TEMUJANJI ONLINE JPJ(STO JPJ):CARA BUAT JANJI TEMU JPJ NEGERI/CAWANGAN

TEMUJANJI ONLINE JPJ(STO JPJ):CARA BUAT JANJI TEMU JPJ NEGERI/CAWANGAN

TEMUJANJI ONLINE JPJ(STO JPJ

 

Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), segala urusan di kaunter JPJ adalah secara janji temu berjadual. Walk-in tidak dibenarkan. Pengoperasian ini untuk fasa 1 pelan pemulihan negara mulai 1 julai 2021

 

Bagaimana cara ingin membuat temujanji urusan JPJ? Disini kami kongsikan cara ingin membuat temujanji online berjadual dengan pihak JPJ.

 

Nak renew roadtax/lesen online? Sila rujuk MySIKAP JPJ

 

PENGOPERASIAN KUANTER JPJ DALAM TEMPOH PKP

Memandangkan dalam tempoh PKP Fasa 1, pengoperasian kaunter JPJ adalah seperti berikut:

  1. Urusniaga yang dibenarkan adalah semua urusniaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian
  2. Waktu operasi kaunter JPJ adalah dari jam 9.00pagi hingga 4 petang. ( Kecuali Bagi negeri Kedah, Kelantan, Terangganu & Johor- pada hari Khamis dari jam 9.00pagi hingga 3.00petang)
  3. Kaedah pembayaran adalah Tunai/Cashless
  4. Semua urusan adalah secara temujanji berjadual dan walk-in tidak dibenarkan

 

Nak buat temujanji PUSPAKOM ONLINE?

 

CARA MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE JPJ

Sebagai peringatan, Temujanji yang tidak menggunakan NAMA SEBENAR dan NO K/P mengikut dokumen pengenalan diri asal akan dibatalkan dan temujanji berkenaan akan dibuka kepada pelanggan lain. Untuk membuat permohonan temujanji  JPJ online, berikut ada caranya:

  1. Klik pada pautan temujanji online mengikut negeri anda (pautan temujanji seperti di bawah)
  2. Baca Terma dan Syarat yang dinyatakan. Kemudian Klik pada ruangan yang disediakan.
  3. Klik pada butang Temujanji Baru > Temujanji Individu / Kaunter Pukal.
  4. Pilih Negeri, Cawangan JPJ, Bahagian / Unit dan Urusniaga yang hendak dilakukan.
  5. Pilih Tarikh Temujanji yang dirancang dengan klik pada kalendar temujanji.
  6. Sila pilih Masa temujanji yang dirancang (Slot yang telah penuh tidak boleh dipilih), tekan butang hijau di akhir paparan.
  7. Isikan Nama Penuh (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
  8. Isikan Nombor Pengenalan (Seperti dalam Kad Pengenalan / Passport).
  9. Masukkan nombor telefon bimbit (Contoh: 0123456789).
  10. Seterusnya Klik pada butang “Buat Temujanji” untuk mengesahkan permohonan Slot Temujanji.
  11. Sekiranya proses pendaftaran berjaya Maklumat Pemohon dan Maklumat Temujanji akan dipaparkan pada Slip Temujanji.
  12. Cetak slip temujanji untuk rujukan di kaunter.

Sistem Temujanji Online Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mengikut negeri seperti berikut:

TEMUJANJI JPJ ONLINE NEGERI MELAKA & PUTRAJAYA

TEMUJANJI JPJ ONLINE NEGERI PAHANG

TEMUJANJI JPJ ONLINE NEGERI  SABAH

TEMUJANJI JPJ   NEGERI PERAK

TEMUJANJI JPJ ONLINE NEGERI KELANTAN

TEMUJANJI JPJ  NEGERI PULAU PINANG

TEMUJANJI JPJ  NEGERI PERLIS

TEMUJANJI JPJ NEGERI TERENGGANU

TEMUJANJI JPJ  NEGERI JOHOR

TEMUJANJI JPJ  NEGERI KEDAH

TEMUJANJI JPJ NEGERI  SELANGOR

TEMUJANJI JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

TEMUJANJI JPJ ONLINE WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

TEMUJANJI JPJ ONLINE   NEGERI SEMBILAN

TEMUJANJI JPJ ONLINE   NEGERI SARAWAK

PERINGATAN: Temujanji yang tidak menggunakan NAMA SEBENAR dan NO K/P mengikut dokumen pengenalan diri asal akan dibatalkan dan temujanji berkenaan akan dibuka kepada pelanggan lain.

 

SOALAN LAZIM

Apakah urusniaga yang boleh diwakilkan melalui kiosk jpj?

  • Pembayaran Saman
  • Pembaharuan LKM/Roadtax (Persendirian)
  • Cetakan Pertama LKM/Roadtax (Persendirian)
  • Cetakan Pertama Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Apakah urusniaga yang tidak boleh diwakilkan melalui kiosk jpj?

  • Cetak Maklumat Kenderaan
  • Cetak Maklumat Lesen
  • Salinan LKM/Roadtax (Persendirian)
  • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Bagaimana cara penentuan giliran temujanji online Jabatan Pengangkutan Jalan?

Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebaran maklumat lanju dan pertanyaan temujanji online Jabatan Pengangkutan Jalan, anda boleh layari web rasmi eAppoimentJPJ: https://sto.iactims.my/index.php

Share your love

49 Comments

  1. Temujanji untuk renew roadtax perdagangan e hailing di cawangan bandar Sri permaisuri atau di cawangan manjalara

  2. Kereta nama isteri.. boleh kah saya buat temujanji untuk hidup kan roadtax e hailing.. boleh kah saya sendiri yang pergi temujanji itu atau pemilik kereta sendiri kene pergi…

  3. Kereta nama isteri.. boleh kah saya buat temujanji untuk hidup kan roadtax e hailing.. boleh kah saya sendiri yang pergi temujanji itu atau pemilik kereta sendiri kene pergi… jpj melaka ada link nya tak untuk buat temujanji…

    • Kereta nama isteri.. boleh kah saya buat temujanji untuk renew road tax boleh kah saya sendiri yang pergi temujanji dan Lesen

  4. Saya dah buat pembaharuan lesen memandu secara online di JPJ website.
    Saya nak buat temujanji untuk kutip lesen saya di JPJ Wangsa Maju tetapi telefon banyak kali, tidak pernah ada orang menjawab.
    Siapa boleh tolong?

    • Saya dah dapat telefon JPJ wangsa maju.. No ialah 03 4145 0895 untuk temu janji mengambil lesen pembaruan

  5. SELAMAT SEJAHTERA,

    Saya ingin Renew Road Tax di JPJ MELAKA UTC atau BUKIT KATIL MELAKA,

    Besar Harap Tuan boleh aturkan Temujanji untuk saya, saya boleh ambil cuti, saya berkerja.

    dua kereta atas nama saya
    satu kereta atas nama anak saya

    Ribuan Terima Kasih

  6. Assalammualikum selamat petang saya mahu buat tukar milik kenderan cawangan jpj sabah bundusan tapi tidak pandai mahu boking

  7. Saya cuba satu minggu untuk temujanji tdk boleh buat.Sistem temujanji yang susah buat sistem senang pada rakyat.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *