CARA LANGGAN DAFTAR CONNECTme NOW(Harga & Pakej)

Utama / CONNECTme NOW / CARA LANGGAN DAFTAR CONNECTme NOW(Harga & Pakej)

CARA LANGGAN DAFTAR CONNECTme NOW(Harga & Pakej)

Adakah tempat anda tiada internet jalur lebar? Tiada juga liputan internet mudah alih yang memuaskan? \untuk pengetahuan anda terdapat satu pilihan lagi untuk mendapatkan internet, menggunakan internet satelit iaitu CONNECTme Salah satu syarikat yang menyediakan kemudahan internet di Malaysia.

 

Bahaimana cara untuk melanggan/daftar CONNECTme? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU CONNECTme

 

Fokus CONNECTme adalah untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada anda di mana jua anda berada di Malaysia. Pelan kami adalah mudah dan tiada syarat tersembunyi. Kami juga komited untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih bernilai dengan menggunakan teknologi terbaik yang terdapat di kawasan yang kurang perkhidmatan serta mengutamakan masyarakat untuk merapatkan jurang digital di Malaysia.

 

Kelebihan melanggan CONNECTme:

  • Menghubungkan yang tidak terhubung
    • Memberikan peluang bagi mereka yang tidak mempunyai perkhidmatan jalur lebar di rumah. Alami liputan 100% di seluruh Malaysia.
  • Tiada sebarang yuran tersembunyi
    • Terma dan syarat yang mudah. Tiada sebarang caj tambahan atau yuran tersembunyi dalam harga yang ditawarkan.

 

HARGA PELAN CONNECTme NOW YANG DITAWARKAN

 

Untuk CONNETme@Home, Terdapat dua pelan yang ditawarkan iaitu:

  1. CONNECTme@HOME (SUPER)
    1. 60GB – Up to 25Mbps
    2. RM198 per month
    3. Bayaran permulaan:
      1. Bayaran Deposit sebanyak 1 bulan: RM198
      2. Bayaran pendahuluan sebanyak 1 bulan: RM198
  • Pemasangan secara Standard: RM700(Semenanjung Malaysia) / RM1200(Sabah,Sarawak & WP Labuan)
  1. CONNECTme@HOME (SUPREME)
    1. 100GB – Up to 25Mbps
    2. RM298 per month
    3. Bayaran permulaan:
      1. Bayaran Deposit sebanyak 1 bulan: RM298
      2. Bayaran pendahuluan sebanyak 1 bulan: RM298
  • Pemasangan secara Standard: RM700(Semenanjung Malaysia) / RM1200(Sabah,Sarawak & WP Labuan)

 

CARA LANGGAN DAFTAR CONNECTme NOW(Harga & Pakej)

 

Sekiranya anda berminat untuk melanggan salah satu pake, CONNECTme@Home, berikut adalah merupakan cara daftar:

Langkah 1

  1. Layari pautan daftar CONNECTme: https://connectme.my/register
  2. Masukkan maklumat diperlukan
    1. Email
    2. Nombor telefon
    3. Kata Laluan
    4. Pengesahan Kata Laluan
  3. Seterusnya Tick pada terma & syarat dan klik pada Sing Up.
  4. Setersnya Login akaun anda pilih pakej yang anda inginkan

 

Langkah 2

  1. Setelah diluluskan, pihak pemasang CONNECTme akan menghubungi anda.
  2. Piring satelit akan dipasang di dinding / bumbung rumah anda
  3. Dua kabel akan dipasang dari pinggan ke unit dalaman
  4. Nyalakan unit dalaman dengan soket dinding, dan sambungkan ke penghala WiFi (pilihan)
  5. Anda kini boleh menyambung ke internet

 

Langkah 3

  • Log masuk ke laman web atau aplikasi mudah alih CONNECTme untuk menguruskan penggunaan internet anda.
  • Pantau penggunaan data anda
  • Beli lebih banyak data atau masukkan kod promo

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah aplikasi yang boleh digunakan dengan sambungan jalur lebar ini?

 

Satelit terletak sejauh 36,000km dari permukaan bumi untuk membolehkan antena dihalakan terus ke satelit tanpa antena tersebut perlu mengesan pergerakan satelit. Maka, data yang dihantar akan mengambil masa sebanyak satu perempat saat untuk tiba ke satelit. Situasi ini tidak sesuai untuk permainan atau aplikasi masa sebenar, namun ia dalah bersesuaian untuk melayari web, penstriman video dan panggilan VOIP.

 

Apakah peranti yang saya perolehi apabila melanggannya?

 

1 antena + 1 modem satelit

 

Apakah kelajuan yang ditawarkan oleh produk tersebut?

Sehingga 25 Mbps (muat turun) & 1 Mbps (muat naik)

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara langgan daftar CONNECTme NOW, anda boleh:

  1. Layari website rasmi: https://connectme.my/home#
  2. Hubungi: 03-8213 2267

 

ARTIKEL LAIN 

CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *