CARA BUKA AKAUN AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA( AHB )
Sekiranya anda berminat untuk membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mesti anda tercari-cari panduan untuk buka akaun tersebut. Disini kami kongsikan cara buka akaun AHB buat rujukan anda, semoga membantu.
APA ITU AHB
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial harta komersil di lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana tersedia berjumlah 4.0 bilion unit untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 per unit di semua cawangan pengedar yang sah di seluruh Malaysia. Pada masa ini, Dana ini disokong oleh sembilan belas (19) harta komersil utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan secara tetap. AHB diwujudkan untuk memberikan peluang kepada pelabur Bumiputera menyertai pemilikan harta komersil utama melalui pegangan unit dalam AHB sebagai Pemegang Unit.
SYARAT KELAYAKAN(CARA BUKA AKAUN AHB)
Untuk membuka akuan AHB, berikut adalah merupakan syarat kelayakan:
- Bumiputera Malaysia:
- Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas);
- Akaun Remaja (untuk kanak-kanak berusia tiga (3) bulan dan ke atas tetapi kurang daripada 18 tahun dengan nama seorang penjaga yang sah. Penjaga undang-undang mestilah berusia 18 tahun ke atas.
CARA BUKA AKAUN AHB
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan seperti di atas, berikut adalah cara untuk buka akaun AHB:
- Cari lokasi ejen AHB, iaitu cawangan Maybank atau AmBank yang terdekat dengan anda.
- Hadir ke lokasi yang dipilih, maklumkan pegawai bertugas di kaunter pertanyaan yang anda nak buka akaun AHB.
- Anda akan diminta untuk berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dana AHB
- Anda akan diminta untuk mengisi “Borang Pendaftaran – Akaun Dewasa” atau “Borang Pendaftaran – Akaun Kanak-Kanak/Remaja”, mengikut mana-mana yang berkenaan
- Serahkan borang yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukan serta modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek jurubank di kaunter bank.
- Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan Borang Pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan. Di atasnya akan tercatat nombor akaun AHB serta jumlah pelaburan yang dimiliki. Simpan nombor akaun AHB tersebut, mana tahu pada masa akan datang anda nak tambah pelaburan lagi, boleh guna sahaja nombor akaun tersebut. Tiada buku akan diberikan, hanya salinan tersebut sahaja.
- Pembukaan akaun AHB anda selesai.
SOALAN LAZIM
Apakah objektif pelaburan AHB?
Dana ini bertujuan untuk menyediakan Pemegang Unit dengan aliran pendapatan yang tetap dan
konsisten sambil mengekalkan modal pelaburan Pemegang Unit.
Apakah kelebihan melabur dalam AHB?
- Pelaburan disokong oleh harta komersil di lokasi utama di Malaysia
- AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah
- Dana ini diurus oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman
- Mampu milik kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan yang kecil
- Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah Dana
- Pelaburan jangka panjang yang berpotensi memberikan pulangan yang kompetitif
Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit telah ditetapkan pada RM1.00.
Apakah pelaburan minimum, maksimum dan tambahan yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan minimum ialah RM100 bagi setiap individu, kecuali jika pelaburan minimum
bagi individu di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP adalah RM1,000. Pelaburan permulaan
minimum bagi institusi Bumiputera adalah RM250,000.
PENGALAMAN PELABURAN AHB
Dua tiga hari lepas, melimpah wall FB Abe ni dengan perkataan Alhamdulillah dan ASB.
Abe meh jelah post camtu. Sebab bagi Abelah, perkataan Alhamdulillah tak sepatutnya sebaris dengan riba’.
Fine, ASB hukumnya harus. Abe hormati fatwa. Still portion saham riba’ di dalamnya masih besar. That is a fact. Fakta tetap fakta tak kiralah camne korang pusing benda ni.
Abe rasa masanya dah tiba untuk korang berhijrah.
.
#CamneNakSimpanKatTempatPatuhShariah
So hari ni Abe nak ajar korang camne korang boleh berhijrah dari benda yang harus tapi tak patuh shariah ke instrumen yang patuh shariah siap dah bayar zakat 2.5%.
Namanya AHB atau Amanah Hartanah Bumiputera.
Instrumen ini ialah sejenis REIT atau Real Estate Investment Trust. Di dalam dana ni ada banyak elemen hartanah.
Dulu hanya boleh beli kat bank. Kadang-kala dah habis quota. Fedup lah juga nak beli punyalah payah!
Tapi PHB bukak lagi quota berbilion baru-baru ni.
Sekarang anda dah boleh beli di Maybank2u. Nanti cara nak beli Abe akan letak di ruangan komen.
Tapi ada satu cara lagi, anda boleh muat turun Apps myAHB ni.
Abe baru je cuba tadi dan top up RM 50. Bayar guna FPX Maybank je. Senang bangat.
.
#KenapaKorangPatutBerhijrah?
Kenapa Abe suka AHB ni? Gini ya kawan-kawan semua, Abe jelaskan.
Abe ada satu pelanggan unit amanah Abe yang letak 500 ribu kat AHB sejak 2018.
Dia diversify simpanan dan pelaburan dia. Kat Tabung Haji ada, kat AHB ada, dan kat dana US unit amanah patuh shariah pun ada.
Saham pun dia ada. Hartanah pun dia ada banyak. Basically portfolio dia agak lengkap.
Jadi selama 5 tahun ni Abe tengok Okay je Abe tengok dia dapat dividen yang dah dibayar zakat 2.5%. Dulu dapat sekitar 6%. Now 5.2%.
Not bad at all lah!
Jadi Abe seru rakan-rakan Abe yang ada ilmu dan tak jumud marilah berhijrah ke instrumen simpanan yang stabil dan patuh shariah ini.
Biasanya dividen AHB di bayar pada bulan April dan Oktober. Dua kali setahun. Last time tak silap Abe 2.6% dan 2.6%. Total 5.2%.
Okaylah ia dah bayar zakat. Maknanya pulangan setahun ialah 7.7%.
.
#MarilahBerhijrah
Jadi Abe tak nampak sebab kenapa rakan-rakan Abe yang setiap hari berdoa selepas solat berjemaah di Masjid menadah tangan meminta dari Allah.
Korang berdoa, “Ya Allah, berikanlah aku rezeki yang bersih dan halal.”
Pastu korang pergi simpan kat instrumen yang ada banyak gila saham bank yang bagi riba.
Padahal ada juga dana cam AHB yang bagi pulangan lagi bagus kalau dikira dengan zakat ni.
So korang kena ingat, kenapa ASB hukumnya harus:
1. Kita umat Islam kena selamatkan bank agar mereka jadi Islam. Bagus idea ni tapi tak wajib pun.
2. Umat Islam Malaysia banyak tak tahu mana nak melabur. Now Abe dah ajar korang.
3. Umat Islam senang terjerumus ke skim cepat kaya. Darurat. Maka selamat di ASB. Tapi now ada AHB.
Tapi kalau ikut fatwa Mufti Perlis, korang mesti bersihkan portion ada riba’ dalam ASB tu.
Riba’ tetap haram. Pusinglah camne pun.
.
#MoralOfTheStory
Jadi sebagai alternatif, Abe seru rakan-rakan muat turun applikasi myAHB ni dan berhijrahlah bila dividen ASB dibenarkan dibawa keluar seminggu lagi.
Sekarang Abe dah jalankan tugas Abe. Dulu Abe lah influencer yang galakkan ASB Financing dan even ASB Loan Conventional!
Betapa gelapnya hati Abe. Pastu Abe ajak orang lain jadi macam Abe.
Maka consider this post as my dakwah untuk membersihkan dosa lama Abe galakkan beribu-ribu followers Abe beli benda ada portion riba yang berkait dengan loan conventional
Terpulanglah kepada rakan-rakan semua untuk menjadi hamba Allah yang mencari rezeki yang lebih halal.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara buka akuan Amanah Hartanah Bumiputera, anda boleh hubungi Pengurus di talian 03-2297 7888 atau layari pautan DI SINI
Baca juga CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB YANG DORMAN(Lebih 7 Tahun)