CARA SEMAK STATUS SKIM CEPAT KAYA DI MALAYSIA(Check Senarai MLM)
Kepada anda yang ingin melaburkan melalui skim cepat kaya, seharusnya anda membuat semakan terlebih dahulu supaya anda tidak tertipu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semak skim cepat kaya di Malaysia, semoga membantu.
APA ITU SKIM CEPAT KAYA
Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. Antara aktiviti Skim Cepat Kaya ialah pengambilan deposit secara haram atau menjalankan urus niaga mata wang asing tanpa kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW). Contoh Skim Cepat Kaya yang diharamkan seperti Pak Man Telo dan Swiss Cash.
CIRI-CIRI SKIM CEPAT KAYA
Antara ciri-ciri pelaburan cepat kaya antaranya ialah:
- Seseorang pelabur boleh melabur seberapa banyak wang yang dikehendaki dan pihak pengurus skim akan membayar balik keuntungan mengikut peratus yang ditetapkan.
- Semua pelaburan yang dibuat selalunya dicatatkan dalam buku senarai pelabur dan resit akuan terima wang juga tidak dikeluarkan. Urus niaga skim ini berdasarkan prinsip percaya mempercayai dan tiadasurat perjanjian khusus tentangnya.
- Semua pelaburan adalah dibuat dalam bentuk wang tunai.
- Pihak pengurus skim juga melantik wakil-wakil dan ajen-ajen di beberapa tempat bagi mendapatkan pelabur-pelabur baru. Setiap wakil atau ajen mendapat bayaran sagu hati mengikut kadar yang dipersetujui berasaskan jumlah pelaburan yang dipungut.
- Pihak pengurus skim tidak terikat untuk membayar balik wang pelabursekiranya pelaburan berkenaan mengalami kerugian.
- Skim ini akan terus beroperasi sekiranya pada setiap masa ada pelabur baru yang melabur. Jika tiada, pihak pengurus akan menghadapi masalah untuk membuat pembayaran keuntungan kepada pelabur yang sedia ada. Apabila hal ini terjadi (tiada lagi pelabur baru) maka pelabur yang sedia ada yang baru menyertai skim ini tidak akan mendapat pulangan dan akan kehilangan wang yang telah dilaburkan.
- Tiada bukti menunjukkan pihak pengurus skim ini melaburkan wang yang terkumpul ke dalam mana-mana institusi kewangan atau pelaburan saham dalam atau di luar negara.
CARA SEMAK SKIM CEPAT KAYA
Untuk makluman anda, syarikat yang melabur hendaklah berdaftar dengan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ini keranan SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan iaitu:
- Layari laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Klik “Licensed and Registered Persons” di bawah “Resources”
- Klik “Public Register of License Holders”
- Semak status pelesenan dengan memasukkan nama individu atau syarikat
SEMAK SENARAI MLM DI MALAYSIA
Untuk makluman anda, berikut adalah merupakan senaraikan beberapa syarikat terbaru pada tahun 2023 yang telah tersenarai kerana tak mendapat kelulusan BNM iaitu:
- Deet Investment Scheme
- Dinar Edaran Emas Trading Investment Scheme
- OctaFX
- Madinah Mining
- Tadawul Investment Scheme
- VanguardFX Asian 2021
- Muhibah Yatu Investment
- Euro Trade (M) Co
NOTA: Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa
BAGAIMANA JIKA TERTIPU DENGAN SKIM CEPAT KAYA?
Sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:
- Unit Penyiasatan Khas, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.
- Faksimili: 03-26987467
- E-mel: [email protected]
- : 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143
ARTIKEL LAIN: