CARA DAFTAR SSO PDRM ONLINE (Semakan Check Saman Polis Trafik)
Kadang – kala, mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang mengenai saman trafik samada dalam sedar atau tidak. Sekurangnya, apabila kita dapat check saman ini, dapatlah kita mengetahui status terkini mengenai saman semasa trafik kita ada.Untuk itu, izinkan kami berkongsi cara daftar SSO PDRM Online bagi memudahkan anda membuat semakan saman polis trafik.
CARA DAFTAR SSO PDRM ONLINE
SSO merupakan singkatan kepada Sistem Semakan Online yang memudahkan pengguna untuk membuat semakan perkhidmantan polis secara atas talian.
Untuk itu, kami tunjukkan cara daftar SSO :
- Klik pautan SSO online di sini:https://sso.rmp.gov.my
- Klik pada gambar Daftar Baru Pengguna
- Pendaftaran ini hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja
- Masukkan no kad pengenalan sebagai ID pengguna
- Masukkan kata laluan dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Masukkan email dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Sebagai keselamatan, masukkan tempat lahir dan nama ibu
- Seterusnya, masukkan maklumat pengguna
- Masukkan nama
- Masukkan jantina
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Masukkan tarikh lahir
- Masukkan alamat, poskod dan bandar
- Masukkan nombor telefon
- Masukkan kod pengesahan
- Klik Serah
- Selesaikan proses pendaftaran
- Jika sudah, klik Login di bahagian atas, sebelah kanan(rujuk gambar di bawah)
- Masukkan ID pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Setelah berjaya login, klik pada ikon Status Saman untuk anda buat semakan.
TAWARAN SAMAN JPJ/POLIS TERKINI
Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ/Polis menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Tarikh Tawaran: 9 -31 Disember 2021
- Cara Bayaran: Kaunter JPJ/Trafik, Kiosk JPJ/Polis, Portal JPJ/MyBayar Saman & di Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KLCC
SOALAN LAZIM
Bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan masalah saman PDRM melalui portal SSO ?
Anda boleh melayari laman Informasi trafik dan klik di pautan direktori untuk mendapatkan nombor telepon pegawai berkenaan. Anda juga boleh terus pergi ke BalaiPolis Trafik yang berhampiran.
Bagaimana hendak menyelesaikan saman yang tidak dilakukan oleh pesalah trafik guna SSO online ?
Berkemungkinan ada berlaku kesilapan teknikal seperti silap cetak oleh anggota bertugas Berkemungkinan pihak ketiga menggunakan nombor pendaftaran palsu Tindakan yang perlu diambil pergi ke Balai Polis Trafik yang berhampiran dan membawa segala dokumen kenderaan serta bukti yang menunjukkan anda tidak ada di tempat kejadian berlaku kesalahan atau anda dapat membuktikan anda tidak bersalah semasa perbicaraan di mahkamah. Jika terbukti kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu laporan polis perlu dibuat di Balai Polis berhampiran.
Bolehkah penerima saman memohon diskaun ke atas kompaun saman yang diterima melalui sistem SSO ?Jika boleh, bagaimanakah caranya ?
Untuk makluman, anda tidak perlu membuat sebarang rayuan kerana mulai 1/12/2010 kadar kompaun telah ditetapkan dan diseragamkan. Pengurangan saman dilakukan secara automasi berdasarkan prinsip ‘The more you delay, the more you pay”.
Sekiranya kenderaan saya yang disaman, tetapi pada ketika itu, kenderaan saya telah dipandu oleh orang lain. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu kemukakan siapakah pemandu berkenaan kepada pengeluar notis dalam tempoh 7 hari daripada penerimaan notis. Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan dan saman tambahan boleh diisu.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai lagi sebarang kemusykilan, hantarkan aduan anda ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di talian 03 – 22663319 atau melalui email ke [email protected].
ARTIKEL LAIN
MySikap JPJ: CARA DAFTAR ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA
CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)