PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN BWI (RM1000 Isi Rumah Terjejas Banjir)
Bagi rumah kediaman tang terjejas akibat kejadian banjir yang melanda, setiap ketua isi rumah boleh membuat permohonan bantuan wang ihsan. Menerusi peruntukan permohonan ini, setiap ketua isi rumah akan menerima sumbangan RM1,000.Bagaimana cara untuk membuat permohonan bantuan wang ihsan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN WANG IHSAN (BWI)
Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Ia juga sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.
SYARAT KELAYAKAN
- BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
- Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
- Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.
KADAR BAYARAN BWI
Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukanbergantung kepada kategori pemohon:
- Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
- Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
- Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
CARA PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN
Berikut adalah cara permohonan BWI:
- Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
- Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
- Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
- Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
- Untuk makluman, pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Sila ke pautan https://www.nadma.gov.my/bm/awam/bantuan/bantuan-wang-ihsan untuk mendapatkan borang permohonan tersebut.
NOTA: Tiada permohonan secara online.
SOALAN LAZIM BANTUAN WANGIHSAN (BWI)
Bolehkah saya mohon secara online?
Tidak boleh sama sekali
Adakah saya boleh mohon walaupun saya tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara?
Boleh
Saya mengalami banjir beberapa kali dalam tahun ini, boleh saya mohon banyak kali?
Tidak boleh. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja
Saya hanya penyewa sahaja, tetapi rumah sewa mengalami banjir. Boleh saya mohon bantuan bwi?
Boleh
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Wang Ihsan bagi kediaman yang terjejas akibat banjir, anda:
- Hubungi Pejabat Daerah di kawasan anda
- Layari: https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386
ARTIKEL LAIN
CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)