TABUNG MAE MAYBANK(Cara Buat Keluarkan Withdraw Cancel)
Bagi individu di luar sana yang mempunyai masalah menyimpan dan boros, anda boleh membuat simpanan secara paksa rela. ‘Tabung’ atau ‘Goal’ adalah satu ciri baharu yang diperkenalkan oleh pihak maybank melalui Mae bagi membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai matlamat simpanan mereka.
TABUNG MAE MAYBANK(Cara Simpan Duit)
Untuk menyimpan duit dalam tabung MAEMaybank, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Mulakan dengan menentukan tujuan simpanan anda. Contohnya, anda yang ingin membeli telefon baru tahun depan.
- Pilih opsyen “Create Tabung” dan tentukan kategori tabung, dalam contoh anda kategori yang dipilih adalah “Shopping” dengan nama tabung “PHONE”.
- Pilih tarikh bermula dan tarikh matang untuk tabung anda. MAE akan mengira jumlah yang perlu disimpan setiap bulan untuk mencapai matlamat tabung anda.
- Tetapkan jumlah yang ingin anda simpan dan MAE akan memberikan gambaran keseluruhan mengenai tabung anda. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menyimpan sendiri atau beramai-ramai dengan orang lain.
- Untuk menyimpan beramai-ramai, pilih opsyen menabung bersama dengan orang lain, seperti keluarga atau rakan-rakan untuk merancang sesuatu seperti percutian bersama.
- Jika anda lebih suka menyimpan seorang diri, pilih akaun yang ingin digunakan dan tentukan sama ada ingin melakukan auto deduksi atau menambah sendiri setiap bulan.
CARA KELUARKAN WITHDRAW DUIT TABUNGMAE
Untuk keluarkan duit dari tabungMAE Maybank dengan mudah dan cepat, ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke akaun MAE anda dan navigasikan ke tabung yang ingin anda keluarkan duitnya. Pilih opsi tiga titik di sudut kanan atas.
- Pada menu drop-down, pilih “withdraw funds.”
- Sebuah popup akan muncul, pilih opsi “withdraw” dan masukkan jumlah dana yang ingin anda tarik dari tabung tersebut.
- Klik “approve” untuk menyelesaikan proses pengeluaran seperti biasa.
- Jika anda memilih untuk menarik seluruh jumlah, tabung akan otomatis kosong.
Dengan langkah-langkah sederhana ini, dana dari tabungMAE akan segera tersedia di akaun utama anda.
Maksud Spare Change Tabung MAE
Seperti memasukkan duit baki ke dalam bekas syiling, Boosters ini membulatkan jumlah transaksi Scan & Pay kepada nilai yang anda tetapkan dan menyalurkan baki tersebut ke dalam Tabung anda.
Maksud Scan & Save Tabung MAE
Sekiranya anda sentiasa mencari tawaran menarik, anda juga boleh mendapatkannya melalui transaksi Scan & Save anda. Nantikan promosi Scan & Pay kami. Perbezaan jumlah akan disimpan ke dalam Tabung anda sebaik sahaja anda menggunakannya.
Maksud Guilty Pleasure Tabung MAE
Kami ingin menjadikan terapi runcit anda lebih bermakna dan bermanfaat. Sekiranya anda berbelanja melebihi had kategori tertentu, nilai yang telah ditetapkan akan disalurkan ke dalam Tabung anda. Had perbelanjaan harian ini boleh disesuaikan, diaktifkan atau dinyahaktifkan pada bila-bila masa.
Soalan Lazim
Boleh keluarkan anytime tak atau kena cukup set amount tabungMAE tu dulu baru boleh?
Ya,boleh keluarkan anytime
Boleh tukar ke every day tak?…sbb situ ada week dgn month jer
Tiada every day… ada week n monthly je
Adakah tabung dekat mae ni kalau kita buat..dia potong auto ke duit dalam akaun m2u kita?
Untuk auto potong tu dia boleh set kan,jika hendalah auto potong awak boleh tik pada kuning
Jika next deduction on 27 feb, tapi saya off auto deduction,maksudnya nanti dia tetap akan tolak ke?
Jika dh off auto deduction tu.. dia xkn tolak dh,boleh manual tolak dari akaun
Berapa caj bayaran tak dlm service tabungMAE?
Tiada caj dikenakan
Apa beza tabung MAE ni dengan Goal di maybank2u?
tabungmae di apps mae… kalu goal melalui website maybank2u.. 1 lagi goal dpt interest dari Maybank.. tapi tabung xda interest
Bila tabung Mae akan potong ye?
ikut tarikh yg telah disetkan
Artikel Lain