CARA BAYAR GENERATE BILL UiTM YURAN KOLEJ(Guna Bank Islam Maybank)
Bagi memudahkan pelajar UiTM, kini perkhidmatan bayaran yuran boleh dibuat secara pembayaran atas talian (online) menggunakan perbankan internet. Bayaran online boleh dilakukan dengan perbankan internet di bank islam dan juga portal iStudent. Selain itu semakan juga boleh dilakukan secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar dan semak bill UiTM, semoga membantu.
APA ITU UiTM
Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ia diwujudkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latihan RIDA. UiTM membuka pintu kepada 50 orang pelajar dengan matlamat untuk membantu orang Melayu di kawasan luar bandar. Sejak daripada itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.
CARA BAYAR BILL UiTM GUNA ONLINE BANKING
Untuk makluman anda, Bayaran melalui Perbankan Internet Secara Terus (contoh: maybank2u/cimbclicks) adalah TIDAK DIBENARKAN. Pembayaran jenis ini akan dianggap pelajar tidak membayar. Anda hanya boleh membuat pembayran terus menggunakan online banking Bank Islam sahaja. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website Bank Islam IB
- Lotg masuk menggunakan Username dan kata laluan anda dan klik Login.
- Pada paparan menu utama, Pilih Bil Payment > klik Bill Presentation.
- Pilih “Universiti Teknologi MARA” pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
- Klik butang “Next”. Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
- Pilih Bil yena ghendak dibayar. Klik butang “Pay”. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
- Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
- Klik butang “Pay” untuk meneruskan pembayaran. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
- Klik butang “Confirm” untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
- Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai rujukan. Cetak slip bayaran buat tujuan rujukan. Selesai
CARA BAYAR BILL UiTM GUNA ATM MACHINE
Anda juga boleh membayar bil UiTM menggunakan mesi ATM Bank Islam sahaja. Berikut adalah merupakan caranya:
- Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Islam yang berhampiran anda
- Masukkan kad debit ATM Bank Islam dan pin keselamatan
- Melalui paparan skrin, pilih Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT
- Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan Student ID)
- Pilih bil yang perluu dibayar (pastikan amaun adalah tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar)
- Simpan slip sebagai rujukan
CARA SEMAK KADAR BAYARAN BILL UiTM
Kepada anda yang ingin emmbuat semakan status bayaran bil atau jumlah bil yang perlu dibayar, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website iStudent Portal
- Log menggunakan akaun anda
- Pada menu utama, klik pada Klik FinEportal
- Seterusnya klik pada Menu Utama > transaksi Atas Talian > I Agree > Pilih cara bayaran (FPX)
- Masukkan no. pelajar, no. kad pengenalan/no. passport & klik Search
- Paparan akan menunjukkan senarai bil yang tersedia dan juga sttaus pembayaran.
CARA BAYAR BILL UiTM GUNA iSTUDENT PORTAL (FPX)
Anda juga boleh membayar bil UiTM dengan menggunakan portal iStudent. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website iStudent Portal
- Log menggunakan akaun anda
- Pada menu utama, klik pada Klik FinEportal
- Seterusnya klik pada Menu Utama > transaksi Atas Talian > I Agree > Pilih cara bayaran (FPX)
- Masukkan no. pelajar, no. kad pengenalan/no. passport & klik Search
- Tanda bil yang hendak dibayar dan klik View Cart.
- Untuk teruskan proses pembayaran, klik Pay. Maklumat bayaran akan dipaparkan dan klik Pay Now
- Paparan akan menunjukkan status transaksi berjaya ‘Transaction Successful’. Selesai
- Pastuikan simpan cetakan resit rasmi sebagai bukti pembayaran
ARTIKEL LAIN: