SSM OBA (Semak Senarai Syarikat Perniagaan Disyaki Terlibat Penipuan)
Kepada anda yang ingin membuat semakan sesuatu syarikat perniagaan supaya tidak tertipu dalam urusan perniagaan dan langkah berjaga-jaga dapat diambil sebelum membuat apa-apa pembelian menerusi perniagaan atas talian, kini SSM telah memperkenalkan satu laman website untuk membuat semakan yang dikenali SSM OBA. Disini kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan, semoga membantu.
APA ITU SSM OBA
SSM Online Business Alert (SSM OBA) merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika. SSM ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian. Sila pastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM.
FAKTOR KEJADIAN PERNIPUAN ATAS TALIAN
Antara faktor berlakunya peningkatan penipuan atas talian adalah seperti berikut:\
- Apabila dunia berdepan pandemik COVID-19
- Penggunaan internet yang lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atau kejadian ‘scam’ secara dalam talian meningkat
SENARAI SYARIKAT PERNIPUAN ATAS TALIAN
Berikut adalah senarai Laman sesawang / Media Sosial yang disyaki terlibat di dalam penipuan perniagaan atas talian merujuk kepada maklumat dalam fail aduan yang diterima. Sila berwaspada semasa berurusan dengan entiti berkenaan:
NAMA ENTITI | LINK URL / NO. AKAUN BANK |
Beauty Trendy | https://www.facebook.com/mybeautytren dy/ |
Redgiants | http://redgiants.com.my/ https://www.facebook.com/redgiants.com .my/ |
Craftivity Clothing Enterprise | No. Akaun MayBank : 564397122899 |
Wellven Enterprise | No. Akaun CIMB : 8010107687 |
Heong Leong Software Enterprise | Melalui Laman Mudah.my |
Paris Lovy Risha | No. Akaun Maybank : 560278011041 |
Dm.Motorspart | https://www.instagram.com/dm.motorpar ts/ |
Ubid Net Enterprise | https://www.facebook.com/Ubet918- 2349932328569048/?ref=page_internal |
Mobile Accessories | https://www.facebook.com/S.MAccessorie sMY/photos/?tab=album&album_id=2861 20998806647 |
Cik Puan | No. Akaun BSN : 02995-29-000176452 |
Jintara Success Trading (002995911-P) | No. Akaun Maybank : 564481414722 |
Yr Sathis Enterprise (002545800-W ) | ) No. Akaun Maybank : 51231662013400 |
P&P Marketing | No. Akaun CIMB : 860386489 |
Photographer Wanita | https://www.facebook.com/glitterlifephoto graphy/?ref=page_internal 03/02/2021 |
Technology | https://www.instagram.com/fhonesaller/ |
Extraordinary Unicorn | No. Akaun Maybank : 151101315437 |
JG Fashion House | No. Akaun Maybank : 551146531814 |
Software Trading | No. Akaun Ambank : 8881030732461 |
LaptopProduct | No. Akaun CIMB : 7071179773 |
Twenty Eight Group | DS Faiz Amir (Facebook) |
CARA BUAT LAPORAN PENIPUAN SYARIKAT
Sekiranya anda mengalami kes penipuan, anda boleh membuat laporan tersebut seperi berikut:
- Buat laporan dengan menghantar email ke [email protected].
- Lampirkan alamat URL syarikat yang disyaki.
- Lampirkan bukti penipuan.
- Lampirkan laporan polis. (sekiranya berkaitan)
NOTA: Anda diingatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian. Anda perlu memastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai SSM OBA, layari website rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR MyDATA SSM(Login & Beli Maklumat Syarikat)