TUKAR PIN SHOPEEPAY(Ganti & Reset Terbaru)

CARA TUKAR PIN SHOPEEPAY(Ganti & Reset Terbaru)

Terkini platform e-dagang amat menggalakkan dan salah satunya Shopee. Shopee ada menyediakan satu ciri ewallet yang dikenali sebagai ShopeePay untuk memudahkan urusan pembelian di platform Shopee dan juga untuk terima pembayaran refund jika kita ada buat refund di Shopee.Sekiranya anda ingin membuat pembayaran menggunakan Shopee Pay,  sudah semestinya no PIN diperlukan. Bagaimana sekiranya anda terlupa no Pin ShopeePay anda dan ingin reset kembali? Disini kami kongsikan cara tukar pin ShopeePay, semoga membantu.

APA ITU SHOPEEPAY

ShopeePay adalah sejenis eWallet yang berfungsi menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda. Seperti juga kad debit, ia adalah sejenis perkhidmatan e-Tunai yang kemudiannya dapat digunakan untuk membayar pesanan anda secara online (dari Aplikasi atau Web Shopee) dan termasuklah juga bayaran secara offline di premis-premis terpilih.

Bukan itu saja, ShopeePay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cepat serta pelbagai potongan dan promosi menarik ketika anda berbelanja menggunakan ShopeePay.

SYARAT TUKAR NO PIN SHOPEEPAY

Untuk penukaran no PIN ShopeePay terdapat beberapa syarat yang perlu anda ketahui sebagai maklumat tambahan anda, antaranya ialah:

  1. No PIN tidak boleh sama dengan tarikh lahir atau nombor IC
  2. No PIN tidak boleh sama dengan nombor telefon yang digunakan
  3. No PIN hanya nombor sahaja dan tidak boleh dicampurkan dengan huruf
  4. Hanya 6 nombor sahaja untuk PIN ShopeePay

 CARA TUKAR NO PIN SHOPEEPAY

Sekiranya anda terlupa no Pin ShopeePay anda, berikut adalah cara untuk reset atau penukaran no pin ShopeePay:

  1. Pastikan anda telah muat turun dan install aplikasi Shopee (Android/IOS). Petukaran no pin melalui desktop atau PC tidak dapat dilakukan.
  2. Log masuk aplikasi Shopee anda
  3. Klik pada Profil (me)
  4. Pada bahagian My Wallet klik pada ShopeePay
  5. Seterusnya klik pada icon ‘gear’ pada hujung kanan atas.
  6. Pada bahagian ShopeePay Setting, pilih pada Change ShopeePay PIN.
  7. Anda akan menerima satu SMS Verification Code atau kod pengesahan ke nombor telefon yang telah kita daftar dengan Shopee.
  8. Masukkan kod pengesahan tersebut dan klik pada Continue.
  9. Seterusnya masukkan nombor PIN yang baru. Pasti nombor sahaja dan Ianya tak boleh nak dicampur dengan huruf.
  10. Setelah siap klik pada Confirm.
  11. Selesai, penukaran no PIN ShopeePay anda telah berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan ShopeePay, sila rujuk terma dan syarat serta info terkini dari Shopee Malaysia.

ARTIKEL LAIN 

CARA TOPUP SHOPEEPAY(Guna Online Banking /Tunai /Touch ‘n Go)

Share your love

5 Comments

  1. Saya ingin reset pin shopee pay tapi tidak boleh.Account saya nurlyn68 tidak boleh di buka. Harap pihak shopee boleh menolong saya permasalahan ini. Terima kasih

  2. i want to unlock my shopeepay..because i entered wrong pin number several times..i want to unlock it again

  3. anda telah memasukkan pin shopeepay yang salah beberapa kali. untuk keselamatan shopeepay anda telah dibekukan sila hubungi pihak khidmat pelanggan kami untuk mengaktifkan semula shoppe pay

  4. Saya nak dapat kan balik shoppey saya dan account shoppey saya tidak boleh masuk dan saya tak ingat e-mail yang lama….boleh kah saya dapat kan balik shoppey saya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *