PERMOHONAN SPIM TEKUN NASIONAL (Pembiayaan Mikro & Informal Sehingga RM10000)
Bagi usahawan sektor mikro dan informal yang memerlukan bantuan pembiyaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM). Untuk makluman, sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
APA ITU SPIM
Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro
MATLAMAT PEMBIAYAAN SPIM
Matlamat pembiayaan SPIM yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional adalah untuk:
- Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara.
- Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
- Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
- Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
- Mendorong untuk anjakan daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.
KADAR PEMBIAYAAN SPIM
Skim ini yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro
- RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM)
- RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SPIM TEKUN NASIONAL
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan SPIM:
- Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
- Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon/permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
- Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
- Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.
JENIS PERNIAGAAN LAYAK SPIM TEKUN NASIONAL
Berikut adalah merupakan jenis perniagaan yang boleh dipohon menerusi pembiayaan SPIM:
Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan.
- Penjaja kecil.
- Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business).
- Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business).
- Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business).
- Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).
KADAR PEMBIAYAAN SPIM TEKUN NASIONAL
Jumlah pembiayaan yang ditetapkan menerusi SPIM adalah sehingga RM10,000 dengan perincian berikut:
- RM1,000–RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
- RM1,000–RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah (SSM).
TARIKH PERMOHONAN SPIM TEKUN NASIONAL
Tarikh buka permohonan pembiayaan ini akan dikemaskini kemudian.
CARA PERMOHONAN SPIM TEKUN NASIONAL
Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan pembiayaan SPIM:
- Secara atas talian (Online)
- Layari pautan: https://tekunfin.tekun.gov.my/login
- Klik pada Daftar Akaun.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik Daftar.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan tersebut sehingga selesai.
- Secara Manual
- Hadir ke pejabat TEKUN Nasional berhampiran anda
- Berikut adalah pautan untuk merujuk pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran: https://www.tekun.gov.my/ms/connections/
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info dan maklumat lanjut mengenai SPIM Tekun Nasional, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN Nasional 03-90588550 atau layari laman web di https://www.tekun.gov.my
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL ONLINE (Daftar tekunfin.tekun.gov.my)
salam,
boleh saya tau bila tekun spim akan dibuka?