CARA GUNA APLIKASI PULSE PRASARANA (CHECK BAS TREN RAPID KL)
Barita baik bagi pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang yang meggunakan medium pengangkutan awam sebagai platform utama pengangkutan harian, selepas ini anda boleh merancang perjalanan lebih baik dengan ketibaan aplikasi PULSE PRASARANA. Aplikasi ini adalah aplikasi perancang perjalanan rel dan bas yang baru dilancarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi memudahkan pelanggan setia yang menggunakan perkhidmatan RAPID KL.
PULSE, atau singkatan dari ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ (Rancang gaya hidup anda dengan cekap) merupakan salah satu lagi inisiatif daripada Kumpulan Prasarana bagi meningkatkan lagi kemudahan dan kecekapan pengurusan untuk orang ramai yang setia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Kumpulan Prasarana.
PULSE baru dilancarkan dan pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman di Kompleks Rapid Rail, Subang. Menurut Dato’ Sri Tajuddin, aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store minggu hadapan dan di Apple App Store sebelum Tahun Baru bagi digunakan oleh pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang.Beliau amat berharap warga kota akan memuat-turun dan memanfaatkan aplikasi PULSE ini, yang sememangnya direka sebagai mesra pelanggan dan mudah digunakan oleh pengguna.
TUJUAN APLIKASI PULSE
- Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih baik
- Mengoptimakan masa mereka untuk lebih produktif
- Membantu meningkatkan produktiviti diri, organisasi dan juga negara
TUJUAN APLIKASI PULSE Prasarana
- LRT Laluan Kelana Jaya
- LRT Laluan Ampang
- LRT Laluan Sri Petaling
- Laluan Monorel
- Bas Rapid Transit – Laluan Sunway
- Bas henti-henti Rapid KL
- Bas perantara Jom Naik MRT.
PULSE akan dikembangkan untuk fasa kedua pertengahan tahun depan meliputi :
- perkhidmatan bas Rapid Penang
- perkhidmatan bas Rapid Kuantan.
Selain merancang laluan perjalanan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang, PULSE turut menyediakan maklumat tentang status perkhidmatan setiap mod perkhidmatan Prasarana dan jangkaan masa ketibaan atau ‘Estimated Time of Arrival’ (ETA). Ia juga akan memberikan waktu sebenar atau ‘real time’ untuk lokasi-lokasi bas dan juga tren.
CIRI-CIRI PULSE
- Masa Ketibaan (Arrival Time) – Jangkaan Masa Ketibaan atau ‘Estimated Time of Arrival’ (ETA) untuk bas dan tren berdasarkan kepada data masa benar atau ‘real-time’ daripada Rapid Bus dan Rapid Rail;
- Kiraan Tambang (Fare Calculator) – Mempamerkan tambang untuk perjalanan yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL;
- Status Perkhidmatan (Service Status)– Mempamerkan status perkhidmatan tren untuk hari berkenaan;
- Notifikasi ‘App Push’ (App Push Notification) – Membolehkan ‘admin’ untuk menghantar mesej mengenai perubahan dalam perkhidmatan secara terus ke telefon pengguna pada bila-bila masa;
- Maklumat Dekat Saya (Near Me) – Membolehkan pengguna untuk melihat stesen-stesen terdekat dan tempat-tempat menarik atau ‘points of interest’;
- Hubungi Kami (Contact Us) – Membolehkan pengguna untuk menyalurkan maklumat kepada Rapid KL
CARA MUAT TURUN PULSE
- Bagi pengguna android ini boleh dimuat turun di Google Play Store
- Bagi pengguna IOS boleh dimuat turun Apple App Store
CARA LOGIN PULSE
Seperti kebiasaan aplikasi yang telah dibangunkan, mestilah menggunakan e-mel yang aktif dan perlu setkan kata laluan untuk tujuan sekuriti dan maklumat peribadi
SUMBER : RAPID KL
ARTIKEL LAIN