CARA BAGI RATING FOODPANDA GRABFOOD

CARA BAGI RATING FOODPANDA GRABFOOD (Rider & Restoren)

Sekiranya anda ingin memesan makanan, terkini anda hanya boleh order secara online sahaja, tidak perlu lagi memikirkan masalah kesesakan lalu lintas serta parking. Makanan pilihan anda akan tiba di depan pintu rumah hanya dengan membuat tempahan secara atas talian sahajaTetapi bagaimana cara untuk bagi rating selepasa makanan diterima? Disini kami kongsikan cara untuk bagi rating bagi perkhidmatan FoodPanda dan GrabFood, semoga membantu.

CARA BAGI RATE FOODPANDA

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan FoodPanda (Android/IOS) untuk membuat pesanan makanan secara online, selepas rider menghantar makanan kepada anda, dalam tempoh 24jam sistem FoodPanda akan menghantar notifikasi untuk anda tinggalkan review pada restoran tersebut. Berikut adalah cara untuk memberi rating atau komen selepas makanan diterima:

  1. Klik pada notifikasi yang anda terima melalui telefon anda
  2. Anda akan dibawa ke halaman untuk memberi review atau rating kepada restoran tersebut
  3. Terdapat rating antara 1 hingga 5 bintang yang bermaksud:
    • 1 bintang – sangat tidak memuaskan
    • 2 binting – tidak memuaskan
    • 3 bintang – sederhana
    • 4 bintang – memuaskan
    • 5 bintang –sangat memuaskan
  4. Buat pilihan rating keselurahan yang anda inginkan, berdasar makanan yang anda diterima daripada restoren tersebut
  5. Kemudian tuliskan komen anda (sekiranya ada) dan klik done
  6. Seterunya anda dikehendaki memberi rating secara detail seperti:
    • Bungkusan
    • Rider
    • Masa penghantaran
  7. Pada ruangan Review Anonymouslytick:
    • Tick sekiranya anda ingin menyembunyikan identiti anda
    • Untick sekiranya anda ingin menunjukkan identiti anda
  8. Seterusnya klik Submit
  9. Selesai, anda telah berjaya memberi rating kepada restoren tersebut

CARA BAGI RATING GRABFOOD

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan GrabFood (Android/IOS) untuk membuat pesanan makanan secara online, dalam tempoh 72jam anda boleh memberi rating selepas rider menghantar makanan kepada anda. Berikut adalah cara untuk memberi rating atau komen selepas makanan diterima:

Rating Rider GrabFood

  1. Buka aplikasi Grab anda
  2. Kemudian klik pada Activity
  3. Seterusnya klik pada History yang berada di kanan atas.
  4. Pastikan bahawa anda telah memilih perkhidmatan Makanan, dan kemudian pilih pesanan yang berkaitan.
  5. Setelah anda membuat pilihan, klik Nilai Pesanan di sudut kanan atas. Anda kemudian akan diminta untukmeberi rating rider tersebut.
  6. Setelah memberi rating kepada rider tersebut, anda juga boleh memilih untuk memberikan alasan untuk penilaian anda.
  7. Sekiranya anda berpuas hati dengan perkhidmatan pemandu anda, anda boleh menghantar tip kepada mereka dengan mudah untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.

Rating Restoren GrabFood

Terdapat 3 cara berbeza untuk menghantar penilaian anda:

  1. Tab aktiviti dalam aplikasi Grab.
  2. Pemberitahuan tolak dari Grab.
  3. Mesej dalam aplikasi Grab.

ARTIKEL LAIN

CARA ORDER (FoodPanda/GrabFood)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *