CARA BUAT TUNTUTAN MAJIKAN(Perbezaan JTK & JPP)

CARA BUAT TUNTUTAN ATAS MAJIKAN (Perbezaan Permohonan JTK & JPP)

Sekiranya anda diberhentikan kerja  tanpa alasan dan sebab munasabah oleh majikan disertakan pula  gaji yang tidak dibayar, anda sebenarnya boleh membuat tuntutan atas majikan.  Majikan tidak boleh sewenangnya memberhentikan pekerja tanpa alasan kukuh atau menganiaya mereka terutamanya berkaitan gaji.Oleh itu, disini kami akan kongsikan buat para pekerja teraniaya yang ingin membuat tuntutan ke atas majikan. Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu apa JTK & JPP dan pilihan yang mana untuk cara buat tuntutan atas majikan, semoga membantu.

APA ITU JTK

Jabatan Tenaga Kerja (JTK):

  1. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang perburuhan dan perjanjian antarabangsa yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa jabatan meliputi undang-undang berikut:
  2. Melaksanakan pelaksanaan pemeriksaan berkanun di tempat-tempat pekerjaan sektor swasta bagi memastikan pematuhan undang-undang perburuhan berikut:
  3. Mengkaji, menyemak, menggubal dan mendraf pindaan terhadap akta-akta buruh, peraturan dan perintah yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
  4. Merancang dan melaksanakan program pendidikan perburuhan dan aktiviti – aktiviti promosional kepada masyarakat industri melalui mesyuarat, forum, dialog sama ada secara bipatite,tripatite, multitier organisasi dan agensi kerajaan yang berkaitan.
  5. Mengurus, mengendali dan menyelesaikan aduan-aduan perburuhan.
  6. Mengurus, mengendali dan menyelesaikan pendengaran kes buruh di Mahkamah Buruh.
  7. Pembasmian dan menangani gangguan seksual di tempat kerja.
  8. Mengurus hal ehwal khidmat pengurusan, kewangan dan pelaksanaan pekeliling-pekeliling dan hal ehwal perjawatan dan kewangan yang berkuatkuasa.
  9. Mengurus aktiviti pemberhentian pekerja.

APA ITU JPP

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) ditubuhkan bertujuan untuk memupuk serta memelihara perhubungan yang positif dan harmoni diantara majikan dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi mewujudkan suasana Perhubungan Perusahaan yang aman dan tenteram dalam negara.

TEMPOH MASA UNTUK MEMBUAT ADUAN JTK DAN SPP

Tempoh masa untuk buat aduan sama ada ke JTK atau JPP adalah 60 hari dari hari terakhir bekerja.

*Sekiranya lebih pada tempoh tersebut kes tidak boleh dikemukakan lagi..

CARA BUAT TUNTUTAN ATAS MAJIKAN MELALUI JTK

Berikut adalah penerangan mengenai cara tuntutan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK):

Kelayakan Membuat Aduan JTK

  • JTK adalah sama dengan Pejabat Buruh atau Mahkamah Buruh.
  • Memandangkan JTK ditubuhkan di bawah Akta Kerja 1995, maka hanya pekerja yang bergaji di bawah RM 2000 atau pekerja manual sahaja dibolehkan untuk buka kes di JTK.
  • Tapi Seksyen 69B membenarkan pekerja yang bergaji antara RM 2000 hingga RM 5000 untuk buka kes di JTK namun terhad untuk tuntutan berkaitan tunai sahaja.

Jenis Tuntutan Yang Boleh Dibuat JTK

  • Tuntutan bayaran OT.
  • Gaji yang tidak dibayar.
  • Tiada faedah penamatan.
  • Pampasan ganti notis.

Ganti Rugi Yang Diperoleh JTK

  • Jika kes berjaya dibuktikan, ganti rugi yang akan dapat adalah ikut apa tuntutan kita.
  • Contohnya, kalau kes kita berkenaan gaji tertunggak sebanyak RM 3,000, maka itulah yang syarikat akan diarahkan untuk bayar.

CARA BUAT TUNTUTAN ATAS MAJIKAN MELALUI JPP

Berikut adalah penerangan mengenai cara tuntutan melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP):

Kelayakan Membuat Aduan SPP

  • Mana-mana pekerja swasta yang dibuang kerja boleh buat aduan ataupun representasi ke JPP.
  • Tiada had minimum atau maksimum gaji.

Jenis Tuntutan Yang Boleh Dibuat SPP

  • Aduan yang dibuat adalah untuk cabar pembuangan kerja dilakukan secara tidak adil.
  • Contohnya adalah seperti:
    • Pembuangan kerja disebabkan tindakan disiplin.
    • Pembuangan kerja atas alasan prestasi kerja.
    •  
    • Force resignation.
    • Constructive dismissal.
  • Jika kes tak dapat diselesaikan di JPP, kes akan dirujuk pula ke Mahkamah Perusahaan (Industrial Court).

Ganti Rugi Yang Diperoleh SPP

  • Di peringkat JPP, tiada ganti rugi kewangan tapi hanya pemulihan kerja sahaja.
  • Kalau majikan tak setuju ambil pekerja bekerja semula, barulah kes akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
  • Di Mahkamah Perusahaan, kalau menang, award yang akan diberikan adalah maksimum 24 bulan backwages (pekerja probation 12 bulan) dan gantirugi in lieu of reinstatement.

NOTA: Untuk pekerja bergaji bawah RM 2,000, hanya boleh buat aduan ke salah satu tempat sahaja sama ada JTK atau SPP Pilih Salah Satu). Sekiranya dah buat aduan ke JPP, anda dah tak boleh buat aduan ke JTK lagi.

ARTIKEL LAIN 

BOSS TAK BAYAR GAJI ON TIME (Apakah Tindakan Pekerja Patut Buat?)

Share your love

One comment

  1. saya d janjikan atau menawarkan kerja dalam pembuatan protuk berasaskan tilam dan selepas 4 bulan beroperasi kilang di tutup sepenuhnya atas sebab tiada untung sedangkan tembahan banyak.ini beraku atas sebab ketidak kesefahaman di antara pemilik syarikat..dan saya terpaksa d hentikan tanpa ada bayaran notis penutupan kilang dan cuma menerima gaji bulanan seberti biasa sahaja..adakah saya dapat menuntut apa apa dari syarikat sedangkan saya banyak tanggungan dan anak saya telah di sahkan mengalami cencel darah dari tahun lepas.ini menjadi lebih berat lagi tanggungan saya. dan saya rasa saya d tipu dari tawaran kerja ini.saya di suruh berhenti kerja dari majikan terdahulu dan menjanjikan tawaran kerja ini.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *