CARA DAFTAR AKAUN WISE(TRANSFER DUIT KE INDONESIA 30 MINIT SAMPAI)
Kepada anda yang mungkin perlukan perkhidmatan pemindahan wang ke luar negara dengan kadar cepat dan mudah, anda boleh menggunakan akaun WISE. Pernahkah anda mendengarnya dan bagaimana cara untuk daftarkan? Disini kami kongsikan cara daftar akaun WISE
APA ITU WISE
Wise adalah sebuah syarikat yang menggunakan sistem paling moden dan selamat. Ianya sangat sesuai digunakan pada masa sekarang dengan hanya mempunyai perkhidmatan internet yang baik
Kelebihan Wise adalah untuk kirimkan wang ke Luar Negara (terdapat lebih 80 Negara). Terdapat 2 kaedah tranfer wang menggunakan Wise iaitu:
- Fast Tranfer – duit masuk ke akaun penerima dalam masa beberapa minit
- Standart Tranfer – duit masuk ke akaun penerima dalam masa 30 minit
KELEBIHAN GUNA APLIKASI WISE
Antara kelebihan menggunakannya bila melancong ke luar negara adalah :
- Anda boleh beli matawang asing terus menggunakan aplikasi Wise
- Wise membolehkan anda menyimpan mata wang asing
- Wise menawarkan caj paling minima bagi nilai tukaran wang asing berbanding bank tempatan
- Wise juga ada kad Visa yang berfungsi seperti kad debit bank
- Anda boleh withdraw duit di mesin ATM menggunakan kad Wise
CARA DAFTAR AKAUN WISE
Bagi permulaan, penghantar dan penerima hendaklah daftar akuan Wise terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar:
- Layari pautan Wise: https://wise.com/
- Klik pada Register
- Anda boleh membuat pilihan daftar sama ada:
- Menggunakan email – pastikan yang aktif
- Daftar dengan akaun Facebook/Google/Apple
- Sekiranya pilih email, klik Next
- Masukkan no telefon anda, dan klik Send Verification Code. Masukkan Code yang diterima
- Isikan butiran yang diperlukan dan ciptakan Katat Laluan anda
- Kemudian memuat naik ID/My Kad/Pasport anda
- Kemudian anda dikehendaki Selfie muka anda sebagai pengesahan
- Tekan Sign Up
- Pendaftaran akaun Wise anda selesai.
CARA GUNA WISE UNTUK TRANFER DUIT
Setelah selesai proses daftar seperti di atas, berikut adalah cara meggunakan Wise untuk tranfer wang ke Luar Negara:
- Layari pautan Wise: https://wise.com/
- Log Masuk akaun anda mengguna Email dan Kata Laluan anda, tekan Login
- Akan terpapar kalkulator online Wise. Anda boleh tukar Matawang Negara yang anda inginkan, contoh Malaysia, anda pilih MYR
- Masukkan jumlah yang anda ingin tranfer
- Terdapat 2 jenis pilihan tranfer iaitu:
- Easy Tranfer:
- fi yang dikenakan tinggi sedikit.
- Mengguna online banking anda di malaysia untuk membuat bayaran kepada Wise (CIMB Clicks/Maybank2u)
- Low Cost Tranfer
- Fi yang dikenakan rendah sedikit
- Membuat bayaran kepada Wise secara manual di akaun bank anda
- Easy Tranfer:
- Setelah anda pilih jenis pilihan, akan tertera jumlah duit bersih yang akan penerima dapat. Pastikan anda tukar jenis matawang negara penerima. (sekiranya Indonesia, pilih IDR
- Sekiranya anda ingin melihat perbandingan guna Wise atau bank, anda boleh klik pada Compare Price, sekiranya ingin teruskan klik Continue
- Seterusnya klik pada Personal
- Isi kan maklumat yang diperlukan, sahkan maklumat anda dan klik Continue
- Seterusnya pada bahagian anda kirim wang kepada siapa, pilih pilhan anda sama ada MySelf/Someoen Else/Business or Charity.
- Akan terkeluar Pop Up borang maklumat penerima. Anda dikehendaki lengkapkan maklumat penerima, sahkan dan klik Confirm
- Lengkapkan pengesahan yang diperlukan, Contoh, Anda rakyat Indonesia, bekerja di Malaysia lebih dari 12 bulan:
- Nationality: Indonesia
- Residence Of Country: Malaysia
- Setelah lengkap klik Confirm and Continue
- Muat naik dokumen pengesahan yang diperlukan (sekiranya berkaitan)
- Seterusnya pada bahagian pembayaran, ikuti arahan pembayaran selanjutnya
- Selesai
CARA GUNA KAD VISA WISE (TRAVEL)
Untuk menggunakan kad visa Wise ini, seharusnya anda mebuat permohonan kada terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Masuk aplikasi Wise (Play Store / Apple Store) dan klik tab Card.
- Seterusnya klik pada ‘Order your card
- Masukkan butiran peribadi dan alamat rumah. Kad tersebut akan dihantar terus ke rumah anda berpandukan alamat tersebut.
- Anda boleh pilih penghantaran secara percuma atau DHL Express dengan kadar segera berharga lebih RM40. Akan dipaparkan tarikh bila kad tersebut akan sampai kepada anda.
- Tetapkan nama pada kad, no. pin dan akhir sekali buat pembayaran sehingga selesai
- Akhir sekali anda perlu buat pengesahan identiti dengan upload gambar MyKad atau menggunakan lesen memandu
- Anda hanya perlu tunggu kad sampai ke rumah anda
- Selesai proses permohonan kad
- Setelah kad diterima, Anda boleh gunakan di mana-mana kedai yang anda logo Mastercard/Visa di seluruh dunia.
Nota: Kad ini berharga RM13.70 dan boleh digunakan selama 5 tahun.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut cara daftar dan mengguna Wise, anda boleh layari potral rasmi Wise di pautan https://wise.com/
ARTIKEL LAIN
CARA TRANSFER DUIT DARI MALAYSIA KE LUAR NEGARA(Hantar Wang Ke Indonesia & Lain-Lain)