BAYARAN TUNAI STR BSN:Sumbangan Tunai Rahmah
Makluman Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di seluruh Cawangan BSN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank akan bermula secara rasminya pada (akan dikemaskini) 2024 dan ia akan dilakukan secara berperingkat.Bagi bayaran secara tunai, BSN juga telah mengumumkan bahawa ia akan turut dilakukan mulai (akan dikemaskini) di seluruh Cawangan BSN.Berikut adalah cara penebusan tunai STR di kaunter BSN bagi penerima yang layak.
Tarikh Bayaran Tunai STR Di Kaunter BSN
Tarikh penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kaunter BSN sama ada secara tunai atau melalui akaun bank adalah bermula pada (akan dikemaskini)
Untuk pelanggan yang sudah membuka akaun bank, status pembayaran anda boleh disemak melalui saluran berikut:
Perbankan internet myBSN (https://www.mybsn.com.my/)
Mesin ATM
Manakala bagi pelanggan yang belum membuka akaun bank atau memilih pembayaran secara tunai, status pembayaran anda adalah seperti berikut:
Pembayaran secara tunai dilaksanakan di Cawangan BSN seluruh negara mulai (akan dikemaskini) 2024
Sila semak maklumat anda melalui kod QR di bawah atau terus ke pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk makluman, penerima tunai adalah individu yang:
- Tiada akaun bank
- Gagal kredit
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian STR di BSN.
Pastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai STR. Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan status STR:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status STR di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan STR akan dipaparkan di ruangan ini. Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.
Jumlah Pembayaran STR Bagi Setiap Kategori
Makluman Tambahan
Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran STR melalui Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah
Hotline BKK LHDNM: 1800 88 2747
Hotline BKK MoF: 03 8882 4565
SEBAB DUIT STR LAMBAT MASUK (Semak Status Bayaran)