BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF (Semakan Kelayakan Bagi Mangsa Banjir #Keluarga Malaysia)
Kepada warga penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda, pihak kerajaan ada menyediakan inisiatif-inisiatif khusus atau bantuan untuk meringankan beban kepada penduduk yang terkesan akibat musibah banjir ini.
Antaranya ialah Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir. Disini dikongsikan info lanjut mengenai baucer ini dan cara penebusan diskaun ini, semoga membantu.
APA ITU BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF
Baucer Diskaun Automatif adalah inisiatif yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif itu juga menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.
Diskaun auomatif (baik pulih kenderaan / rebat penggantian kenderaan baharu) adalah seperti berikut:
- Proton – Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta.
- Perodua – menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta.
- Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA – menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀
- Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.
NOTA: Pengurangan kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah.
TARIKH TUNTUTAN BAUCAR DISKAUN AUTOMATIF
Tarikh akhir bagituntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif adalah pada 31 Mac 2022.
SYARAT PERMOHONAN BAUCAR DISKAUN AUTOMATIF
Berikut adalah merupakan syarat permohonan bantuan ini:
- Warganegara Malaysia.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
- Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.
- Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam.
SENARAI SYARIKAT YANG TERLIBAT BAUCAR DISKAUN AUTOMATIF
Terkini terdapat 19 syarikat automotif yang terlibat untuk bantuan diskaun ini iaitu:
BIL | NAMA SYARIKAT |
1 | Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) |
2 | Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) |
3 | Tan Chong & Sons Motor (Nissan) |
4 | UMW Toyota Motor |
5 | Honda Malaysia |
6 | Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) |
7 | Volvo car Malaysia |
8 | TC Euro Cars (Renault) |
9 | Mercedes-Benz Malaysia |
10 | BMW Malaysia |
11 | Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain) |
12 | Mazda, Peugeot dan KIA |
13 | TC Subaru |
14 | Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) |
15 | Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd |
16 | Boon Siew Honda Sdn Bhd |
17 | Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) |
18 | Mofaz Motosikal Sdn Bhd |
19 | KMSB Motors Sdn Bhd (Suzuki) |
NOTA: Senarai syarikat yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.⠀
CARA PENEBUSAN BAUCAR DISKAUN AUTOMATIF
Berikut adalah cara untuk membuat penebusan baucer ini:
- Kepada pemilik kenderaan yang terlibat banjir boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.
- Anda dinasihat supaya membuat tuntutan daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.
BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BENGKEL TIDAK BERDAFTAR)
Kerajaan telah menambah baik inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif bagi membolehkan mangsa banjir untuk membuat tuntutan tunai sehingga RM1,000 ke atas kenderaan yang dibaik pulih di bengkel tidak berdaftar.
- Bermula 19 Januari sehingga 31 Mac 2022, rakyat yang terkesan boleh melakukan permohonan melalui
- Perkhidmatan dalam talian di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my
- Secara Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia)
- Secara fizikal di Cawangan & Pusat LHDNM, UTC serta Pusat Kawalan Operasi Bencana.
- Ketahui maklumat lanjut dengan melayari portal Bantuan Banjir di http://bantuanbanjir.com/
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA
- Tarikh pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) bagi kelompok pertama yang berstatus lulus adalah mulai 28 Februari 2022 secara berperingkat.
- Penunaian secara tunai di BSN boleh dibuat mulai 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.
- Pemakluman kelulusan akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.
- Anda juga boleh membuat semakan status secara online di pautan berikut: https://bantuanautomotif.hasil.gov.my
NOTA: Semakan kelayakan adalah secara berperingkat
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai baucer diskaun automatif anda boleh merujuk facebook rasmi Menteri Kewangan di pautan https://www.facebook.com/100050687430295/posts/484067429959501/
ARTIKEL LAIN
BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ( Senarai Inisiatif & Cara Permohonan )
PERMOHONAN BAUCAR RM500 BARANGAN ELEKTRIK (Mangsa Banjir)
Hi,
my myvi submerged in recent flood(18/12/2021) in Taman Sri Muda ,Shah Alam. I called the towing but they said got to wait for two weeks, i called perodua they said all full got to wait but don’t know when and since i got no option i got to hire for towing send my car to AK Auto at Jalan Tepi Sungai Klang for repair work.
how do i go about to apply the baucher of RM 1000.00 for my car. Hope to get feed back asap and thank you very much.
Annamah
0122661433