CARA DAFTAR APLIKASI DELYVANOW(REGISTER CARA GUNA & TOP-UP)
Urusan jual beli kini tanpa batasan. Hal ini membolehkan pelanggan dan peniaga mempunyai banyak pilihan untuk memilih perkhidmatan yang terbaik bagi memaksimakan kepuasan hati urusan jual beli kedua pihak.Bayangkan, ada masanya terdapat perkhidmatan penghantaran yang tidak tersedia pada saat akhir, namun pengguna boleh mengubah ke penghantaran lain dengan cepat menggunakan DelyvaNow.Bagaimanakah cara daftar aplikasi Delyvanow?
APAKAH DELYVANOW?
Adakah anda pernah terdengar mengenai DelyvaNow? Ejaannya tidak sama tetapi bunyinya seakan deliver yang membawa maksud penghantaran. Delyva telah ditubuhkan sejak 2019 dengan misi untuk meluaskan lagi platfom penghantaran tidak kira sebesar mana saiz perniagaan anda.
Servis diberikan tidak kiralah sama ada anda ingin menghantar parcel dalam bandar yang sama pada hari yang sama, menghantar ke bandar lain melalui perkhidmatan kurier, atau bahkan menghantar bungkusan ke luar negara, DelyvaNow boleh! Secara ringkasnya, COD pun cepat, pos barang dengan murah, tempah penghantaran pun online je. Menarik!
Bagaimanakah cara daftar aplikasi DelyvaNow?
CARA DAFTAR APLIKASI DELYVANOW
1. Sila ke portal DelyvaNow di https://delyva.com/my/ 2. Tekan pada pilihan menu atas sebelah kiri, pilih pada Sign up for free. Lengkapkan butiran yang diminta iaitu :- Nama penuh- Alamat emel- Nombor telefon- Kata Laluan- Kod Rujukan (jika ada)
3. Setelah itu, anda klik pada butang terma dan syarat untuk persetujuan dan tekan butang Sign up.
4. Pada paparan seterusnya, pilih jenis akaun anda samada Personal, Business, Agent atau Outlet.
5. Lengkapkan butiran yang diminta seperti yang diminta. Jika telah selesai anda mengisi butiran tersebut tekan butang Submit.
6. Paparan berikut menunjukkan tiga pilihan cara pengguna iaitu – Portal DelyvaNow- Aplikasi Google Play- Aplikasi AppsStore
7. Pendaftaran anda kini selesai. Jadi berikutnya merupakan cara penggunaan Aplikasi DelyvaNow
CARA GUNA DELYVANOW
Apabila anda telah selesai membuat pendaftaran, anda boleh login ke akaun. Jika belum memuat turun aplikasi di AppStore / Google Play, sila muat turun DelyvaNow terlebih dahulu atau login melalui portal DelyvaNow.
1. Untuk pengguna yang pertama kali login, sila sahkan emel yang telah dihantar oleh DelyvaNow. Tekan butang Confirm Email pada emel tersebut.
2. Anda akan dibawa ke paparan log in akau DelyvaNow. Masukkan emel dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
3. Paparan Dashboard akaun anda akan muncul. Untuk membuat penghantaran melalui DelyvaNow, tekan pada butang New Order pada menu pilihan sebelah kiri paparan. Pastikan akaun anda mempunyai kredit untuk pembayaran. Cara top-up akaun DelyvaNow
4. Pilih single order dan anda akan diminta untuk melengkapakan maklumat seperti yang diminta.
5. Masukkan alamat pengirim dengan lengkap dan tekan next.
6. Anda diminta pula untuk memasukkan alamat penerima dengan lengkap beserta nama penuh dan nombor telefon seperti yang diminta.
7. Tekan next apabila selesai dan anda perlu mengisi bahagian item pula. Masukkan jenis barangan anda, berat keterangan barang dan harga.
8. Jika lengkap, tekan next. Seandainya anda memerlukan khimat mengambil barang, anda boleh lengkapkan pada petak Ready to ship date & time.
9. Pilih tarikh dan masa yang bersesuaian.Jika tidak perlu anda boleh pilih drop.
10. Akhir sekali, pilih servis penghantaran yang sesuai untuk anda. Terdapat banyak pilihan dan kadar harga yang berbeza. Ibarat kata, biar titik, jangan tumpah. Buat pilihan yang bijak.
11. Sebelum anda tekan butang Pay and proceed, jangan lupa semak semula maklumat butiran yang telah anda isi. Selamat mencuba!
CARA TOP-UP AKAUN DELYVANOW
Berikut adalah cara untuk top-up akaun DelyvaNow :
1. Klik pada Credit pada bahagian menu pilihan sebelah kiri.
2. Masukkan jumlah amaun yang anda simpan dalam akaun DelyvaNow. Untuk makluman, DelyvaNow telah menyediakan plan bayaran yang sangat berbaloi. Berikut adalah plan yang ditawarkan :
3. Tekan Topup now jika anda telah masukkan jumlah atau memilih jumlah topup.
4. Anda boleh membuat pembayaran melalui :- Kredit Kad / Debit Kad- Online- eWallet- Bank Tranfer / Cek
5. Setelah pembayaran anda disahkan, jumlah baki kredit dalam akaun anda akan dipaparkan pada bahagian Credit.
SOALAN LAZIM
Apa servis penghantaran yang ada di DelyvaNow?
Penghantaran cepat >Grab Express / Matdespatch / Lalamove / Mr Speedy / Bungkusit / Teleport / pandago. Bungkusan Kecil>Pos Flexi / NinjaVan / pos laju / J&T / DHL eCommerce / CJ Logistic / Aramex Bungkusan Besar>NinjaVan / CJ Logistic / FGV / Lalamove Penghantaran Antarabangsa >AsiaXpress / Aramex
Adakah kredit akaun DelyvaNow saya akan tamat tempoh?
Ya, Kredit akaun anda akan tamat tempoh dalam masa setahun dari tarikh anda guna DelyvaNow.
Bagaimana hendak menggunakan khidmat MatDespatch hero?
Untuk menggunakan khidmat ini, anda perlu tetapkan pada petak servis yang hendak digunakan. Pilih servis SAME DAY – STANDARD pada menu pilihan. Buat bayaran dan sahkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN LANJUT
Bagi sebarang pertanyaan tentang Cara Daftar Aplikasi DELYVANOW, anda boleh hubungi emel di [email protected] atau melalui telefon di 03 7621 7344. Anda juga boleh membuat pertanyaan di saluran media sosial DelyvaNow (Facebook / Twitter / Instagram / Youtube)
ARTIKEL LAIN
SHOPEE EXPRESS RIDER:CARA DAFTAR REGISTER ONLINE(semakan kelayakan careers.shopee.com.my)
CARA ORDER (BUAT PESANAN) GUNA SHOPEEFOOD(Makanan & Minuman)
CARA DAFTAR SHOPEEFOOD PARTNER/MERCHANT (Kedai Makan & Restoran)
SHOPEE EXPRESS MALAYSIA: CARA CHECK TRACKING NO & SEMAK HARGA PENGHANTARAN
CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE SEBAGAI PEMBELI(Tak Perlu Guna PC,Guna Smartphone Jer)
CARA TUKAR NO HP SHOPEE(Update Mobile Phone Number)