta yang akan digadaikan di bawah Pembiayaan SSB-i; dan
      • Perbelanjaan pengubahsuaian dan penyelenggaraan untuk menjaga harta tersebut
    • Hanya sekali pengeluaran dibenarkan pada awal pembiayaan

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Untuk melayakkan diri bagi mendapatkan Pembiayaan SSB-i, individu tersebut mestilah berumur sekurang-kurangnya 55 tahun dan memiliki rumah  serta memenuhi kelayakan lain seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah:

KRITERIA KELAYAKAN PELANGGANKRITERIA KELAYAKAN HARTA
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun dan ke atas,
  • Terbuka untuk pembiayaan  tunggal  atau bersama (terhad kepada 2 nama sahaja).
  • Bagi pembiayaan  bersama, tidak terhad kepada pasangan sahaja tetapi juga termasuk ibu bapa, adik beradik atau anak, tertakluk kepada had umur di atas.
  • Hartanah kediaman di Malaysia yang dibawah nama Pelanggan atau pemilikan bersama untuk pembiayaan bersama
  • Bagi pembiayaan bersama, pemilikan bersama adalah diperlukan
  • Hartanah mestilah diduduki Pelanggan dan merupakan tempat kediaman utama
  • Pegangan bebas atau pajakan dengan baki tempoh pajakan tidak kurang dari 90 tahun
  • Bebas daripada sebarang bebanan seperti gadaian dan liabiliti hutang yang lain
  • Tidak tertakluk kepada sebarang Hibah (hadiah) termasuk Hibah Amanah

 

CARA SEMAK BAYARAN BULANAN DAN PENDAHULUAN AWAL (JUMLAH BAYARAN) SSB-i

Jumlah bayaran yang diterima oleh Pelanggan sebahagian besarnya bergantung kepada umur Pelanggan, nilai hartanah, lokasi dan jenis kediaman.

Anda boleh membuat semakan menerusi Kalkulator Gadaian Berbalik (SSB) untuk memberikan anggaran jumlah bayaran.

 

CARA PERMOHONAN SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Kepada anda yang berminya untuk membuat permohonan SSB-I, berikuy adlaah merupakan caranya

Permohonon Secara Online

  1. Layari pautan SSB-I
  2. Step 1 : Semakan kriteria kelayakan
  3. Step 2 : Temujanji dengan AKPK
  4. Step 3 : Menghadiri Kaunseling di Pejabat AKPK
  5. Step 4 : Penerimaan “Sijil Pegesahan Kehadiran” Daripada AKPK
  6. Step 5 : Hantar Permohonan

Nota: Pelanggan yang telah melengkapkan Langkah 2 hingga Langkah 4 boleh mengemukakan permohonan dalam talian (Langkah 5) kepada Cagamas.

Permohonan Secara Manual

  1. Hadir ke Cawangan yang yelah ditetapkan KWSP seperti berikut:
    • KWSP Kuala Lumpur
    • KWSP Petaling Jaya
    • KWSP Johor Bahru
    • KWSP Seberang Jaya
    • KWSP Ipoh
    • KWSP Seremban
    • KWSP Melaka
  2. Semak kelayakan anda menerusi ujian pra-penilaian
  3. Buat temu janji dengan Penasihat Kewangan AKPK
  4. Lengkapkan modul nasihat kewangan gadai janji terbalik (Reverse Mortgage) bersama-sama AKPK di mana-mana cawangan AKPK yang terdekat.
  5. Muat turun borang permohonan SSB-I dan hantar borang permohonan anda untuk pinjaman SSB atau SSB-i kepada pihak Cagamas.
  6. Pastikan anda melampirkan borang pengesahan kehadiran AKPK serta dokumen sokongan lain yang berkaitan bersama-sama permohonan anda.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SKIM SARAAN BERCAGAR ISLAMIK

Anda juga boleh merujuk pada soalan lazim menerusi pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Saraan Bercagar Islamik, anda boleh melayari portal rasmi Cagamas

ARTIKEL BERKAITAN:

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *