CARA BELI BARANG SHOPEE(Pilih Barang Payment Method Shipping Order Received)
Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar platform Shopee? Sudah tentunya platform shopee ini tengah hangat di Malaysia terkini. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana cara beli barang dengan shopee? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu
APA ITU SHOPEE
Shopee ialah platform E-Dagang yang beribu pejabat di Singapura di bawah Sea Group (sebelum ini dikenali sebagai Garena), yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Forrest Li. Pembeli pertama dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan sejak diperluas jangkauannya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Antara kelebihan menggunakan platform Shopee adalah:
- Kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.
- Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.
- Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.
- Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.
- Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat. 7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan
MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE
Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Shopee. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi
- Google Play Store bagi pengguna android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shopee.id&hl=en&gl=US
- Apple Store bagi penggunan IOS: https://apps.apple.com/my/app/id959841113
CARA BELI BARANG SHOPEE
Untuk membuat pembelian melalui Shopee, anda harus berdaftar terlebih dahulu. Sekiranya anda perlu rujukan untuk daftar, boleh klik DISINI (ltk link cara buka akaun td). Setelah anda selesai proses pendaftaran, anda kini sudah boleh membeli belah di Shopee Mart. Berikut adalah caranya:
- Buka aplikas Shopee atau layari website shopee: www.shopee.com.my
- Pada menu utama anda boleh membuat pencarian barangan dan Tambah dalam Troli:
- Anda perlu taip item yang hendak dibeli pada ruang search dan tekan enter.
- Anda boleh memilih design yang disukai dengan harga yang bersesuaian. Seterusnya tekan add to cart.
- Jika anda telah selesai memilih barang, anda perlu tekan pada shopping cart.
- Sekiranya anda mempunyai kod promosi, boleh masukan disitu dengan menaip kod pada kotak yang disediakan.
- Anda akan dapat potongan harga daripada shopee coin dan kod promosi..
- Membuat pembayaran
- Setelah selesai pemilihan barang dan add dalam troli, anda hanya perlu tekan purchase
- Pilih cara pembayaran anda ingin. Contoh cara pembayaran seperti di bawah
- Tunggu barang anda sampai di alamat rumah anda.
CARA BUAT BAYARAN DI SHOPEE(Payment Method)
Untuk membuat pembayaran di shopee, terdapat pelbagai pilihan yang anda. Antaranya:
- Shopee Pay
- Pastikan anda telah daftar shopee pay terlebih dahulu dan membuat tambah nilai di shopee pay anda. Rujuk sini untuk cara AKTIF SHOPEE PAY (masuk link https://kekandamemey.com/shopeepay.html)
- Klik pada pembayaran shopee pay. Masukkan 6 digit Pin anda (Pin yang anda setkan masa aktif Shopee Pay)
- Selesai
- Online Banking
- Melalui online banking, terdapat pelbagai pilihan bank yang berdaftar dengan FPX. Anda boleh pilih bank yang anda inginkan.
- Contoh sekiranya anda pilih maybank, anda perlu tekan butang maybank2u, tekan proceed, masukan username dan password. Seperti biasa masukkan TAC nombor dan proceed.
- Sekarang anda telah selesai membeli di shoppe.
- Debit Card
- Untuk penggunaan debit card, pelbagai bank boleh digunakan
- Masukkan Nama yang didaftarkan pada kad (seharusnya nama penuh anda)
- No Kad debit anda
- Jenis Kad anda (selalunya Visa)
- Tempoh Sah Kad anda
- No tiga angka CVV yang terdapat pada belakang kad anda
- Kemudian tekan Submit, anda akan terima no Tac. Masukkan No Tac tersebut
- Selesai
SOALAN LAZIM
Apakah perbezaan antara Shopee dan Shopee mall?
Shopee Mall adalah ruang runcit premium hanya dengan jemputan yang dikhaskan untuk pemilik jenama dan pengedar sah. Produk Shopee Mall mempunyai atau label pada halaman profil kedai, atau di semua senarai produk kedai. Penjual Shopee Mall diwajibkan untuk: Mematuhi dasar keaslian 100%.
Bolehkah Shopee mall dipercayai?
Semua produk yang disenaraikan oleh Shopee Mall Sellers mestilah 100% asli. Sekiranya anda didapati menjual produk palsu sebagai penjual Shopee Mall, anda bertanggungjawab untuk membayar balik pembeli dan memberi ganti rugi kepada Shopee untuk kos seperti kerugian dan liabiliti yang ditanggung atau ditanggung.
ARTIKEL LAIN
CARA GUNA & DAPAT SHOPEE COINS(Semakan Baki & Redeem)
CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE SEBAGAI PEMBELI(Tak Perlu Guna PC,Guna Smartphone Jer)
CARA TUKAR NO HP SHOPEE(Update Mobile Phone Number)