TERMINATE TAKAFUL INSURAN(Prosedur Batalkan Surat)

CARA TERMINATE TAKAFUL/INSURAN(Prosedur Batalkan  & Contoh Surat)

Tahukah anda bagaimana cara untuk terminate perlindungan takaful atau polisi insurans yang telah diambil? Polisi insuran atau perlindungan takaful yang telah diambil boleh dibatalkan.Tetapi anda mesti tercari-cari cara untuk insurans.Di sini kami kongsikan cara terminate takaful insurans, semoga membantu.

PERKARA PENTING YANG ANDA PERLU KETAHUI

Sebelum anda membuat pembatalan polisi inusrans, anda ketahui perkara penting sekiranya anda membatalkan polisi insurans anda. Antaranya ialah:

  1. Tanyakan berkenaan premium holiday kepada syarikat atau ejen insurans terlebih dahulu. Premium holiday merupakan kebijakan bercuti dari membayar premium untuk tempoh tertentu.
  2. Semak nilai tunai yang terkumpul, apabila mencukupi untuk membayar premium, anda boleh gunakannya.
  3. Jangan batal polisi sedia ada untuk dapatkan polisi baru apabila tidak memiliki alasan yang munasabah.
  4. Sekiranya polisi perlindungan tak mencukupi, cubalah dapatkan perlindungan tambahan atau rider.
  5. Untuk lima sehingga enam tahun pertama, sebahagian daripada premium anda sebenarnya diberikan sebagai komisyen kepada ejen. Maknanya, jika dalam tempoh tersebut dibatalkan, anda hanya akan menerima pulangan cash value yang kecil. Tambahan pula untuk mendapatkan polisi baru, premium yang kena dijelaskan lebih tinggi karena faktor usia.
  6. Selepas tahun kedua, cash value meningkat. Cash value anda akan kosong kembali apabila anda membatalkan polisi yang telah lebih dua tahun dan mendaftar polisi baru.
  7. Setelah menerima dokumen pembatalan polisi, anda akan diberi masa sehingga 15 hari untuk menarik semua permohonan. Jika anda membuat pembatalan dalam tempoh ini, premium akan dikembalikan.

CARA TERMINATE TAKAFUL/INSURAN

Setelah anda memahami tentang perkara penting di atas dan membuat pertimbangan sewajarnya dengan dapatkan nasihat dari pakar tetapi anda tetap ingin juga membuat pembatalan polisi insuran, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Sila kunjungi kaunter khidmat pelanggan syarikat insurans anda untuk bertanya tentang proses pembatalan yang mesti diikuti.
  2. Siapkan surat pembatalan insurans dengan segala maklumat peribadi yang berkenaan. Sesetengah syarikat tidak memerlukan surat sebaliknya hanya emel atau borang pembatalan sahaja. Jadi sama ada memerlukan surat atau tidak, perlu dapatkan keterangan dari syarikat atau ejen.
  3. Poskan surat menerusi kiriman berdaftar.
  4. Periksa untuk pastikan syarikat dalam proses membatalkan polisi anda. Bila perlu mintalah status dan tarikh anggaran proses disiapkan.
  5. Pastikan anda menerima surat pengesahan mengenai pembatalan polisi dari pihak syarikat.
  6. Dapatkan pengesahan dari bank yang insurans anda telahpun dibatalkan apabila pembayaran dilakukan melalui potongan kad kredit atau akaun simpanan.

CONTOH SURAT PEMBATALAN POLISI INSURAN

Ini adalah contoh surat pembatalan polisi insurans yang boleh anda salin dengan sedikit perubahan:

Nama & Alamat

(pemilik polisi)

Nama & alamat

(Syarikat insurans/pengendali takaful)                                                                          Tarikh:

Tuan/puan

PER: PERMOHONAN UNTUK MEMBATALKAN POLISI INSURANS

Saya, <nama> ingin memohon untuk membatalkan polisi insurans saya. Butiran polisi dan maklumat peribadi saya disertakan seperti berikut:

  • Nama:
  • Nombor MyKad:
  • Nombor telefon:
  • Jenis/ nama polisi:
  • Nombor polisi:
  • Tarikh kuatkuasa:
  • Nombor akaun bank:

2. Saya ingin membatalkan polisi saya atas <sebab-sebab peribadi>. Saya berharap agar pihak tuan/ puan dapat memproses pembatalan polisi saya dengan kadar segera dan maklumkan status proses atau pembatalan melalui pengesahan bertulis ke alamat di atas. Sagala pemulangan wang caruman/ nilai tunai boleh dilakukan ke nombor akaun yang disertakan di atas.

3. Saya juga berharap pihak tuan/ puan dapat membatalkan potongan bayaran <bulanan> yang dibuat melalui <akaun simpanan/ kad kredit> saya dengan secepat mungkin.

4. Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan/ puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

<Tandatangan>

(NAMA PEMILIK POLISI)

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR HLMTAKAFUL ONLINE:REGISTER LOGIN HONG LEONG MSIG TAKAFUL(hlmtakaful.com.my)

DAFTAR i-GET IN TOUCH:CARA REGISTER LOGIN KEMASKINI(greateasterntakaful.com)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *