assist.perkeso.gov.my:Cara Daftar Login Guna(Caruman & Bayaran Online)
Sistem pembayaran online caruman ini dikenali dengan portal perkeso assist. Sangat mudah untuk digunakan. dalam pada masa yang sama semak kadar caruman eis malaysia yang disediakan juga oleh pihak perkeso malaysia.Bagaimana cara untuk daftar Portal Assist Perkeso? Disini kami kongsikan cara daftar, login Portal Assist Perkeso assist.perkeso.gov.my
APA ITU PORTAL ASSIST PERKESO
Portal Assist PERKESO sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO. selain itu juga, anda juga boleh daftar AKAUN MATRIX PERKESO
CARA DAFTAR ASSIST PORTAL PERKESO
Sebagai pengguna baru, anda dikehndaki membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menggunakan Portal Assist Perkeso ini ntuk mendapatkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Berikut adalah merupakan cara daftar:
- Anda perlu memuat turun(download) Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist (https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Pendaftaran_Caruman/assist/ASSIST-BORANG_PENDAFTARAN_ONLINE_PORTAL.pdf)
- Lengkapkan butiran/maklumat yang perlu diisi pada borang tersebut
- Setelap siap diisi, anda boleh kembalikan semula kepada PERKESO dengan cara:
- Hanta ke pejabat PERKESO berhampiran anda
- Scan dan hantar melalui emel: [email protected]
- Borang permohonan anda akan disemak terlebih dahulu
- Seterusnya anda akan menerima satu emel dengan nama pengguna dan kata laluan sementara
- Selesai proses pendaftaran
- Nota: Anda akan diminta untuk menukar kata laluan baru pada log in kali pertama nanti.
CARA LOGIN ASSIST PORTAL PERKESO
Setelah anda berjaya daftar seperti di atas, anda akan menerima satu emel dengan nama pengguna anda (username) dan kata laluan (sementara) untuk digunakan Login kali pertama. Berikut adalagh apndual login kali pertama:
- Klik link ini: assist.perkeso.gov.my/employer/login
- Pilih bahasa samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu
- Masukkan email address anda (digunakan semasa pendaftaran)
- Masukkan Password sementara anda
- Tekan Login,
- Seterusnya anda akan diminta untuk menukar kata laluan, Masukkan kata laluan baru yang anda ingin
- Anda telah berja Login
CARA MEMBUAT CARUMAN
Berikut adalah cara membuat caruman menggunakan Portas Assist Perkeso:
- Log masuk Portas Assist Perkeso
- Klik Mysites, pada bahagian atas sebelah kanan portal
- Klik Contribution
- Dibawah menu Employee Contribution, klik Add Contribution
- Klik Action pada lambang tangan, pastikan bulan yang hendak dibuat pembayaran. Jika bulan caruman tidak wujud, klik Arrears
- Pada Contribution Summary, pilih bulan dan tahun caruman serta klik Select. Masukkan Total Employee dan Total Contribution Amount.
- Pada menu Employee Contribution, klin Action, iaitu lambang pensil, untuk edit atau mengemas kini status dna gaji pekerja, dan buat SEMAKAN NOMBOR AHLI PERKESO
- Klik Edit dan masukkan jumlah gaji kemudian tekan Complete
- Klik Back dan scroll down, seterusnya klik Submit dan Confirm
- Pilih untuk Print ACR, Acknowledgement Contribution Received
CARA MEMBUAT PEMBAYARAN di assist.perkeso.gov.my
Berikut adalah cara membuat pembayaran menggunakan Portas Assist Perkeso:
- Selepas mencetak ACR, klik Process to Payment
- Pilih Contribution/FLCB Notice/Compound Notice
- Klik Add to Chart seterusnya tekan menu Proceed to Summary, klik Continue.
- Pilih FPX dan Business Model sama ada Corporate to Corporate = menggunakan akaun syarikat, atau Personal to Corporate = menggunakan akaun peribadi
- Pilih bank yang akan dibuat pembayaran
- Masukkan alamat emel
- Kemudian tekan Proceed
Selain itu, anda juga boleh REGISTER PENDAFTARAN SOCSO(SISTEM INSURANS PEKERJAAN)
PANDUAN MENGGUNAKAN assist.perkeso.gov.my
Berikut adalah dikongsikan panduan untuk menggunakan Assist Portal Perkeso
- melihat profil pekerja
- Sebagai majikan berikut adalah langkah-langkah untuk melihat profil pekerja syarikat anda
- Anda boleh mengaksesnya profil dengan klik pada profil majikan
- Kemudiannya lakukan pencarian majikan melalui mencari nama majikan atau kod majikan
- Selepas carian selesai, skrin akan memaparkan nama majikan yang dicari
- Anda perlu klik pada nama majikan yang terpapar pada skrin dan maklumat majikan keluar
- Melihat maklumat caruman pekerja
- Untuk melihat maklumat caruman majikan dan segala urusan berkaitan, anda perlu melakukan langkah sama seperti untuk melihat profil yang dipaparkan di aras
- Kemudian klik pada maklumat caruman
- Melihat senarai dokumen
- Untuk melihat senarai dokumen, anda perlu masuk ke profil majikan
- Cara yang sama seperti langkah pada melihat profil perlu dilakukan
- Klik pada tab senarai dokumen
- Melihat profil pekerja atau kakitangan
- Untuk mengakses maklumat kakitangan, anda boleh klik pada menu Profile dan klik Employee Profile
- Anda kemudian perlu memasukkan nama pekerja, nombor kad pengenalan pekerja atau nombor PERKESO pekerja
- Skrin akan memaparkan ma2lumat pekerja yang dicari.
PERMOHONAN KIT UJIAN KENDIRI PROGRAM SARINGAN PRIHATIN
Program ini terbuka kepada semua pekerja termasuk pekerja asing yang aktif mencarum dengan PERKESO dalam semua sektor pekerjaan. PERKESO membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan dan majikan bertanggungjawab untuk menyelaraskan ujian saringan COVID-19 dengan klinik yang dipilih oleh majikan sendiri. Majikan juga perlu menanggung kos perkhidmatan bagi ujian saringan yang dijalankan di klinik. Kit ujian ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO.
CARA PERMOHONAN RTK UNTUK PEKERJA
- Majikan boleh membuat permohonan kit ujian melalui Portal PSP (https://psp.perkeso.gov.my).
- Majikan perlu membuat pendaftaran program terlebih dahulu.
- Bilangan pekerja yang layak akan ditentukan berdasarkan semakan caruman aktif pekerja dalam Portal ASSIST PERKESO.
- Sekiranya bilangan kit ujian yang ingin dimohon melebihi bilangan pekerja yang layak, majikan hendaklah mengemaskini jumlah pekerja dan caruman di Portal ASSIST PERKESO.
- Majikan juga perlu memastikan dan mengesahkan jumlah permohonan kit ujian yang dimohon adalah bertepatan dengan jumlah pekerja yang mencarum di bawah kod majikan masing-masing.
- Panduan permohonan dan pembekalan kit ujian kepada majikan boleh dirujuk di Garis Panduan Majikan Bagi Pelaksanaan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan yang boleh didapati di Portal PSP (https://psp.perkeso.gov.my/)
SOALAN LAZIM assist.perkeso.gov.my
Saya telah kehilangan pekerjaan. Adakah saya layak untuk memohon tuntutan faedah SIP?
Syarat membuat tuntutan faedah SIP:
- Dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan berlaku
- Memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC)
- Memenuhi definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP 2017
Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?
Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
Apakah had umur pekerja untuk mencarum?
Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk malumat lanjut dan pertanyaan tentang assist.perkeso.gov.my, anda boleh layari web Rasmi PERKESO : https://www.perkeso.gov.my/ atau:
- Emel: [email protected]
- Talian khidmat pelanggan: 1-300-22-8000 (8;00 pagi – 5:00 petang, Isnin – Jumaat)
Saya nak bantuan perkeso