PERMOHONAN SURAT BERANAK SIJIL LAHIR HILANG ROSAK (Boleh Apply Online)
Setiap orang pasti memiliki sijil kelahiran atau surat beranak sebagai dokumen pengenalannya sewaktu kecil. Dokumen ini penting dalam sesuatu urusan, contohnya seperti urusan kerajaan serta urusan berkaitan kesihatan dan lain-lain.Sekiranya dokumen ini hilang, rosak dan sebagainya, bagaimana ingin memohon yang baru? Di sini kami kongsi cara untuk mendapatkan cabutan surat beranak sijil lahir yang hilang/rosak, semoga membantu.
PERMOHONAN CABUTAN SIJIL LAHIR
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Cabutan sijil kelahiran boleh dibuat permohonan di mana-mana pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
KELAYAKAN PEMOHON
Untuk membuat permohonan cabutan sijil lahir, permohonan boleh dibuat oleh individu yang berkelayakan seperti kategori berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
- Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
- Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
- Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
- Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
- Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
- Firma Guaman;
- Badan Berkanun;
- Agensi kerajaan.
BAYARAN / CAJ SURAT BERANAK HILANG
Fi Permohonan yang dikenakan oleh JPN bagi memohon surat beranak/sijil lahir yang baharu ialah RM5.00.
CARA PERMOHONAN CABUTAN SIJIL LAHIR ONLINE
Bagi anda ingin membuat permohonan / Salinan Sijil Kelahiran secara online, berikut adalah caranya:
Daftar Dan Login Sistem Cabuatan Sijil Kelahiran JPN
- Layari pautan sistem cabuatan sijil kelahiran JPN: https://oslhr.jpn.gov.my/
- Sekiranya anda layari menggunakan Google Chrome anda dikehendaki:
- Klik pada ikon pop ups pada sebelah kanan kotak carian pelayar.
- Tik pada “Always allow pop-ups and redirects from https://oslhr.jpn.gov.my” dan tekan butang “Done”.
- Sila klik refresh pelayar untuk meneruskan permohonan.
- Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
- Klik butang “Daftar Pengguna Baru” bagi mendaftar kali pertama. Klik butang “Log Masuk” bagi pengguna sedia ada.
- Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
- Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran seperti:
- Pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di kad pengenalan dan;
- Alamat emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun.
- Pengguna akan menerima emel dari [email protected] klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda
- Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu:
- Mencipta kata laluan,
- Mengesahkan kata laluan
- Teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
- Setelah mengisi, tekan butang HANTAR untuk pengaktifan akaun.
- Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
- Tekan butang SETERUSNYA untuk log masuk kali pertama.
- Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang LOG MASUK untuk log masuk kali pertama.
- Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.
Proses Permohonan Cabutan Salinan SURAT BERANAK SIJIL LAHIR
- Pastikan anda telah log masuk dalam sistem cabuatan sijil kelahiran JPN
- Pengguna hendaklah membaca semua terma & syarat yang telah disenaraikan seperti di paparan.
- Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang Setuju untuk meneruskan permohonan.
- Jika tidak bersetuju, sila tekan butang “kembali” untuk ke laman utama.
- Sekiranya setuju akan di bawa ke halam seterusnya
- Pengguna perlu memilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris.
- Waris terdiri daripada:-
- Ibu Bapa,
- Adik-beradik
- Pasangan
- Jika pengguna memilih kategori sebagai “Pemilik”, sila lengkapkan borang permohonan tersebut.
- Manakala jika pengguna memilih kategori permohonan sebagai “Waris”, borang permohonan seperti berikut akan dipaparkan.
- Sekiranya berjaya akan terpapar status permohonan yang berjaya didaftarkan,
- klik butang Cetak Slip Permohonan untuk mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
- Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan dengan anda.
- Sila klik butang “OK” untuk kembali ke halaman Terma & Syarat untuk log keluar.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan surat beranak/sijil lahir hilang rosak, anda boleh layari portal rasmi JPN di pautan www.jpn.gov.my.
Buat juga SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyKAD
Baca juga CARA DAFTAR KELAHIRAN ONLINE PORTAL JABATAN PENDAFTARAN NEGARA(JPN)
Cara check sijil lahir ku
Fazman bin ujutan