CARA BUKA AKAUN SEMASA MAYBANK/CIMB (Tanpa Guna Introducer )
Sekiranya anda sedang atau berhasrat untuk menjalankan perniagaan secara kecil atau besar, anda mesti kena ada akaun semasa perniagaan bagi memudahkan urusan. Sudah tentunya untuk membuka akaun semasa ini mesti memerlukan introducer.Disini kami ingin kongsikan kepada anda cara buka akaun semasa Maybank dan Cimb tanpa guna introducer, semoga membantu.
KELEBIHAN MEMBUKA AKAUN SEMASA
Semestinya anda perlu ketahui kelebihan membuka akaun semasa untuk menjalankan perniagaan anda. Antaranya ialah:
- Membantu peniaga membuat penyata akaun dengan lebih efisyen kerana dapat mengasingkan akaun personal dengan akaun perniagaan
- Transaksi tanpa had
- Kemudahan pelbagai perkhidmatan online untuk memajukan lagi perniagaan anda
CARA BUKA AKAUN SEMASA MAYBANK
Pastikan anda memenuhi syarat seperti berikut terlebih dahulu:
- Salinan SSM
- Minimum deposit RM1000 (Maybank)
- Ada Introducer/ pencadang
- Ada cop Perniagaan
Setelah memenuhi syarat seperti di atas, berikut adalah cara membuka akaun semasa MAYBANK anda tanpa gunakan introducer:
- Layari laman rasmi Maybank2U:maybank2u.com.my
- Log masuk akaun anda
- Pada paparan utama. Klik APPLY ONLINE
- Seterusnya Klik Open a new Maybank2u.Premier Current Account, Klik NEXT
- Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang tersedia untukpermohonan akaun semasa
- Setelah selesai, nombor akaun semasa anda akan dipaparkan di laman Maybank2u
- Anda dikehendaki membuat pengaktifan akaun semasa di cawangan Maybank dalam masa 10 hari. Pembayaran deposit serendah RM500 dikenakan (boleh dikeluarkan semula) berserta dokumen sokongan berikut:
- Kad pengenalan atau passport (wajib)
- Lesen Memandu (sokongan)
- Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas nama dan alamat anda (sokongan)
- Letter of employment (sokongan)
- NOTA: Jika anda tidak membuat pengaktifan,akaun tersebut dari 10 hari permohonan dibuat akaun anda akan di tutup serta merta.
CARA BUKA AKAUN SEMASA CIMB
Pastikan anda memenuhi syarat seperti berikut terlebih dahulu:
- Salinan SSM
- Minimum deposit RM1000
Setelah memenuhi syarat seperti di atas, berikut adalah cara membuka akaun semasa CIMB anda tanpa gunakan introducer:
- Layari pautan perniagaan CIMB: https://www.cimb.com.my/bm/business/solutions-products/deposit-investments/current-account/online-business-current-account.html
- Klik pada logo kunci yang berada di sebelah kanan atas, pilih pada BizChannel@CIMB
- Isikan semua maklumat yang diperlukan, kemudian tekan Next Step
- Setelah selesai, anda akan diberikan Reference ID. Pastikan anda simpan nombor ID ini. (Nombor ID ini akan diminta semasa anda pergi ke Branch CIMB nanti)
- Anda dikehendaki hadir ke cawangan CIMB yang telah anda pilih semasa mengisi borang tersebut. (Perlu hadir dalam masa 30 hari selepas anda mengisi borang secara online).
- Pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:
- Kad Pengenalan
- SSM yang terkini (salinan & fotostat)
- Wang tunai RM1 000 untuk deposit ke akaun semasa.
- Reference ID anda
ARTIKEL LAIN
CIMB OCTOSAVERS:CARA BUKA AKAUN CIMB SECARA ONLINE MENGGUNAKAN CIMB APLLY
CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)
CARA BAYAR BIL ASTRO ONLINE(Guna JomPAY Maybank/CIMB CLICKS & SMS)
SENARAI LOKASI ATM MAYBANK BRANCHES SELURUH MALAYSIA(NO PHONE SEKALI)