BAGAIMANAKAH CARA BUATTEMUJANJI KLINIK KESIHATAN?
Temujanji Klinik Kesihatan kini boleh dibuat secara online. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan di Klinik Kesihatan pada musim wabak ini. Seperti anda sedia maklum, sebelum negara dilanda wabak dan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), suasana di Klinik Kesihatan selalunya agak sesak dan padat.
Jadi bagi mengurangkan risiko jangkitan dan membuat langkah yang sistematik, mari ikuti cara-cara untuk membuat temujanji Klinik Kesihatan di atas talian.
APAKAH SENARAI PERKHIDMATAN UNTUK TEMUJANJI ONLINE DI KLINIK KESIHATAN?
Berikut merupakan senarai perkhidmatan yang disediakan untuk temujanji Klinik Kesihatan online:
Melibatkan kes-kes ringan dan walk-in sahaja.
Perkhidmatan pergigian asas seperti:
- Konsultasi
- Cabutan gigi longgar
- Tampalan gigi
- Scalling
- Pembaikan gigi palsu
- Penyakit kronik seperti:
- Diabetes
- Darah tinggi
- Asma
- Kes MCH.
BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR AKAUN MyGOVERMENT UNTUK BUAT TEMUJANJI ONLINE?
Berikut merupakan cara-caranya:
- Layari laman web ini: https://www.malaysia.gov.my.
- Sila pilih Bahasa Melayu atau English terlebih dahulu.
- Tekan Daftar.
- Anda akan dibawa ke bahagian Pendaftaran.
- Sila isikan maklumat yang diminta seperti:
- Status Kewarganegaraan
- Nombor Kad Pengenalan
- Nama Penuh
- E-mel
- Nombor Telefon
- Kod Verifikasi
- Tekan Hantar.
- Anda akan menerima E-mel Notifikasi Pendaftaran Kata Laluan.
- Sila semak E-mel anda.
- Sila klik pautan di e-mel untuk proses pengaktifan akaun anda.
- Tekan butang Klik Di Sini Untuk Mengaktifkan Akaun anda.
- Anda akan dibawa ke bahagian untuk Mencipta dan Mengesahkan Kata Laluan.
- Masukkan Teks Pengesahan.
- Tekan butang HANTAR.
- Anda akan menerima notifikasi Akaun Anda Telah Berjaya Diaktifkan.
- Sila Log Masuk semula menyempurnakan pendaftaran.
- Anda akan diberi pilihan Method untuk Login.
- Pilih Password.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan NEXT.
- Masukkan Password.
- Tekan LOGIN.
- Tahniah! Anda telah berjaya mendaftarkan akaun.
BAGAIMANAKAH CARA BUAT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN ONLINE(malaysia.gov.my)?
Ini adalah cara-cara bagi membuat tempahan temujanji online. Ikuti cara-cara di bawah:
- Sila layari Portal Rasmi Kerajaan di sini: https://www.malaysia.gov.my.
- Pilih bahagian Perkhidmatan Digital.
- Klik pada Permohonan Tempahan JanjiTemu Klinik KKM di bawah sub Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Anda akan dibawa ke laman Sistem Temujanji.
- Lihat bahagian Profil.
- Klik pada Tempahan Janjitemu Klinik.
- Baca Pemakluman dan Penafian.
- Tick pada kotak Setuju.
- Tekan Seterusnya.
- Sila lengkapkan semua maklumat pada bahagian Tempahan Temujanji Klinik seperti:
- Fasiliti
- Slot Janji Temu
- Maklumat Pelanggan
- Tekan HANTAR.
- Tempahan temujanji anda sudah selesai.
- Sila Muat Turun, Cetak, atau Screesnhot Slip Tempahan Temujanji anda untuk rujukan. (Jika ada)
Anda akan menerima e-mel Peringatan.
PERHATIAN
- Pelanggan akan dibenarkan memilih mana-mana slot janjitemu selewat-lewatnya 1 jam sebelum tarikh janjitemu yang dipilih.
- Pelanggan hanya perlu memilih slot yang dipaparkan sahaja.
- Untuk menukar atau membatalkan slot, boleh merujuk semula laman web sekurang-kurangnya 1 jam sebelum masa janjitemu.
- Pelanggan perlu hadir 30 minit lebih awal untuk self check-in dan menjalani saringan di kaunter pendaftaran.
- Pelanggan yang tidak mengikut waktu janjitemu tidak akan diberikan slot baru dan perlu menempah slot yang baru.
- Semua pelanggan yang menggunakan sistem ini dianggap telah bersetuju.
- Semua maklumat pelanggan akan dijaga kerahsiaannya.
- Anda boleh mendapatkan aplikasi MyGOV dengan memuat turun aplikasi di Google Play Store atau App Store.
- Pastikan anda mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum membuat temujanji.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda ada sebarang pertayaan dan perlukan maklumat lanjut,sila hubungi 03-8000 8000 atau hantar faks ke nombor 03-8888 3721.
TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN ONLINE
Anda sekarang boleh buat temujanji dan appointment online klinik kesihatan menggunakan sistem bookdoc.
Cara buat appointment klinik kesihatan di Malaysia secara online https://www.bookdoc.com
TEMUJANJI KLINIK GIGI KERAJAAN MALAYSIA
Cara buat temujanji online klinik gigi kerajaan malaysia adalah sama seperti berikut:
Cara buat appointment klinik gigi kerajaan Malaysia > https://www.bookdoc.com
- Sila pergi ke portal Bookdoc melalui pautan yang dikongsikan pada jadual di atas.
- Sila taip klinik kesihatan yang ingin datang samada untuk pemeriksaan gigi, book ujian hiv test, appointment ibu mengandung anak (maternity), pesakit luar (batuk, demam, selsema) samada di Putrajaya Sabah Sarawak Perlis Labuan Kuala Lumpur KL Terengganu Kelantan Kedah Perak Pulau Pinang Penang Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang.
- Sila pilih perkhidmatan dan urusan anda yang anda ingin lakukan di klinik kesihatan dan yang anda ingin datang.
- Pilih tarikh dan masa temujanji anda secara online.
- Jika anda belum daftar akaun Bookdoc, sila lakukannya. Teruskan untuk langkah selanjutnya.
- Akan terpapar segala butiran berkaitan temujanji dan appointment untuk anda sahkan kedatangan pada tarikh yang telah ditetapkan pada sistem online Bookdoc.
CARA buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM & Klinik Gigi Kerajaan (Guna MySejahtera)
Tahukah anda, ke arah perkhidmatan digital, KKM telah memulakan sistem janji temu klinik kesihatan secara online melalui MySejahtera.
Sistem ini akan digunakan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terpilih, termasuklah Klinik Gigi Kerajaan.Berikut dikongsikan cara menempah slot temujanji melalui MySejahtera atau aplikasi Sistem Janji Temu Klinik Kesihatan KKM.
Untuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan / klinik gigi kerajaan, sila ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi MySejahtera
- Pergi ke menu Perkhidmatan Kesihatan Digital ( ‘Digital Health’ )
- Klik Sistem Janji Temu Klinik ( ‘Clinik Appointment Booking’ )
- Pilih mana-mana aplikasi untuk membuat temujanji. (Kami pilih Sistem Temujanji Klinik Kesihatan KKM)
- Muat turun aplikasi (Pilih Android, iOS atau Huawei)
- Klik ‘Daftar Akaun Anda Di Sini’
- Pilih lokasi klinik yang ingin anda kunjungi.
- Pilih tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
- Isikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.
- Peringatan akan dihantar melalui e-mel (reminder)
- Sila hadir sekurang-kurangnya 30 minit awal sebelum waktu janji temu.
CARA DAFTAR MyUBAT : DAFTAR, SEMAK, PANTAU STATUS BEKALAN DAN TEMUJANJI
Tak guna ni untuk orang di semenanjung sahaja
Cannot select appointment date and time for Klinik Pergigian Batu Kawa, Kuching, Sarawak. Please rectify it as soon as possible.