SPS KHIDMAT PERKESO (Daftar Caruman Bekerja Sendiri)

CARA DAFTAR SPS KHIDMAT PERKESO (Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri)

Kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang pencarum KWSP, kini Kerajaan telah memperkenalkan SPS Khidmat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO. Disini kami akan kongsikan cara daftar SPS Khidmat Perkeso, semoga membantu.

APA ITU SPS KHIDMAT

SPS Khidmat adalah perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO di mana kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) kepada kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri (OBS) sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2022.

TARIKH BERKUATKUASA SPS KHIDMAT

  • 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN SPS KHIDMAT

Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakanyang tetlah ditetapkan:

  1. Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  2. Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  3. Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  4. OBS bekerja di Malaysia

FAEDAH SPS KHIDMAT

Berikut alah merupakan antara faedah yang disediakan kepad OBS yang layak:

  • Faedah perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Vokasional
  • Faedah Pendidikan

KUMPULAN SASAR SPS KHIDMAT PERKESO

Berikut adalah (4) kategori kumpulan sasar yang dikhususkan seperti berikut:

KUMPULAN SASARAN OBSJENIS CANRUMANPEMBIAYAANBILANGAN OBC
Sukarelawan APM, ATM, MARITIM, PDRMPelan 2

(RM232.80)

100% DiBiayai Oleh Kerajaan100,000
Perkhdimatan Rumah Ibadat Islam (JAKIM)Pelan 2

(RM232.80)

100% DiBiayai Oleh Kerajaan30,000
Penyelia & Petugas Pemulihan KomunitiPelan 2

(RM232.80)

100% DiBiayai Oleh Kerajaan3,565
Contract For ServiceBagi Sektor AwamPelan 4

(RM592.80)

100% DiBiayai Oleh Kerajaan2,000

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sebelum membuat permohonna, pastikan sediakan dokumen sokongan seperti berikut terlebih dahulu:

  • Salinan kad pengenalan
  • Surat pengesahan daripada agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan

CARA PERMOHONAN SPS KHIDMAT

Kepada OBS yang berkelaykan dan ingin membuat permohonan, berikut adlaah emrupakan caranya:

  1. OBS perlu memohon melalui agensi pentadbiran masing-masing
  2. Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS ([email protected]) untuk proses pendaftaran
  3. Tempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO

Untuk tujuan permohonan, pemohon juga dikehendaki menyediakan dokuman-dokumen sokongan berikut bagi memastikan permohonan anda akan diproses:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SPS Khidmat, sila merujuk:

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO (Jika Positif Covid-19)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *