BAYAR SAMAN DBKL ONLINE(Tawaran Kadar Khas)

BAGAIMANAKAH CARA ANDA BAYAR SAMAN DBKL?

Sekiranya anda mempunyai saman yang dikeluarkan oleh penguatkuasa DBKL, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara pembayaran cepat dan senang.Terkini semuanya sangat mudah menggunakan internet untuk membuat transaksi online termasuk cara buat bayar saman DBKL iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anda tidak perlu lagi pergi ke kaunter cawangan semata-mata untuk membuat bayaran saman. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Bagaimanakah Cara Check Saman DBKL & Buat Rayuan & Diskaun

CARA BAYAR SAMAN DBKL APLIKASI MOBIS

Berikut adalah merupakan cara bayaran saman DBKL mengguna aplikasi MOBIS:

  1. Download dan install Aplikas Mobis
    • Play Store bagi pengguna Android
    • Apple Store bagi pengguna IOS
  2. Setelah siap install anda dikehendaki daftar terlebih dahulu dengan masukkan makklumat:
    • Nama Penuh
    • No Kad Pengenalan
    • Alamat Rumah.
  3. Buka app MOBIS dan dan klik pada Compounds untuk semak Notis Saman dengan memasukka:
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan (Vehicle Plate Number)
    • No kad pengenalan (IC)
  4. Senarai saman di bawah DBKL akan terpapar dan ini termasuk jumlah kompaun yang dikenaka.
  5. Kemudiannya, anda boleh terus buat bayaran dengan menggunakan akaun online banking yang anda ada.

CARA BAYAR SAMAN DBKL GUNA PORTAL SEMAKAN NOTIS KOMPAUN TRAFIK

Berikut adalah merupakan cara bayar saman dengan menggunakan portal semakan:

  1. Layari pautan: https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp
  2. Masukkan maklumat yang diminta seperti:
    • No plat kenderaan
    • No kad pengenalan pemilik kenderaan.
  3. Seterusnya semua notis saman dan amaun jumlah kompaun yang dikenakan akan tertera
  4. Kemudiannya, anda boleh terus buat bayaran dengan menggunakan akaun online banking yang anda ada.

CARA BAYAR SAMAN DBKL GUNA ONLINE BANKING MAYBANK2U & JOMPAY

Anda juga boleh membuat bayaran secara online banking menggunakan Maybank2u. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Maybank2U
    • Login akaun Maybank2u anda
    • Klik pada Payment & Transfer, pilih PAY atau JOMPAY
    • Seterusnya klik pada New Payment dan masukkan PAYEE iaitu DBKL Kompaun Online.
    • Masukkan jumlah amaun saman anda dan isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik PAY, masukkan TAC Number atau Secure2U Request di HP
    • Selesai
  2. JomPay
    • Buka online banking bank anda
    • Klik pada JomPay
    • Masukkan Biller Code DBKL: 31898
    • Ref-1 iaitu nombor kompaun
    • Masukkan jumlah yang perlu dibayar.

CARA BAYAR SAMAN GUNA  WEBSITE POS ONLINE

Bayar saman DBKl boleh juga dibuat melalui website Pos Online yang mana anda boleh membayar semua jenis saman dengan menggunakan internet banking di link berikut https://posonline.com.my

DBKL Tawar Kadar Khas Kompaun Trafik Kesalahan am

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am yang tidak membabitkan warga asing mulai hari ini hingga 29 Feb sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024.

DBKL menerusi hantaran Facebook memaklumkan tawaran itu antaranya melibatkan kompaun kesalahan lalu lintas seperti kesalahan meletak kenderaan dengan kadar khas RM10 untuk motosikal manakala kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori kecil RM20 manakala bas dan lori (RM50).

Bagi kesalahan penjaja, lesen dan lain-lain yang tidak melibatkan warga asing kadar khas ditawarkan adalah sebanyak RM100.

Menurut hantaran itu, kadar khas berkenaan tidak terpakai bagi kesalahan yang disenarai hitam, kes am di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan UUK Pasar Borong (WPKL) 2002, mengambil bekerja mana-mana warga asing tanpa permit kerja sah di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, mengambil bekerja mana-mana warga asing di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Kesalahan lain yang tidak terpakai adalah di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003, Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan Akta (Perancangan) WP 1982 serta kesalahan berkaitan kelulusan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Orang ramai boleh menyemak dan membayar melalui aplikasi Pay@KL, menurut hantaran itu.

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT ADUAN COP PARKING DBKL(Kadar Denda Rujuk Akta)

PERMOHONAN PERMIT PASANG KHEMAH KENDURI(Tutup Jalan DBKL)

CARA TUKAR NAMA CUKAI PINTU SELANGOR DBKL(Permohonan Tukar Nama Pemilik)

MYEG CHECK SAMAN (Semak Saman JPJ & Polis Trafik)

Share your love

5 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *