CARA DAFTAR ALIPAY (Register Online Guna App & Website)

CARA DAFTAR ALIPAY (Register Online Guna App & Website)

Kita tentu sudah biasa dengan penggunaan e-wallet? Kini, penggunaan e-wallet amat digalakkan dan digunakan secara menyeluruh di Malaysia. Jadi perkongsian kali ini adalah mengenai Alipay. Anda tahu apa itu Alipay?Bagaimana cara daftar Alipay online? Disini kami kongsikan caranya. Semoga membantu.

APA ITU ALIPAY

Alipay merupakan platform Dompet Elektronik dan bertindak selaku platform selamat untuk pengguna menyimpan dana bagi berbelanja dalam talian. Secara tidak langsung, ia menjadi salah satu servis pembayaran nirtunai untuk pengguna. Dikendalikan oleh  Ant Financial Services Group di Malaysia, servis bayaran online pihak ketiga ini dilancarkan di China pada tahun 2004 oleh pengasas Alibaba Group, Jack Ma. Sehingga kini, Alibaba telah menjadi platform pembayaran mudah alih terbesar di China dengan 450 juta pengguna aktif.

CARA DAFTAR ALIPAY MALAYSIA (APLIKASI)

Berikut adalah cara untuk daftar Alipay guna apps :

  1. Downloadaplikasi Alipay di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  2. Buka aplikasi tersebut. Klik Sign Up, dan masukkan nombor telefon Malaysia anda.
  3. Anda akan menerima SMS kod pengesahan dan diminta untuk memasukkannya untuk ke seterusnya.
  4. Pada menu International, pilih negara anda.
  5. Tekan pada butang setting.
  6. Pilih menu Account and security > pilih Real name verification
  7. Anda akan diminta untuk klik Verify now option.
  8. Masukkan maklumat passport anda dan hantar.
  9. Anda boleh mengesahkan maklumat passport mengikut arahan yang diberikan.
  10. Anda juga diminta untuk scan cip pada passport dan membenarkan Alipay menggunakan kamera untuk membuat pengesahan wajah anda.
  11. Apabila ini selesai, pergi kembali ke Verification center.
  12. Jika ada maklumat yang tidak lengkap, anda akan diminta untuk melengkapkanya kembali.
  13. Pilih verification photo dan ikuti langkah untuk memuat naik gambar passport anda.
  14. Pendaftaran anda berjaya.

CARA TOPUP ALIPAY MALAYSIA

Setelah anda berjaya mendaftar akaun Alipay, anda mesti topup akaun untuk menambah wang. Untuk itu anda boleh lakukan ini dengan mudah dengan menggunakan kad bank ke akaun anda.

Untuk itu, berikut adalah cara untuk mendaftarkan kad bank anda ke akaun Alipay :

  1. Buka aplikasi Alipay.
  2. Tekan pada butang Setting dan pilih menu Bank Cards button
  3. Jika belum memasukkan sebarang kad bank, tekan butang add more dan masukkan maklumat seperti yang dimnta.
  4. Jika selesai, anda sudah boleh topup akaun Alipay dengan menggunak kad bank anda.

SOALAN LAZIM

Bolehkah saya guna Alipay tanpa akaun bank China?

Boleh, anda boleh menggunakan tanpa akaun bank China di Malaysia. Masukkan maklumat akaun bank anda seperti yang diminta.

Bolehkah saya membuat pembayaran wang antarabangsa melalui Alipay?

Setakat artikel ini ditulis, Alipay tidak membenarkan pembayaran antarabangsa menggunakan Alipay Malaysia. Namun, mungkin pada masa hadapan, Alipay akan membenarkannya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai cara daftar Alipay, sila layari portal rasmi Alipay. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu.

Baca juga CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *